Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, October 31, 2008

Anwar kecam kerajaan perjudi nyawa parajuit negara

PARLIMEN, 30 OKTOBER (SK)- KETUA pembangkang, Anwar Ibrahim melahirkan kekecewaan beliau dengan Kementerian Pertahanan sebelum ini yang memperjudikan nyawa parajuit negara dengan meluluskan kontrak Eurokopter tanpa ujian fizikal.

“Penjelasan Timbalan Menteri Pertahanan (Abu Seman Yusop) tadi, perolehan Eurocopter yang menjamin kepentingan keselamatan negara dan keselamatan juruterbang kita dibuat tanpa pasukan penilaian,” katanya ketika sidang media di ruang legar Parlimen tengah hari tadi.

Sebelum sidang media berkenaan, dalam perbahasan di Dewan Rakyat, Abu Seman yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah menjelaskan bahawa tiada sebarang proses penilaiaan dan pemeriksaan bagi memastikan keselamatan juruterbang.

Anwar itu juga menyifatkan pembelian berkenaan hanyalah sekadar dilihat dari dokumen yang disediakan tanpa ujian fizikal.

“Maknanya beli berdasarkan dokumen. Lihat dokumen canggih, lengkap serta semua perkara teknikal dipenuhi…beli dengan RM1.6 bilion,” menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Dalam sidang media berkenaan juga, Mantan Timbalan Perdana Menteri itu mahukan satu Suruhanjaya Diraja bebas ditubuhkan bagi menjalankan siasatan berhubung isu pembelian 12 Eurocopter EC-725 walaupun Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah memulakan siasatannya.

“Saya harap PAC akan buat siasatan dengan berjaya tapi bagi saya cara yang terbaik untuk menangani isu ini ialah melalui Suruhanjaya Diraja yang bebas,” katanya

Sebelum ini, Anwar telah mendedahkan satu surat rasmi yang dihantar syarikat pembida helikopter, Mentari Services,yang memberitahu bahawa kerajaan telah bersetuju membeli 10 unit Eurocopter yang lebih mahal daripada pembida lain yang menawarkan helikopter yang berkeupayaan yang sama pada nilai yang lebih murah dan menjimatkan.

Manakala pada 20 Oktober lepas, Angkatan Muda KeADILan (AMK) membuat laporan polis berkaitan penyelewengan wang yang didakwa mereka berlaku dalam pembelian Eurocopter EC725.


Sumber: Suara Keadilan

No comments: