Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, August 26, 2009

A(H1N1): Wanita korban terbaru, angka kematian kini 71 - mStar

PUTRAJAYA: Seorang wanita obes berusia 24 tahun menjadi mangsa ke-71 akibat wabak berkenaan setelah punca kematian disahkan adalah sisebabakn oleh Influenza A (H1N1) dengan Sindrom Pernafasan Teruk Sistem Respiratori Strok (ARDS).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Mercian, seramai 1,446 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 98 buah hospital termasuk dua hospital swasta di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, hanya 217 pesakit (15 peratus) yang disahkan positif H1N1.

"Dari 217 kes yang disahkan H1N1, 51 kes berada di ICU (Unit Rawatan Rapi) di mana sembilan kes merupakan kemasukan baru, sementara dua lagi kes dipindah keluar dari ICU," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata, daripada 51 kes yang sedang dirawat di ICU, 39 kes (76 peratus) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (21), obesiti (sembilan), kanakkanak/bayi (enam), selepas bersalin (satu) dan Sindrom Down (dua).

Mengenai situasi global, Dr Mohd Ismail berkata, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan jumlah kes sehingga 26 Ogos adalah 239,985 dengan 2,601 kematian dan ini menunjukkan penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dengan jumlah negara sebanyak 182. WHO dalam laporannya juga mengingatkan bahawa angkaangka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan kes dilaporkan, katanya.

Sementara itu, Dr Mohd Ismail berkata dialog antara Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pengamal perubatan swasta mengenai pengendalian kes influenza A(H1N1) akan diadakan esok di kementerian berkenaan. Menurutnya, semua pengamal perubatan swasta amat digalakkan untuk hadir ke taklimat bagi memperjelas mengenai pengendalian kes penyakit serupa influenza (ILI) yang disyaki influenza A(H1N1).

Dialog berkenaan dijadual diadakan pada pukul 3 petang di Bilik Gerakan Kementerian Kesihatan, Aras 4, Blok E7, Parcel E, Putrajaya, katanya dalam kenyataan media mengenai situasi semasa H1N1 di negara ini. BERNAMA

mStar3

No comments: