Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, October 22, 2008

Tuduhan rasuah Azmin saman Adun Sg Burong

SHAH ALAM, 22 Okt (Hrkh) - Dakwaan Adun Sungai Burong (Shamsudin Lias) terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim terlibat dengan rasuah terhadap ahli BN supaya melompat parti menyebabkan Adun Antarabangsa (Azmin Ali-KeADILan) mencabar beliau bercakap di luar dewan.

Azmin dengan nada tegas mencabar Sungai Burong supaya mengulangi dakwaan tersebut di luar dewan jika berani bagi memudahkanya untuk melakukan saman dengan sertamerta.

"Ini satu tuduhan jahat, yang tidak berasas. Kalau berani buat di luar supaya saya senang buat tindakan undang-undang," tegasnya ketika mencelah dalam ucapan perbahasan Bajet Sungai Burong.

Sebelum itu Adun (Kampung Tunku-DAP) Lau Weng Seng berkata, merujuk Peraturan Mesyuarat 36(6) seorang ahli itu tidak boleh mengeluarkan kenyataan jahat.

Ketika meminta penjelasan dalam perbahasan Sungai Burong, Azmin berkata, kemenangan BN dalam pilihan raya lalu jika tidak disebabkan bantuan daripada pengundi hantu sudah lama BN dihantar ke muzium.

Kenyataan Azmin itu menyebabkan (Sungai Panjang-BN), Dato' Dr Mohd Khir Toyo bangun untuk mencelah.

Bagaimanapun, Azmin dengan tegas mengarahkan Sungai Panjang duduk dan berkata; "Sungai Panjang faham ke tidak Peraturan Mesyuarat. Mentang -mentang sudah lama tidak jadi Menteri Besar."

Merujuk dakwaan Sungai Burong terhadap exco Kerajaan Perak yang didakwa terlibat dengan rasuah katanya, itu merupakan tindakan Umno memperkudakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjelang pilihan raya di Permatang Pauh.

Beliau menegaskan, orang yang menyokong rasuah kepada dua exco Perak itu diatur dan disusun dengan percaturan Umno-BN dan Pakatan Rakyat ada bukti yang kukuh.

Sebab itu tambah beliau, apa juga tindakan propaganda politik BN pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan kompromi.-SH


Sumber: HarakahDaily

No comments: