Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Sunday, August 16, 2009

KPN S'gor disaman "tak bayar" tiket penerbangan - Malaysiakini

Sebuah syarikat pelancongan menyaman Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan isterinya kerana didakwa 'tidak membayar" tiket penerbangan pergi-balik kelas perniagaan Kuala Lumpur-London berjumlah RM41,868.

Selain harga tiket tersebut, Global Holiday Sdn Bhd juga menuntut faedah 8 peratus dari tarikh saman itu dikeluarkan dan juga kos dan pampasan lain yang munasabah.

Bagaimanapun, Khalid mendakwa beliau telah membayar sepenuhnya jumlah tersebut kepada ejen jualan tiket yang dibelinya dua tahun lalu.

Ketika itu, Khalid adalah timbalan pengarah 1 Jabatan Siasatan Jenayah. Dalam jawapan balasnya, Khalid berkata, kos sebenar tiket tersebut ialah RM15,000 dan bukannya RM41,868 seperti yang didakwa oleh agensi berkenaan.

Khalid mendakwa beliau membeli tiket itu pada 2007 dari ejen jualan tiket pada harga diskaun kerana ia merupakan sebahagian daripada kuota tiket untuk kakitangan Malaysia Airlines (MAS).

Dalam jawapannya, Khalid juga berkata kawan karibnya, The Kok Wei telah memperkenalkannya kepada ejen jualan tiket, Tim Lu Yew Huat, yang merupakan wakil sah bagi beberapa agensi pelancongan serta sebagai pengurus Global Holiday, yang rapat dengan kakitangan MAS.

Sehubungan, Khalid turut menuntut gantirugi, pampasan, kos guaman dan faedah lapan peratus dari mula hingga tamat perbicaraan.

Malaysiakini

No comments: