Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, October 15, 2008

Minyak Turun, Harga Barang dan BN

Berkuatkuasa tengah malam tadi, harga minyak turun lagi. Harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen seliter kepada harga terbaru RM2.30 seliter. Manakala petrol RON92 dikurangkan sebanyak 10 sen seliter menjadikannya RM2.20 seliter. Manakala harga diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.

Seperti yang dipetik dari Malaysiakini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyatakan kerajaan telah mempercepatkan pengurangan harga runcit bahan bakar tersebut setelah penurunan ketara harga minyak dunia akhir-akhir ini.

Walaupun begitu penurunan harga minyak tengah malam tadi kurang memberi kesan kepada rakyat keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kepada rakyat di bandar, yang rata-rata menggunakan motosikal atau kereta sebagai pengangkutan utama. Rakyat masih dan sedang terasa kesan kenaikan harga minyak sebanyak RM 0.78 sebelum ini.

Akibat dari kenaikan yang melampau sebelum ini, harga barang kegunaan harian meningkat dengan mendadak sekali. Dalam keadaan rakyat dalam tertekan, kerajaan BN telah menyarankan supaya rakyat berjimat cermat. Rakyat disaran dan terpaksa berjimat-cermat tetapi pembaziran dalam kerajaan BN berleluasa sekali.

Terbaru kontroversi pembekalan 12 buah helikopter oleh Datuk Seri Najib Razak. Beberapa blog telah menyiarkan surat bertarikh 7 dan 9 oktober 2008 telah membongkar skandal tersebut. Jika ianya dilakukan secara telus 1.419 Billion Ringgit wang rakyat bakal dijimatkan.

Dalam pada itu strategi Pakatan Rakyat dilihat menjadi. Kerjasama KeADILan, PAS dan DAP dilihat berjaya mengancam kerajaan BN. Rakyat juga telah menunjukkan kematangan. Sedikit sebanyak, kini kerajaan BN terpaksa akur dengan kehendak rakyat. Walaupun penurunan harga minyak malam tadi kurang memberi kesan kepada rakyat, sekurang-kurangnya satu lagi kemenangan rakyat telah tercipta!

Harapan Baru Untuk Malaysia!

Admin

No comments: