Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, August 17, 2009

PERKEMBANGAN HARI PENAMAAN CALON DUN PERMATANG PASIR - mStar



BERIKUT adalah perkembangan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pagi ini:

10.35 pagi: Ketua Polis Pulau Pinang berkata keadaan pada keseluruhannya tenang dan terkawal. Penyokong Pakatan yang berkumpul di sebelah kiri IBKN kelihatan riuh berbanding penyokong BN di sebelah kanan. Sekumpulan kecil penyokong Pakatan melepasi kawasan yang dihadkan, tapi dipisahkan oleh pagar. Ia menimbulkan sedikit kekecohan apabila polis arah mereka beredar dari kawasan itu. Tapi mereka enggan ikut arahan itu.

10.30 pagi: Wakil parti bertanding - BN dan PAS - dibenarkan melihat borang penamaan calon yang dipamerkan di luar IBKN - di Jalan Berapit. Mereka hanya dibenarkan hadir dalam kumpulan yang setiapnya hanya lima orang.

10.20 pagi: Kamarul Ramizu Idris pula berkata, beliau tidak sempat menyerahkan borang penamaan calon walaupun telah berjaya memasuki dewan penamaan calon. Katanya, beliau ke tandas dulu sebelum ke kaunter serah borang.

10.10 pagi: Hanya dua calon - BN dan PAS menyerahkan borang. Kamarul Ramizu Idris yang hadir untuk serah borang mengubah fikiran dan tidak mengemukakan borang penamaan calon, kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

10 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahya mengumumkan sesi kemuka borang penamaan calon berakhir. Sesi bantahan bermula, berlangsung selama sejam.

9.51 pagi: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob ketika ditemui mStar Online berkata, jumlah kehadiran penyokong iringan dianggarkan dalam lingkungan 8,000 orang melibatkan kedua-dua BN dan Pakatan. Lebih rendah daripada anggaran pihaknya.

9.50 pagi: Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris tiba di IKBN.

9.45 pagi: Musryidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di perkarangan IKBN.

9.30 pagi: Setakat ini dua calon - BN dan PAS yang dilihat telah memasuki dewan penamaan calon di IBKN.

9.15 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di IBKN.

9.05 pagi: Muhyiddin dan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi kembali ke khemah khas untuk BN.

Sementara itu, Calon PAS, Salleh Man dibawa masuk ke dewan penamaan calon.

9.01 pagi: Dengan diiringi Muhyiddin dan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi dan peguam Umno, calon BN Rohaizat Othman dibawa masuk ke dewan penamaan calon.

9 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya umumkan sesi kemukakan borang penamaan calon bermula. Berlangsung selama sejam.

8.49 pagi: Calon BN, Rohaizat Othman memasuki kawasan IBKN dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

8.40 pagi: Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di IBKN.

8.35 pagi: Kira-kira 50 pemimpin PAS dan anggota komponen Pakatan yang lain - antaranya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali - memasuki IBKN dengan mengiringi calon mereka, Salleh Man untuk menyerahkan borang penamaan calon.

8.20 pagi: Penyokong Pakatan dan BN sudah mula berkumpul di kawasan berhampiran IBKN. Penyokong PAS melaungkan lagu dan slogan.

8 pagi: Anggota panel SPR tiba di IBKN. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yakin proses penamaan calon akan berjalan lancar.

7.50 pagi: Helikopter PDRM membuat rondaan udara sekitar kawasan IBKN.

7.40 pagi: Jumlah kehadiran penyokong BN dam Pakatan Rakyat mula meningkat, cuaca cerah. Kelihatan ramai penyokong mengenakan topeng perlindungan pernafasan ekoran kebimbangan wabak influenza A(H1N1). Begitu juga anggota pasukan keselamatan.

7.30 pagi:Penyokong-penyokong parti mula berkumpul dalam lingkungan kawasan kira-kira satu kilometer dari IBKN.

7 pagi: Jalan Berapit ke Institut Kemahiran Belia Negara (IBKN) ditutup secara berperingkat kepada lalu lintas menjelang proses penamaan calon.

mStar

No comments: