Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, August 18, 2009

PERKEMBANGAN INKUES TEOH HARI INI (SELASA) - mStar

BERIKUT adalah perkembangan inkues kes kematian Teoh Beng Hock hari ini(Selasa, 18 Ogos). Prosiding diteruskan pagi ini.

12.15 tengah hari: Mahkamah berhenti rehat.

12 tengah hari: Dr. Prashant maklumkan keretakan pada bahagian atas tengkorak si mati disebabkan oleh hasil hentakkan kuat pada bahagian punggung sweaktu si mati mendapat di koridor tingkat 5, Plaza Massalam. Kesan hentakan tersebut bertindak balas secara menegak sehingga membawa kuasa fizikal yang kuat ke bahagian kepala hingga menyebabkan keretakan.

11.35 pagi: Dr. Prashant memaklimkan bahawa anggaran waktu kematian Teoh adalah dalam lingkungan 11.15 malam pada 16 Julai 2009.

11 pagi: Dr. Prashant memberitahu mahkamah bahawa hasil pemeriksaan menunjukkan tidak ada sebarang tanda-tanda pergelutan atau kecederaan akibat mempertahankan diri pada si mati.

10.50 pagi: Dr. Prashant memaklumkan bahawa Teoh masih bernyawa selepas jatuh dari tingkat 14 berdasarkan kesan kecederaan yang dialami si mati.

10.40 pagi: Dr. Prashant yang merupakan warganegara India memberitahu mahkamah bahawa penglibatan beliau dalam proses bedah siasat Teoh bersama Dr. Khairul adalah atas permintaan pihak polis dan bukannya oleh pihak keluarga Teoh.

Penjelasan tersebut bagi menjelaskan mengenai keterangan Dr. Khairul sebelum ini yang menyatakan beliau menjalankan bedah siasat bersama Dr. Prashant adalah atas permintaan keluarga Teoh.

10.30 pagi: Dr. Prashant Naresh Samberkar, Pensyarah Patalogi Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya dipanggil memberi keterangan.

10.10 pagi: Cif Inspektor Mazli Jusoh memaklumkan hasil pengesanan cap jari pada tingkap di tingkat 14 terdapat kesan cap jari, bagaimanapun sifat pada kesan-kesan cap jari tersebut tidak cukup sifat. Oleh yang demikian kesan tersebut didapati negatif.

9.45 pagi: Saksi ke-13 Cif Inspektor Mazli jusoh, pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Kontigen Selangor dipanggil semula berhubung hasil pengesanan cap jari pada tingkap di tingkat 14 Plaza Massalam.

mStar

No comments: