Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, October 31, 2008

Rayuan ditolak, Munawar akan terus me’lawan’

Perbicaraan kes Dr Munawar Anees’ bermula jam 9.30 pagi ini di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya. (Gambar Malaysiainsider)

oleh Abbas Ibrahim

Munawar kecewa dengan keputusan mahkamah!

PUTRAJAYA, 30 OKTOBER (SK) - Selepas mahkamah persekutuan mengumumkan , seterusnya kes 07-4-2007 (W) akan bersidang - hakim yang diketuai oleh Zaki Azmi secara lisan meringkas keputusan ditolak.

“Dengan ini saya memutuskan bahawasanya mahkamah menolak permohanan yang dibuat oleh pemohon,” beliau membaca keputusan dan tiada alasan bertulis yang dikemukakan dimana akan diberitahu kemudian.

Sementara itu, Dr Munawar Anees’ bingkas bangun dari tempat duduk dan terus beredar daripada dewan makhkamah selepas mendengar jawapan kepada pemohonan rayuan membatalkan keputusan bersalah berhubung kesnya fitnah terhadap beliau membabit Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang disabitkan 10 tahun lalu.


Di luar mahkamah beliau dikerumuni oleh wartawan mengajukan beberapa soalan dan kelihatan Munawar begitu marah dengan keputusan tersebut.

“Saya cukup kecewa dengan keputusan yang dibuat dan tidak pernah saya lihat alangkah teruknya sistem kehakiman negara anda yang ada sekarang,” ujar Dr Munawar yang dipenjara selama 6 bulan pada tahun 1998.

“Sekiranya saya tidak ada, anak-anak saya akan meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran dan jika mereka tiada, maka cucu saya pula akan meneruskannya.

“Anda mempunyai negara dan masyarakatnya yang cukup baik. Bukan itu sahaja, anda lihat sendiri sistem kepolisan, sistem politik dan sistem ekonomi negara anda yang begitu teruk,” tegasnya dan kemudian beliau kelihatan bergegas turun beberapa saat selepas itu.

Ketua Hakim Negara yang bersidang bersama hakim-hakim Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan Zulkefli Ahmad Makinudin menjelaskan, alasan penghakiman tersebut akan diberikan kemudian.

Sebelum ini Suara Keadilan Online melaporkan kes rayuan tersebut ditangguh sehingga hari ini

Dalam perkembangan lain, perbicaraan Altantunya masih belum selesai dan kes Anwar pula dalam perhatian kritikal oleh rakyat Malaysia. - sh

[Berita terdahulu]

Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak rayuan Dr Munawar Anees’ berhubung kesnya fitnah terhadap beliau membabit bakal Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang disabitkan 10 tahun lalu.

Malaysiakini melaporkan, panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Zaki Azmi menolak permohonan peguam Manjit Singh Dhillon agar mahkamah menggunakan bidang kuasa semakan mengembalikan rayuan Dr Munawar ke Mahkamah Tinggi.

Beliau yang bersidang bersama hakim-hakim Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan Zulkefli Ahmad Makinudin menjelaskan, alasan penghakiman tersebut akan diberikan kemudian.

Sebelum ini Suara Keadilan Online melaporkan kes rayuan tersebut ditangguh sehingga hari ini.

Sumber:
Suara Keadilan

No comments: