Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, October 17, 2008

Kickdefella beri keterangan polis pagi ini

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Hrkh) - Penulis blog, Syed Azidi Syed Aziz atau dikenali sebagai Kickdefella tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Perdana, di sini, kira-kira jam 10.05 pagi.

Menurut beberapa laporan, beliau yang ditemani beberapa rakannya dipanggil polis berhubung kenyataan dalam blognya yang meminta rakyat Malaysia mengibar Jalur Gemilang terbalik.

Beliau yang merupakan Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 20 September lalu dan dikehendaki hadir hari ini untuk mengetahui perkembangan lanjut tindakan polis.

"Saya perlu datang semula 21 November, jaminan polis disambung sebulan lagi," kata beliau ketika dihubungi tadi.

Bulan lalu beliau telah ditahan reman empat hari tiga malam di Bukit Aman.

Pada 17 September lalu, pihak polis telah menahan Said Azidi di rumahnya di Demit, Kota Bharu, Kelantan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. - mks._

Sumber:
HarakahDaily

No comments: