Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, March 31, 2010

Najib Bayar A$420,000 Kepada APCO Untuk Khidmat Nasihat 6 Bulan - SK

KUALA LUMPUR 31 Mac - Kerajaan Umno-Barisan Nasional didakwa telah membayar A$420,000 kepada firma antarabangsa APCO Worldwide yang dikaitkan dengan rejim Zionis Israel untuk khidmat runding selama enam bulan.

Dalam surat yang bertarikh 15 Julai 2009 dengan menggunakan kepala surat rasmi Jabatan Perdana Menteri dan dialamatkan kepada Paul Stadlen, kerajaan Malaysia mengesahkan terma yang dipersetujui pada mesyuarat yang diadakan bersama APCO pada 10 Julai 2009.

Salinan surat tersebut yang dimuatnaikkan dalam blog dan internet didakwa telah ditandatangani oleh Samsuri Mohd Nor, Setiausaha Bahagian Kewangan dan Pembangunan di Jabatan Perdana Menteri.Surat Penerimaan setebal lima mukasurat itu menggariskan bidang kerja APCO kepada kerajaan Malaysia di bawah tajuk 'Public Affairs and Goverment Affairs Services' atau Perkhidmatan Perhubungan Awam dan Kerajaan.

"Dengan penerimaan kerajaan terhadap tender yang dikemukakan oleh pihak tuan, adalah dimaklumkan bahawa kini wujud ikatan kontrak antara kerajaan dan pihak tuan.

"Satu perjanjian yang lebih lengkap yang memasukkan semua terma dalam tender akan ditandatangani. Pihak tuan akan dimaklumkan apabila dokumen kontrak siap untuk ditandatangani," kata surat tersebut.

Surat itu yang juga ditandatangani oleh Paul Stadlen yang mewakili Mind Teams Sdn Bhd dan APCO Worldwide sebagai kontraktor serta Ronald Barnetto dari England sebagai saksi antara lain menggariskan empat bidang kerja utama berkaitan hubungan awam yang menjadi sasaran khidmat runding APCO kepada kerajaan Malaysia.

Mereka menandatangani surat penerimaan itu pada 21 Julai 2009.

Stadlen kini adalah Pengarah Urusan APCP Worldwide cawangan Malaysia.

Ini termasuk penyelidikan, pembangunan strategi dan mesej utama, pencapaian serta perundangan dan pematuhan.

Di bawah bidang penyelidikan, APCO dikehendaki mengenalpasti bidang kerjasama antara kerajaan Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat yang signifikan dan selari, membangunkan mesej komunikasi dengan pembuat dasar Amerika Syarikat dan tokoh penting masyarakat sivil serta mengenalpasti pegawai kerajaan, 'think tank', wartawan, NGO yang relevan kepada hubungan Malaysia-Amerika Syarikat.

Dalam sektor pembangunan strategi dan mesej utama pula, APCO akan memberi khidmat sokongan kepada Kedutaan Malaysia di Washington dan kerajaan Malaysia dalam melaksanakan program bagi mengukuhkan hubungan dan persefahaman antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Bagi khidmat pencapaian pula APCO akan membantu mengeratkan hubungan dengan 'think tank', melaksanakan kempen mempromosi Amerika Syarikat bersama sektor perniagaan penting di Malaysia dan melaksanakan kempen media bebas Amerika Syarikat.

SK

Dokumen Perjanjian APCO - Kerajaan BN

Berita Palsu 700 Ahli AMK Ipoh Barat Keluar Parti - SK

IPOH 31 Mac - Kenyataan media arus perdana yang mengatakan seramai 700 ahli Angkatan Muda KEADILAN Ipoh Barat keluar parti hanya propoganda Umno yang sudah kehabisan modal politik.

Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Anwar Zakaria menegaskan kenyataan tersebut adalah pembohongan dan hanya mainan Umno ketika pilihan raya diadakan.

"Saya ingin menyatakan pada hari ini, apa yang telah dikeluarkan oleh media sebelum ini berkenaan dakwaan 700 ahli Ipoh Barat keluar parti adalah tidak benar sama sekali. Saya sebelum ini adalah bekas Ketua AMK Perak dan saya tahu aktiviti AMK kawasan di situ tidak begitu aktif. Macam mana pula keahlian AMK Ipoh Barat boleh mencecah sebegitu ramai?

"Saya ingin mencabar Subramaniam (Ketua AMK Ipoh Barat) memberikan kepada saya senarai nama mereka yang keluar parti itu kerana kita nak kepastian tentang dakwaan tersebut, selain mempermudahkan kita mengemaskini nama ahli.

"Ini adalah kerja agen Umno yang diketuai oleh Ezam Mohd Nor dan beberapa pengikutnya. Kenyataan yang dikeluarkan itu dilakukan sewaktu program yang diadakan di Ipoh. Dari gambar yang kita ada hanya beberapa sahaja ahli yang keluar tetapi kerana ingin menampakkan ramai, mereka telah meletakkan warga negara Nepal yang bekerja di situ.

"Saya berpesan kepada Ezam jika ingin menjadi pencacai Umno jangan sampai menggunakan warga asing, ini nampak sangat taktik kotor mereka," jelas Zainal dalam satu sidang media.

Beliau menjelaskan tujuan sebenar Subramaniam ingin keluar parti adalah kerana masalah peribadinya.

"Semalam saya telah menelefon Subramanian dan beliau juga merupakan Ketua AMK Ipoh Barat, tindakan beliau keluar parti kerana tidak puashati dengan Ketua Cabang di sana bukan pasal kepimpinan KEADILAN sekarang," kata beliau lagi.

Sebelum ini AMK Muar juga menafikan laporan media arus perdana berhubung tindakan keluar parti oleh 50 anggota AMK cbang itu.

Pemangku Ketua AMK Muar, Ahmad Anwar Asyraf Ismail berkata hanya tiga ahli yang melompat dan bukannya 50 seperti yang digembar-gemburkan sambil menyifatkan laporan tersebut sebagai tindakan terdesak Umno-Barisan Nasional.

"Perkara ini merupakan satu bentuk fitnah jahat yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan kekuatan AMK Muar yang semakin hari semakin mantap dan dipercayai oleh rakyat Muar untuk memimpin harapan mereka.

"Ini merupakan usaha terdesak Umno-Barisan Nasional Muar yang semakin hari semakin ditolak rakyat," kata Asyraf.

Beliau mencabar supaya pihak membuat dakwaan tersebut tampil menunjukkan bukti bahawa 50 yang melompat tersebut adalah anggota berdaftar AMK Muar.

SK

Penasihat Tentera Israel Yang Sama Ilhamkan Satu Israel, 1 Malaysia - SK

KUALA LUMPUR 31 Mac - Persamaan Satu Israel dan 1 Malaysia tidak boleh dianggap kebetulan kerana kedua-dua konsep tersebut dicetuskan oleh pegawai perisikan tentera Israel yang sama yang bekerja dengan bekas Perdana Menteri negara Zionis itu pada 1999.

Pegawai tentera terbabit yang kini bekerja dengan APCO ketika itu bekerja di bawah Ehuh Barak yang menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kritikan Parti Buruh kepada Ehud Barak ialah kerana terlalu ramai rakan tentera perisikan yang bukan dari parti.

"Platform Satu Israel menjanjikan perkhidmatan yang lebih baik dalam pendidikan dan kemudahan kesihatan baik manakala di Malaysia pula ada klinik 1 Malaysia,

"Tujuan Ehud untuk alih isu 'settlement' atau penempatan, iaitu alih pandangan lain dalam negara manakala 1 Malaysia alih isu pertelingkahan antara kaum dan masalah rasuah dalam negara.

"Mesej Satu Israel ialah 'People first' manakala 1 Malaysia pula 'Rakyat didahulukan', Kemudian 1 Israel menubuhkan Tabung Satu Israel manakala Malaysia menubuhkan Yayasan 1 Malaysia.

"Jadi persamaannya itu terlalu banyak di antara apa yang dibuat Ehud Barak dan Datuk Seri Najib Razak.

"APCO menafikan tetapi pegawai yang bertugas adalah pegawai yang sama yang saya namakan Pegawai Pertahanan Israel," kata Anwar dalam sidang media yang diadakan di lobi Parlimen semalam.

Anwar memnuat sidang media tersebut setelah menjelaskan isu APCO secara terperinci di dalam Dewan Rakyat pagi semalam.

Penjelasan tersebut dibuat selepas Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan menggunakan Peraturan Mesyuarat 37(1) meminta Ketua Pembangkang membuat penjelasan mengenai isu APCO pada sidang Dewan Rabu minggu lalu.

SK

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing – 145hp! - paultan.org


Nota Ucapan Anwar Ibrahim Di Parlimen Berkenaan Skandal APCO – 30 Mac 2010Nota Ucapan Anwar Ibrahim Di Parlimen Berkenaan Skandal APCO – 30 Mac 2010

MUKADIMAH

Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya. Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing dan tercalarnya maruah umat.

Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari ini bukan sekadar muslihat politik atau tuduhan tidak berasas, Insya Allah, setiap kenyataan saya hari ini akan disokong dengan dokumen, rencana malah salinan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terbabit.

Sehingga kini Perdana Menteri belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.

Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan.

Ini berdasarkan kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang menyatakan:
“Kerajaan ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh…APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara. ”

Manakala bagi pihak APCO sendiri, mereka merumuskan penglibatan mereka seperti berikut:

“APCO’s work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people.”

Kenyataan tersebut sebenarnya membuka pekung serta memunculkan lebih banyak persoalan. Ini bukan syarikat perhubungan awam biasa yang sekadar menulis ucapan mahupun kenyataan akhbar ataupun bertindak melonjakkan imej Perdana Menteri walau itupun amat dikesalkan kerana ianya dilakukan menggunakan dana rakyat. Dilaporkan usaha ini menelan belanja sekitar RM 20 juta. Secara sedar atau tidak kenyataan APCO mengakui bahawa lantikannya adalah untuk membantu strategi komunikasi yang menyeluruh, bermakna firma tersebut terlibat secara langsung memberi bantuan komunikasi di dalam pelbagai inisiatif dan dasar kerajaan. Ini bermakna, APCO terlibat secara langsung dalam mempengaruhi mesej yang disampaikan kepada rakyat dan saya akan terangkan dengan mendalam kenapa perkara ini sangat membahayakan kepada rakyat dan negara.

Pada 18hb Mac 2010, APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dengan gagasan 1Malaysia, kononnya konsep itu wujud sebelum APCO dilantik sebagai firma perunding.

Penafian yang dibuat oleh APCO itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran Perdana Menteri sekarang. Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, atau Dato’ Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya.

Sebuah portal berita telah melaporkan pada 28 Julai 2009 setakat mana penglibatan APCO dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib.

Antara lain, dilaporkan bahawa perkhidmatan APCO ini diperkenalkan kepada Perdana Menteri oleh Omar Mustapha, penasihat Perdana Menteri yang juga teman lama YB Rembau dan rakan kongsi firma perunding Ethos Consultancy. Saya akan buktikan selepas ini bagaimana perkaitan di antara Omar Mustapha dan APCO sebelum pun APCO dilantik secara rasmi sebagai perunding kerajaan.

Walaupun yang diumumkan kepada negara dan rakyat bahawa 1Malaysia dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri peranan Ethos Consultancy tidak boleh diremehkan. Ternyata kebanyakan dari kita tidak menyedari hubungan akrab eksekutif Ethos dan APCO yang masih berterusan.

Sebab itu kita tidak hairan, sebaik sahaja Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Omar Mustapha dikhabarkan membawa masuk APCO menjadi perunding komunikasi kerajaan.

Malah, laporan berita tersebut dengan jelas menyatakan bahawa seorang penasihat dari APCO telah pun ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak dari awal Perdana Menteri mengambil alih.

APCO juga dilaporkan terlibat secara langsung dalam menentukan strategi 100 hari pentadbirannya, termasuklah mesej dan dasar utama seperti 1Malaysia dan inisiatif yang lain.

Berdasarkan laporan tersebut juga pegawai-pegawai kanan kerajaan dikatakan tidak selesa apabila Perdana Menteri ingin menganugerahkan kontrak bernilai RM20 juta kepada APCO untuk meneruskan kerja-kerja rundingan kepada kerajaan. Kontrak itu dijangka dianugerahkan antara bulan Julai dan September 2009; iaitu selepas penglibatan individu dari APCO yang dibawa masuk pada tempoh awal Perdana Menteri mengambil alih.

Semua ini bukan saya yang kata, bukan Pakatan Rakyat yang cipta – semuanya telah pun dilaporkan sejak tahun lalu dan ianya belum pun dinafikan pihak yang dikatakan terlibat.

Sebab itu mengambil kira beberapa peristiwa atau contoh yang berlaku apabila kerajaan ditipu oleh penasihat-penasihat asing sehingga menyebabkan kerugian berbillion ringgit; atau diaibkan di peringkat antarabangsa; saya melihat episod perlantikan APCO ini sebagai satu lagi kelalaian yang boleh merugikan dan membahayakan negara.

Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan untuk tidak mengulangi kesilapan dan kelalaian lepas apabila terlalu percayakan penasihat asing sehingga kita tidak memeriksa dengan tepat reputasi mereka serta penglibatan mereka sebelum ini. Apatah lagi perlantikan tersebut diselubungi misteri dan tanpa penelitian.

Dulu, mantan Perdana Menteri mengizinkan kerajaan melantik David Zaidner dari firma Marc Rich untuk menasihati agensi kerajaan dan Bank Bumiputra cuba memanipulasi pasaran timah sedunia sehingga kita kerugian besar. Tidak sewajarnya kita lupa skandal Maminco itu. Mantan Perdana Menteri ketika itu seolah-olah tidak meneliti dahulu rekod David Zaidner, yang diketahui umum tidak suka mengikut peraturan dan undang-undang di dalam amalannya.

Kemudian, episod yang membabitkan Jack Abramoff hanya untuk mendapatkan satu temujanji dengan Presiden Bush dalam tahun 2002 dengan membayar USD$1.2 juta tanpa memeriksa dahulu latar belakang Jack Abramoff. Dalam tahun 2006, kerajaan Malaysia dimalukan apabila Jack Abramoff didapati bersalah menipu dalam satu transaksi kewangan sehingga dipenjarakan dan pada masa itulah semua penglibatan kerajaan Malaysia didedahkan. Abramoff juga merupakan seorang pelobi yang terlibat dalam penipuan tanah kaum peribumi Amerika Syarikat(Red Indian) untuk tujuan pembinaan kasino. Perlantikan Abramoff juga dibuat dengan penuh kerahsiaan dan pasti tidak diketahui umum sekiranya Abramoff tidak diheret ke muka pengadilan di Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, mantan Perdana Menteri tersebut hanya memberikan tugasan yang spesifik kepada firma Marc Rich dan Jack Abramoff dan tidak melibatkan perjalanan jentera kerajaan yang menyeluruh.

Dalam konteks inilah, kita melahirkan kebimbangan kerana kenyataan keraajaan sendiri menjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya yang melibatkan rakyat. Kenyataan APCO menyatakan:

“will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”

Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan dengan APCO.

APCO DAN MODUS OPERANDI

Tetapi sebelum kita meneliti dengan lebih dalam kenapa penglibatan APCO secara rapat dengan kerajaan merupakan satu risiko yang wajar kita elakkan, kita perlu meneliti dahulu modus operandi firma-firma seperti APCO.

Hanya dengan memahami modus operandi yang digunakan oleh APCO, baru kita boleh memahami kenapa penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia diselubungi misteri dan rahsia.

APCO memanglah sebuah firma hubungan awam bertaraf antarabangsa. Reputasinya digilap kerana penglibatan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan pentadbiran Amerika Syarikat atau pun ahli-ahli politik di Capitol Hill.

Pada masa yang sama, APCO juga menggunakan khidmat mereka yang mempunyai pengaruh di dalam bidang atau kerajaan masing-masing. Kalau kita lihat senarai Panel Penasihat Antarabangsanya, ahli penasihat APCO termasuklah beberapa tokoh diplomatik dan tokoh perisikan Israel.

Oleh itu, adalah penting untuk Dewan dan rakyat memahami bahawa reputasi APCO adalah sebagai sebuah firma pelobi. Apa fungsi firma pelobi di Washington?

Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.

Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan) yang mempunyai rekod yang tidak baik. Saya akan senaraikan selepas ini contoh-contoh pemimpin sebegini; yang secara tidak langsung kini Perdana Menteri Dato’ Seri Najib telah mendapat penghormatan kerana tergolong dengan pemimpin-pemimpin sebegini.

Untuk menjalankan tugas ini, mereka juga perlu menjaga nama dan reputasi mereka sebagai firma perhubungan awam. Sebab itu ada beberapa perkara penting di dalam modus operandi mereka yang perlu kita fahami.

Pertama – mana-mana pihak yang mengambil APCO sebagai perunding akan menandatangani perjanjian. Salah satu bahagian utama di dalam perjanjian ini adalah mengenai perkara-perkara rahsia; dengan izin “Confidentiality” atau “non-disclosure”.

Reputasi APCO sebagai firma pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya, terutamanya pemimpin-pemimpin yang berimej buruk ini.

Sebab itu, tidaklah sukar untuk Barisan Nasional ingin mengabui mata rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam 1Malaysia, atau peranan sebenar dengan kerajaan Malaysia. Biar saya ingatkan rakyat Malaysia tidak mudah untuk diputarbelitkan.

Mereka faham bahawa adalah menjadi sebahagian dari tugas APCO, seperti yang termaktub di dalam perjanjian lantikan bersabit perkara-perkara sulit dan rahsia; untuk melindungi klien mereka dan secara langsung menafikan penglibatan.

Saya ambil contoh dua perjanjian lantikan yang melibatkan APCO. Satu yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan APCO bertarikh 4hb Ogos 2009 yang secara khusus memberi tugasan kepada APCO untuk membaikpulih imej kerajaan Malaysia. Ini mempunyai tandatangan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri sendiri, iaitu Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang menunjukkan betapa dekatnya APCO dengan Perdana Menteri – sedangkan pada kebiasaannya perjanjian kerajaan hanyalah ditandatangani oleh pegawai-pegawai kerajaan sahaja.

Satu lagi contoh adalah perjanjian lantikan oleh Kerajaan Israel yang melantik APCO untuk menjalankan tugasan yang sama, bertarikh 9hb Januari 1992. Pada jangka waktu yang sama, Ehud Barak masih berkhidmat sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Negara Israel.

Kedua-dua perjanjian ini dengan jelas menghuraikan peranan APCO sebagai pelobi; yang antara lain perlu menyimpan rahsia-rahsia kerajaan yang diberikan kepada APCO dalam menjalankan tugasan. APCO juga tidak boleh mendedahkan maklumat kecuali diberi keizinan oleh kerajaan Malaysia. APCO malahan terlibat dengan apa yang dipanggil sebagai komunikasi strategik yang menyeluruh.

Kita berhak menuntut kerajaan dan Perdana Menteri datang ke Dewan Rakyat dan berterus terang mengenai perjanjian yang telah ditandatangani dengan APCO – terutamanya semua soalan-soalan yang telah saya timbulkan minggu lalu mengenai tugasan, bayaran, penasihat-penasihat yang terbabit dan pengaruh mereka setakat ini.

Berbalik kepada modus operandi yang kita tekankan tadi. APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin “associates”) di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide10 yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO.

Jadi kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.

Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International. Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO.

Oleh sebab itu, kita perlu berhati-hati dengan penafian oleh APCO bahawa ianya tidak terlibat. APCO sebagai sebuah firma mungkin tidak terlibat dengan idea gagasan 1Malaysia – Apa mungkin Perdana Menteri hadir ke Dewan Rakyat dan menyatakan secara tegas bahawa tidak ada mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO atau firma bersekutu dengan APCO atau penasihatnya yang terlibat dengan gagasan 1Malaysia? Kita pertikai gagasan penting bagi pentadbiran sekarang tidak tergolong dengan apa yang dikira sebahagian dari komunikasi yang menyeluruh.

Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO? Perdana Menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur. Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat dengan akaun di Israel.

Perdana Menteri juga perlu menerangkan kepada Dewan; kenapa Omar Mustapha penasihat yang dipercayai Perdana Menteri dilaporkan membawa APCO untuk menasihati kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya 1Malaysia? Tidakkah ini menimbulkan persoalan mengenai perkaitan di antara Ethos, APCO dan 1Malaysia? Manakala itu Perdana Menteri beria-ia menonjolkan Omar Musthapa sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Petronas walaupun ditolak pada mulanya oleh Lembaga Pengarah atas alasan gagal membayar biasiswanya.

Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri, kerana kita tahu modus operandi APCO yang diselubungi degan rahsia dan melibatkan banyak individu yang bernaung dengannya tetapi menggunakan firma-firma yang berlainan.

REKOD APCO

Kebimbangan kita mengenai penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia banyak bersabit dengan rekod APCO dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi manusia atau penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia.

Ada dua aspek yang membimbangkan kita – pertama; APCO banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin-pemimpin sebegini yang menindas rakyat di negara masing-masing. Sehinggakan akhbar The Times of India menulis bagaimana APCO mempunyai diktator-diktator di dalam senarai pelanggannya. Rencana tersebut menyenaraikan antaranya:

“Adolf Hitler was a brilliant propagandist. Narendra Modi too believes in the power of image.

Which is probably why the chief minister hired a US lobbying firm which has serviced clients like former Nigerian dictator Sani Abacha and President-for-life of Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayev.

This Washington-based firm, Apco Worldwide, was hired by Modi sometime in August this year, in the run-up to an important Assembly election, to improve his image before the world community. Among its recent clients are Mikhail Khodorkovsky, a former Communist youth leader-turned-Russian billionaire with mafia links.”

Keduanya; mereka yang terlibat dengan APCO mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Israel serta ahli politik Amerika Syarikat yang mempunyai pandangan yang serong terhadap umat Islam.

Soalan saya kepada Perdana Menteri – jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui umum; apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui perlantikan APCO sebagai perunding kerajaan?

Apakah pentadbiran Perdana Menteri mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?

Saya ingin kupas kedua-dua aspek dan memberikan bukti bahawa berdasarkan rekod APCO selama ini, sewajarnya kerajaan tidak melantik mereka kecualilah kepakaran yang diperlukan kerajaan adalah kepakaran menggunakan wang untuk membeli pengaruh di Washington.

Dalam tahun 2007, seorang wartawan penyiasat yang terkenal di Amerika Syarikat bernama Ken Silverstein telah menyamar untuk melantik APCO mewakili kerajaan Turkmenistan. Beliau telah melaporkan hasil siasatannya mengenai peranan dan pendekatan APCO membantu membersihkan imej diktator-diktator dunia di dalam sebuah rencana yang disiarkan di dalam Majalah Harper’s. Berikut antara pendedahan majalah tersebut:

“Apco was the first firm I contacted, because it was a natural candidate to represent Turkmenistan: it has experience working not just on behalf of authoritharian regimes in general-the dictatorship of General Sani Abacha in Nigeria, for example, which employed the firm in 1995, the same year it hanged 9 democracy activists.”

Pendedahan Ken Silverstein itu jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh APCO dalam membantu pemimpin-pemimpin yang begitu buruk rekodnya. Nama-nama yang disebut di dalam pendedahan tersebut termasuklah Barry Schumacher yang juga pernah terlibat di dalam tugasan lantikan kerajaan Israel pada tahun 1992 dan Jennifer Millerwise Dyck, bekas jurucakap CIA dan jurucakap Naib Presiden Dick Cheney; yang rekodnya di dalam perang di Afghanistan dan Iraq kita semua sedia maklum.

Sekiranya YB meneliti laporan tersebut, lebih membimbangkan adalah pendekatan yang diambil oleh APCO dalam menjalankan assignment itu.

Kepada kerajaan yang melantiknya, mereka dijanjikan pertemuan-pertemuan dengan pemimpin Kongres, dialog atau seminar dengan pelbagai institusi untuk memberi imej yang amat berlainan dengan apa yang berlaku.

Kepada pemimpin Kongres dan kerajaan Amerika Syarikat, mereka akan menjaja pertemuan-pertemuan ini sebagai peluang untuk mempengaruhi kepimpinan kerajaan yang melantik mereka sebagai perunding. Tidakkan ini satu amalan yang kurang beretika kerana ia seolah-olah mengambil untung di kedua-dua belah pihak? Bukankah ini satu isu yang besar apabila ada risiko campur tangan semata-mata untuk mendapatkan pertemuan-pertemuan di Washington?

Sebab itu saya akan terangkan selepas ini risiko-risiko yang telah ditanggung oleh negara apabila Perdana Menteri dicucuk hidung oleh Omar Mustapha dan juak-juak dari Ethos untuk melantik APCO.

Senarai pemimpin-pemimpin yang menggunakan khidmat APCO untuk membaikpulih imej diktator adalah panjang dan mengejutkan.

Selain Turkmenistan, Kazakhstan dan Azerbaijan; salah seorang klien APCO yang paling terkenal adalah bekas diktator Nigeria iaitu General Sani Abacha. Mengikut laporan-laporan BBC General Sani Abacha merupakan pemimpin berkedudukan No. 4 yang paling korup di dunia. Semasa pemerintahannya, berbillion-billion dollar dilesapkan. Wang yang dilesapkan oleh orang kanannya sahaja berjumlah USD$2.5 billion.

APCO sebagai firma perhubungan awam yang terlibat dengan komunikasi strategi mempunyai misi untuk melunakkan imej Sani Abacha yang melesapkan wang negara.

Aspek kedua yang membimbangkan kita adalah kehadiran ramainya tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan kerajaan Israel dan organisasi pertahanan negara itu termasuklah agensi perisikan sebagai perunding atau penasihat APCO.

Tidakkah tindakan Perdana Menteri melantik APCO, yang umum diketahui rapat dengan tokoh-tokoh kanan rejim Zionis, merupakan sikap kepura-puraan? Di depan rakyat, kerajaan Barisan Nasional bercakap mengenai perjuangan Palestin, mengutuk rejim Zionist malah merotan pesalah-pesalah rakyat marhaen yang lemah untuk membuktikan ia sebuah kerajaan yang menegakkan Islam – adil atau tidak itu belakang kira.

Tetapi secara senyap di belakang, tanpa pengetahuan rakyat; Perdana Menteri dinasihati secara terus dan dekat oleh sebuah firma yang ditunjangi oleh tokoh-tokoh kanan rejim Zionis? Regim yang memenjarakan Gaza dan menindas baik umat Islam dan mereka yang beragama Kristian di Palestin.

Secara khususnya, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada tiga tokoh utama Israel di dalam APCO iaitu Doron Bergerbest-Eilon, Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein14. Ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh kanan rejim Zionis.

Doron Bergerbest-Eilon adalah Ketua Bahagian Keselamatan dan Perlindungan, Agensi Keselamatan Israel. Apa itu Agensi Keselamatan Israel?( Israel Security Agency)

ISA adalah nama rasmi kepada satu organisasi yang cukup busuk namanya di kalangan umat Islam; iaitu Shin Bet. Apa ini Shin Bet? Shin Bet adalah adik kembar kepada Mossad; iaitu agensi perisikan Israel. Bezanya – Shin Bet adalah agensi perisikan dalam negara dan Mossad adalah agensi perisikan luar negara.

Siapa lagi tokoh-tokoh kanan rejim Zionis di dalam APCO? Antaranya Itamar Rabinovich; Duta Israel ke Amerika Syarikat, salah satu jawatan terpenting dalam rejim Zionis. Ini adalah jawatan diplomatik paling kanan dan hanya tokoh paling kanannya sahaja yang menjawat jawatan ini. Begitu juga dengan Shimon Stein iaitu mantan duta Israel ke Jerman. Kedua-dua ini merupakan jawatan diplomatik kanan buat Negara Israel. Kedudukan mereka yang kanan dalam lingkaran diplomatik memperlihatkan keupayaan mereka untuk mempengaruhi serta melobi bagi pihak APCO sekarang.

RISIKO KEPADA NEGARA

Sebab itu kita menimbulkan isu ini kerana ia melibatkan keselamatan dan reputasi negara serta maruah umat.

Kita jelas mengapa kita bangkitkan isu ini. Ianya kerana kita mempertikaikan tindakan kerajaan menganugerahkan kontrak perkhidmatan puluhan juta ringgit kepada sebuah syarikat yang mana ada dari kalangan eksekutif kanannya pernah memegang jawatan tinggi dalam organisasi seperti Shin Bet dan Kerajaan Israel. Kita khuatir kerana pentadbiran Dato’ Sri Najib seperti tidak runsing dan gundah mengambil sebuah firma yang tercemar dengan rekod berkhidmat untuk para diktator dan petindas. Sikap membisu Perdana Menteri pastinya mengundang pelbagai kemusykilan serta persoalan.

Membicarakan persoalan seperti komunikasi menyeluruh, pastinya ia berkait rapat dengan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan dan banyak kementerian lainnya. Maknanya APCO mempunyai akses/terdedah kepada jaringan strategik serta penting dan pastinya memberi kesan kepada keselamatan negara. Melantik organisasi asing yang mempunyai rekod seperti APCO, lalu mengamanahkannya dengan tanggungjawab besar serta kemudahan sedemikan rupa pastinya menggadai kepentingan negara. Oleh kerana itu saya menggesa kerajaan agar segara membatalkan kontrak perkhidmatan dengan APCO dan menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat skandal yang memalukan ini.

———

*Ini bukan sebahagian dari ucapan. Sekadar penilaian dan perbandingan berhubung persamaan di antara 1Malaysia dan 1Israel:

- 1Israel adalah parti gabungan yang dipimpin oleh Ehud Barak yang menang pilihanraya Israel pada tahun 1999. Ia pada asalnya mengumpulkan Parti Buruh, Gesher dan Meimad dan kemudiannya bergabung dengan parti-parti agama Yahudi dan sayap kanan seperti Shas, Meretz dan beberapa parti lain.

- 1Israel menandakan beralihnya dasar Parti Buruh menjadi lebih keras dan bersayap kanan; dengan kemasukan parti-parti lain di dalam gabungan. Ia merupakan gabungan pilihanraya yang mengumpulkan parti-parti perkauman bersayap kanan yang berbeza ideologi dan kepentingannya.

- Sebab itu pendekatan yang diambil oleh Ehud Barak adalah dengan menumpukan kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh 1Israel kepada rakyat untuk mengalih perhatian pengundi daripada perbezaan ideologi parti-parti di dalam 1Israel.

- Platform 1Israel menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik terutamanya di dalam pendidikan dan kesihatan yang terpampang di papan tanda besar.

- Mesej-mesej yang konsisten di papan tanda besar ini adalah tumpuan 1Israel untuk mendahulukan rakyat; dengan mendahulukan perkhidmatan seperti pendidikan dan kesihatan sebelum meluaskan kawasan penempatan Israel.

- Jadi mesej 1Israel adalah “rakyat didahulukan”, mesej 1Malaysia adalah “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

-Satu lagi inisiatif utama kerajaan 1Israel adalah dengan merombak sistem kesihatan. Di bawah 1Israel, fungsi Kementerian Kesihatan diubah dengan menjadi perancang dan mengurangkan penekanan kepada rawatan wad dan hospital – sebaliknya rakyat digalakkan mendapatkan rawatan pencegahan sebelum ke hospital; sama ada di klinik atau dengan ubat-ubatan yang diberikan.

- Maka 1Israel penekanannya adalah klinik, di Malaysia kita ada Klinik 1Malaysia.

- Selain itu di bawah 1Israel pelbagai tabung, yayasan dan kempen dilancarkan secara bertubi-tubi; semuanya di bawah payung 1Israel. Begitulah juga di Malaysia tiap-tiap hari kita disuap dengan pelancaran, yayasan (contohnya Yayasan 1Malaysia), tabung, kampung dan pelbagai lagi – semuanya konsep 1Malaysia.

Anwar Ibrahim

Tuesday, March 30, 2010

Azmin Ali (MP GOMBAK) Bahas Titah Diraja 2010





Apco: Anwar gesa tubuh s'jaya siasatan diraja - Malaysiakini

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.


Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Anwar turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel.

"Isu ini membongkar rundingan sulit pihak tertentu hingga maklumat strategik negara terdedah kepada ejen Israel dan tercalarnya maruah umat Islam di negara ini," katanya.

Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggunjawab memperkenalkan Apco kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Katanya lagi, kontrak dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Anwar membuat penjelasan itu bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan wakil Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.

Malaysiakini

Monday, March 29, 2010

Tajol Rosli Iktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. - Idham Lim

12 Rabiulakhir 1431H.
http://misabah.blogspot.com

IPOH, 28 Mac;-YB Dato' Seri Tajol Rosli, Adun BN Pengkalan Hulu yang juga mantan Menteri Besar Perak mengiktiraf YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah. Melalui surat jawapan kehadiran beliau kepada Speaker Sivakumar dalam sidang DUN pada 30 Mac ini yang difaxkan ke pejabat Sivakumar membuktikan Sivakumar adalah Speaker yang sah negeri Perak, bukan sahaja melalui surat yang difaxkan, malahan pegawai Tajol Rosli juga mengubungi Sivakumar bertanyakan samada surat jawapanter sebut telah diterima atau belum. Perkara ini didedahkan oleh Sivakumar dalam sidang akhbar yang diadakan pagi ini di pejabat Sektetariat PR Negeri.

Dengan pengiktirafan ini, Zambry dan Ganesan serta BN Perak menerima tamparan hebat apabila anggota BN bahkan bekas Menteri Besar Perak turut mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Tidak mungkin Tajol Rosli tersalah hantar surat jawapan, kerana surat panggilan sidang DUN Perak tersebut jelas menggunakan nama dan ditandatangani oleh Sivakumar.





Ini juga boleh jadi satu isyarat yang UMNO dan BN Perak sedah menghadapi permasalahan dalam, dari sumber yang rapat dengan UMNO BN Perak, dikatakan 11 bahagian UMNO seluruh Perak tidak bersetuju dengan Zambry, kerana tindakan-tindakan Zambry sebagai pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan juga Menteri Besar dilihat begitu angkuh dan sombong. Beliau bukan sahaja angkuh dan sombong kepada pembangkang malahan kepada UMNO-UMNO bahagian juga bersikap angkuh dan sombong.

Tajol Rosli sebagai orang lama dalam UMNO Perak, bekas Pengerusi Perhubungan dan juga bekas Menteri Besar Perak kelihatan dipinggirkan oleh Zambry, jasanya dalam memimpin UMNO Perak seolah-olah tidak dihargai. Menurut sumber Zambry hanya mementingkan orang-orangnya sahaja. Sikap Zambry ini sudah tentu mengecilkan hati Tajol Rosli.

Atau Tajol Rosli sememang berpegang kepada prinsip dan peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak. Sangat jelas, pemilihan Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei yang lalu bertentangan dengan Perintah Tetap. Kes ini pula belum diputuskan oleh Mahkamah siapa Speaker Perak yang sah. Kalau itulah pegangan Tajol Rosli, kita wajar hormati sikap YB Pengkalan Hulu ini dan wajib Adun-adun BN yang lain menghormatinya dan mengikut jejak langkah Tajol Rosli yang mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.

Idham Lim

Bebaskan Malaysia Daripada Kezaliman Umno-BN - SK

TAIPING 28 Mac - Malaysia kini terbahagi kepada dua - satu Malaysia untuk Perdana Menteri dan isteri beliau sementara satu lagi untuk rakyat bawahan.

Gejala ini menurut Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membawa kepada satu keadaan di mana golongan elit pemerintah bebas melakukan apa sahaja termasuk merampas harta rakyat tanpa disabitkan dengan undang-undang negara manakala golongan rakyat biasa ditindas dan dikenakan hukum walaupun untuk kesalahan yang kecil.

"Umno bercakap pasal Melayu dan mempertahankan Islam tapi ahli keluarga pemimpin Umno, Mirzan anak Dr Mahatir bukan setakat botol arak, kilang arak terbesar di Filipina, San Miguel, dibeli tetapi di mana ustaz Umno saya nak tanya. Kenapa senyap?

"Tetapi apabila tiga gadis Melayu minum arak mereka disebat, dikenakan tindakan. Kalau nak laksanakan hukum syariah tidak ada diskriminasi, ini kalau puak kaya Umno minum arak sampai muntah kedarah, beli kilang arak tidak apa, rakyat biasa miskin buat salah sikit hukum, kenakan tindakan undang-undang. Hukum apa ini? Sebab itu saya katakan ada dua Malaysia - satu untuk Najib dan Rosmah dan satu lagi Malaysia untuk rakyat miskin yang boleh dipijak, ditindas.

"Kes qazaf begitu juga, sanggup ustaz Umno nak lawan supaya kes qazaf ini tidak di bawa ke mahkamah syariah. Islam jenis apa yang mereka perjuangkan? Malah fatwa Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi pun puak-puak ni nak lawan dan perlecehkan, mereka ini memang sejahil-jahil manusia," kata Anwar semasa pelancaran program Gempita Perak Ke Putrajaya di Simpang, Taiping semalam.

Tambah Anwar Perak di bawah pentadbiran Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah membawa banyak perubahan serta membela nasib rakyat miskin tetapi telah disabotaj oleh Umno da Barisan Nasional.

"Di Parlimen saya nyatakan senarai tanah yang diluluskan kepada pekebun Cina dan juga Melayu dan India. Adalah fakta ini dilaporkan oleh akhbar seperti Utusan? Mereka tuduh saya ejen Cina dan kita dengan cakap DAP di Perak tetapi mereka tidak laporkan kita beri tanah kepada Cina miskin tetapi kita juga beri tanah lebih banyak kepada Melayu miskin.

"Umno beri gunung di Genting kepada tauke judi nombor satu, Lim Goh Tong, kenapa tidak bersuara? Lepas itu beri Bukit Tinggi kepada tauke judi nombor dua pula, Vincent Tan, ustaz, pemimpin Umno tak bising pun, pulau diberi kepada jurtwan Cina, Francis Yeoh, kenapa Umno senyap. Mereka ini bukan Cina ka?

"Umno kata dia pejuang Melayu tapi Melayu jenis apa? Hanya untuk kroni dan kauk keluarga mereka. Keluar senarai Melayu terkaya di Malaysia, kita tengok yang tersenarai Syed Mokhtar, seorang kroni Umno, lepas tu nama Nazir, adik Perdana Menteri dan juga Mokhzani anak Dr Mahathir. Ada kita lihat nama orang Melayu biasa dalam senarai tersebut? Semuanya anak beranak pemimpin dan kroni Umno.

"Begitu juga dengan Ketua Pemuda Umno, berapi-api kata pejuang Melayu dan tuduh kita dengan bermacam-macam fitnah tapi umur baru 30 tahun sudah ada beratus-ratus juta. Mana dapat semua wang itu?," kata Anwar kepada lebih 300 penyokong.

Anwar yang dalam lawatan sehari ke Perak juga mengambil kesempatan membidas beberapa Ahli Parlimen yang melompat parti dan menjadi anggota Bebas yang dianggap beliau telah mengkhianati kepercayaan dan amanat rakyat.

"Bagaimana mereka tergamak mengkhianati amanat rakyat. Rakyat menyokong mereka dengan keringat dan airmata kerana yakin mereka akan membawa perubahan di bawah Pakatan Rakyat. Disebabkan oleh tekanan dan pujuk rayu Umno dan BN mereka sanggup tinggalkan perjuangan dan bersama-sama bersekongkol dengan pihak yang zalim dan perasuah. Macam mana mereka boleh tunjukkan muka mereka kepada rakyat?

Ketua Pembangkang berkata atas alasan yang beliau sebutkan perlunya Malaysia dan rakyat negara ini diselamatkan daripada terus berada di bawah cengkaman umno-BN.

"Negara kita tidak lagi selamat. Baru-baru ini Menteri Pertahanan Zahid Hamidi kata ada kakitangan kementerian beliau terlibat jual rahsia keselamatan negara tapi tidak mengapa mereka bukan pengkhianat sebab sudah dipulihkan. Begitu juga beli kapal selam ambil komisyen RM540 juta akhirnya kapal selam tak boleh menyelam, beli jet Sukhoi komisyen RM400 juta, beli jet F5-E enjin boleh hilang. Umno tidak lagi boleh menjaga keselamatan negara kerana terlalu banyak rasuah dan penyelewengan sebab itu mereka serang saya tidak henti-henti kerana saya dedahkan segala keburukan mereka kepada rakyat," kata Anwar lagi.

Sebelum itu Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Mustafa Kamil Ayub dalam ucapan beliau menaruh keyakinan perjalanan Pakatan Rakyat ke Putrajaya semakin hampir mencapai kejayaan.

"Misi kita ke Putrajaya adalah 'unstoppable', tidak boleh dihalang atau disekat lagi. Ini diyakinkan dengan kenyataan bahawa 49.7 peratus pengundi Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat pada PRU 2008. Kita harap bermula di Perak kita akan ambil kembali Perak pada pilihan raya akan datang dengan kemenangan lebih besar dan begitu juga dengan kerajaan pusat," kata beliau.

SK

Zambry Gagal Tarik Pelaburan, Majukan Perak - SK

TAIPING 28 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri Pokok Assam, Yee Siu Kai mendakwa kerajaan negeri Perak di bawah pentadbiran Menteri Besar 'Mahkamah', Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir gagal memacu ekonomi negeri tetapi sebaliknya hanya mempromosi Umno dan membazir wang rakyat.

Umpamanya kata Yee daripada menumpukan perhatian untuk menarik pelaburan luar ke Perak, Zambry didakwa menghabiskan masa memberi hadiah berupa wang kepada pelajar-pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia.

"Menteri Besar tidak tarik pelabur ke Perak tapi habiskan masa setiap hari beri hadiah kepada pelajar cemerlang SPM dengan memakai baju Umno. Ini tugas Pengarah Pelajaran bukannya kerja seorang Menteri Besar.

"Tugas Menteri Besar adalah untuk mencari pelabur supaya golongan muda mudi ada kerja dan tidak menganggur. Zambry tidak ada halatuju untuk naikkan ekonomi Perak. Dia dan barisan Exco ditunjuk belajar bahasa Mandarin, ini satu pembaziran masa dan wang rakyat," tegas Yee semasa pelancaran program Gempita Perak Ke Putrajaya di Simpang, Taiping semalam.

Beliau berkata dengan kenaikkan harga bijih timah di pasaran dunia adalah diharapkan Zanbry akan melakukan sesuatu untuk mengambil peluang mengaktifkan semula industri perlombongan bijih timah di Perak tetapi sedihnya gagal berbuat demikian.

Yee juga membidas barisan Exco kerajaan negeri Umno-BN yang dilihat tidak pro-aktif dan benar-benar bekerja untuk membawa perubahan kepada rakyat Perak.

"Saya nak tanya apa projek persekutuan yang Zambry dan Exconya bawa ke negeri Perak? Tidak ada. Malah kerajaan negeri terpaksa bayar RM37 juta kepada kerajaan pusat berhubung tanah di Aulong dan Kamunting untuk penduduk setinggan.

"Apa kerja (Datuk) Dr Mah Hang Soon (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam) mengenai projek kilang magnesium di Kamunting? Sehingga kini tidak ada laporan kelulusan EIA dan Kementerian Kesihatan samada kilang tersebut selamat dan tidak jejaskan keselamatan penduduk.

"Begitu juga dengan (Datuk) Hamidah Osman (Exco Kanan serta Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita), apa yang dibuat untuk majukan industri pelancongan di Perak kecuali adakan pertandingan untuk sektor perhotelan pusat membeli belah. Projek untuk rakyat tidak ada langsung," jelas beliau lagi.

Yee berkata Malaysia akan menjadi pengekspot terbesar pembantu rumah mengatasi Indonesia dan Filipina dalam tempoh 20 tahun akan datang sekiranya Umno dan Barisan Nasional terus kekal berkuasa.

"Ini kerana Umno-BN sekarang sedang merompak kekayaan negera ini secara senyap atau terang-terangan. Satu hari nanti semua hasil bumi dan alam sekitar kita akan lenyap dirpmpak oleh Umno-BN. Akhirnya kita menjadi pengekspot pembantu rumah yang terbesar di rantau ini," Yee memberi amaran.

SK

Chua: Tugas kita bermula hari ini... - Malaysiakini

Presiden MCA yang baru, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata keputusan hari ini merupakan permulaan untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh perwakilan.

"(Kita) akan bergerak ke hadapan secara inklusif dan kolektif. Tugas kita baru bermula pada hari ini," katanya dalam sidang media sejurus selepas keputusan diumumkan.

Tambahnya, anggota parti perlu menghargai presiden terdahulu - Datuk Seri Ong Tee Keat dan Tan Sri Ong Ka Ting.

Katanya lagi, beliau berharap kedua-dua tokoh berkenaan akan terus memberi nasihat berkaitan hal parti, dan beliau juga sedia mendengar nasihat berkenaan demi mengukuhkan MCA.

Sementara itu, seorang naib presidennya, Ng Yen Yen berkata kemenangan beliau serta tiga yang lain - Datuk Donald Lim Siang Chai, Datuk Chor Chee Heung dan Gan Ping Sieu - merupakan gandingan hebat kepada parti.

"Apa yang penting selepas ini adalah bekerja bersama-sama untuk memastikan kesatuan dalam parti," katanya kepada wartawan selepas keputusan diumumkan malam ini.

Katanya lagi, beliau tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan presiden, timbalan dan naib presiden yang lain.

Beliau juga menyeru Lim, Chor dan Gan untuk bersama-sama memastikan proses menyatupadukan MCA walaupun masing-masing daripada kem berbeza.

"Ini adalah adat pertandingan... Ini adalah apa yang perwakilan mahu," katanya lagi yang gembira dengan keputusan pemilihan hari ini.

Sementara itu, ketua pemuda parti itu Datuk Wee Ka Siong berkata keputusan hari ini merupakan keputusan perwakilan dan ianya perlu dihormati.

"(Keputusan) ini bukan tentang pandangan peribadi, sama ada anda suka seseorang itu atau tidak," katanya kepada wartawan di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai perbalahan antara puak dalam parti itu, beliau berkata keputusan perwakilan hari ini adalah untuk menghalang puak tertentu mendominasi jawatankuasa pusat.

“Sebelum pemilihan tentulah kempen boleh jadi agresif. Mesej yang paling signifikan yang dihantar oleh perwakilan ialah mereka tidak mahu melihat mana-mana kumpulan untuk mendominasi jawatankuasa pusat.

'Sebab itulah anda lihat pemimpin-pemimpin berbeza, sekarang mereka mahukan pasukan MCA.

“Suka atau tidak, kita (sekarang) terpaksa bekerjasama. Inilah mandat yang diberikan oleh perwakilan dan kita perlu bekerjasama untuk kebaikan parti," tambahnya.

Keputusan pemilihan MCA hari ini memperlihatkan mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.

Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menang jawatan timbalan presiden, merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak.

Manakala pemenang kerusi jawatankuasa pusat juga merupakan campuran penyokong yang terdiri daripada sebelas penyokong Chua, Ka Ting (9) dan Tee Keat (5).

Ketika sidang akhbar itu berlangsung, Tiong Lai muncul dan memberi ucapan ringkas mengucapkan tahniah pada presiden baru dan kepimpinannya.

Turut hadir ialah ialah Yen Yen, Ping Sieu, Chor, Donald Lim dan Ka Siong.

Bagaimanapun Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun tidak kelihatan. Chew sebelum ini berikrar untuk meletak jawatannya dalam parti jika Chua menang dipilih sebagai presiden.

Ditemui selepas keputusan diumumkan, Chew berkata, beliau akan membuat satu pengumuman pada 2 April ini selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat pergerakan Wanita MCA.

"Saya tidak mahu merosakkan saat gembira yang kita raikan sekarang," katanya.

Reaksi Ka Ting

Sementara itu, Ka Ting pula berkata, beiau menghormati keputusan para perwakilan dan menerima kekalahannya.

Beliau berharap semua ahli parti itu akan berkongsi sentimen yang sama.

"Saya akan kembali semua kepada kehidupan (bersara sebagai presiden MCA) yang telah saya sesuai dengan diri saya. Saya juga akan meneruskan khidmat saya sebagai ahli parlimen," katanya.

Reaksi Tee Keat

Sementara itu, Tee Keat pula memberithu pemberita bahawa beliau merasa tenang dan juga tidak terperanjat dengan keputusan hari ini.

Sejurus selepas itu, Tee Keat berikrar akan terus mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Katanya, selagi beliau menjadi ahli parlimen beliau tidak akan melepaskannya isu PKFZ.

Tee Keat memulakan siasatan terhadap projek PKFZ yang mengalami kerugian besar selepas diantik sebagai menteri pengangkutan pada 2008.

Malaysiakini

Cikgu Jabar gesa wakil Bebas ‘lompat’ letak jawatan - Harakah

SEPANG, 28 Mac: Bekas wakil rakyat Bebas tiga penggal berturut-turut di Dun Batu Laut, Haji Mohd Jabar Mohd Yusof, 73, menggesa wakil Bebas yang lompat parti meletakkan jawatan dan menyerahkan semula kepada rakyat untuk pilihan raya semula.

Beliau ketika ditemui di kediamannya di Batu Laut, dekat sini berkata, amat tidak wajar mereka membawa kerusi itu kerana dipilih rakyat bukan berdasarkan nama peribadi tetapi atas nama parti, dalam hal ini tentulah kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau memenangi kerusi Batu Laut pada tahun 1974, 1978 dan 1982 yang kini dikenali sebagai Tanjung Sepat dan diyakini merupakan rekod sejarah yang belum dapat dipecahkan oleh mana-mana pemimpin bebas di negara ini serta diakui banyak pihak, kemenangan calon Bebas selama tiga penggal berturut-turut adalah yang amat sukar dilakukan.

"Perbezaan antara saya sebagai wakil rakyat Bebas dengan wakil rakyat itu adalah kerana saya memang calon Bebas dalam pilihan raya dan menang manakala mereka pula menang atas nama PKR dan melompat parti untuk menjadi Bebas," tegasnya yang lebih dikenali dengan nama mesra Cikgu Jabar (gambar) kerana menjadi pendidik di situ lebih 20 tahun sejak tamat belajar.

Meskipun setiap wakil rakyat yang melompat itu, ujarnya, mempunyai agenda peribadi tersendiri adalah lebih baik kerusi itu dikembalikan kepada rakyat untuk mereka memilih wakil rakyat baru.

Dalam pertemuan itu, beliau banyak menceritakan pengalamannya semasa berkhidmat kepada rakyat dengan amanah tanpa mengira penduduk di kawasannya dari mana-mana parti, semuanya akan dilayan sama rata dan paling utama adalah keikhlasan setulusnya tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada mereka.

Cikgu Jabar menghimbau kembali detik-detik bersejarah bagaimana beliau menyaksikan sikap Adun-Adun Umno ketika isu pemecatan Datuk Harun Idris sebagai Menteri Besar Selangor ekoran beberapa isu yang menyelubungi suasana dan akhirnya Datuk Harun digugurkan begitu sahaja lantaran sikap dan penyakit bangsa Melayu yang dipusakai sejak zaman Hang Tuah iaitu hasad dengki dan khianat.

"Kerana tiga penyakit inilah kita dapat saksikan bagaimana keadaan orang Melayu sekarang ini jadi begini... Hang Tuah yang kuat membodek diagungkan, Hang Jebat yang membela kematian Hang Tuah pula yang menjadi mangsa konspirasi," jelasnya lagi serius.

Menurutnya, meskipun beliau Bebas tetapi kerana membela nasib Datok Harun di ketika itu, beliau telah didatangi oleh ketua siasatan dari cawangan khas polis setiap minggu selama setahun.

Malah beliau juga mengakui tidak terlepas dari menjadi mangsa ugutan 'kerat, gunikan dan humbankan ke laut, langgar dan diracun' selepas menang penggal pertama dan bersyukur kerana selamat dari semua ujian berat itu selama tiga penggal menjadi wakil rakyat Bebas.

Cikgu Jabar berharap semua rakyat khususnya orang Melayu akan segera menilai semula keadaan semasa dan perkembangan politik yang berlaku dalam negara dan melakukan pilihan terbaik bagi memastikan kesinambungan kejayaan dan keamanan sebenar dapat dijayakan selama-lamanya.

Harakah

Hanya tiga anggota AMK Muar bermasalah lompat - Harakah

MUAR, 29 Mac: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Muar menafikan dan mengutuk sekeras-kerasnya berita penghijrahan 50 anggota AMK Muar sedangkan hanya tiga orang yang bermasalah sahaja bertindak melompat.

Ini ekoran media-media dan blog-blog semalam dengan bangga memaparkan berita pengisytiharan Naib Ketua AMK Muar dan 50 orang anggota AMK Muar telah pun keluar parti dan menyertai Umno/Barisan Nasional dalam satu majlis Jamuan Nasi Ambang Raksasa yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri di Parit Tengah, Air Hitam, Bakri, Muar pada Sabtu, 27 Mac.

Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan Muar, Ahmad Anwar Asyraf Ismail memberitahu, perkara itu merupakan satu bentuk fitnah jahat yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan kekuatan AMK Muar yang semakin hari semakin mantap dan dipercayai oleh rakyat Muar untuk memimpin harapan mereka.

“Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar menegaskan bahawa ini adalah satu lagi usaha terdesak danbacul Umno/Barisan Nasional Muar. Tiada perkara seperti ini berlaku di dalam organisasi kami,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, hanya tiga orang anggota AMK Muar yang bermasalah melompat bukan 50 orang seperti yang digembar-gemburkan oleh media iaitu Razali Jaafar atau lebih dikenali oleh pengusaha kedai menjual kereta sebagai ‘Zali Allright’ atau ‘Zali Confirm’, Bekas Naib Ketua 1 AMK Muar dan 2 lagi anggota.

Berikut adalah penjelasan beliau seterusnya.

Daripada sumber-sumber yang dekat dengan Razali Jaafar mengesahkan bahawa 50 orang lagi itu adalah merupakan ahli baru Umno dan bukannya anggota Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar. Juga, Razali ini memang telahpun giat mengedar borang keahlian Umno kepada penduduk sekitar yang bukan ahli Parti Keadilan Rakyat Cabang Muar mahupun AMK Muar. Ini adalah merupakan satu bentuk pembohongan dan publisiti murahan Umno/Barisan Nasional Muar. AMK Muar dengan tegas mencabar Saudara Razali Jaafar untuk memberikan bukti atau nombor keahlian 50 orang ini. Jangan hanya bercakap tanpa diiringi bukti sahih.

Saudara Razali Jaafar bukanlah anggota yang aktif. Juga, beliau bukanlah seorang Naib Ketua yang baik dan bertanggungjawab malahan kehadiran beliau ke majlis-majlis atau program-program anjuran parti atau AMK Muar juga boleh dihitung. Ramai anggota AMK Muar dan PKR Cabang Muar tidak mengenali beliau. Jadi, mana mungkin AMK Muar menjadi tempang tau lumpuh oleh kerana pembelotan 3 orang anggota yang tidak pernah aktif, tidak pernah melaksanakan tanggungjawab dan berjuang untuk parti dan rakyat.

Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar tidak sesekali terjejas dengan perbuatan tidak bermaruah 3 orang katak ini sebaliknya AMK Muar semakin kukuh dan mantap oleh kerana berlakunya proses pemutihan keanggotaan yang sedang berlaku di dalam kepimpinan dan keanggotaan AMK Muar.

Ini merupakan usaha terdesak Umno/Barisan Nasional Muar yang semakin hari semakin ditolak rakyat. Sewaktu mereka semakin ditolak rakyat, AMK Muar telah pun menjadi pemangkin wadah perjuangan rakyat yang menjadi harapan masyarakat Muar. Juga, ini adalah bukti ataupun dalil bahawa Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar semakin digeruni Umno/Barisan Nasional Muar. Walaupun jumlah anggota kami tidak seramai mereka, tetapi usaha dan suara kami benar-benar menyusahkan mereka. Apa yang dapat disimpulkan dari peristiwa ini adalah langkah-langkah dan usaha berterusan Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar telah menjadi igauan ngeri Umno/Barisan Nasional Muar, Muhyiddin Yassin dan Razali Ibrahim.

Ini juga membuktikan mereka telah ketandusan idea untuk berhadapan dengan kemaraan Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar yang semakin diterima oleh rakyat Muar tidak kira golongan muda ataupun veteran sehingga mewajarkan tindakan bebal membeli 3 anggota AMK Muar yang bermasalah, tiada kredibiliti, lemah semangat perjuangan dan ditolak oleh AMK Muar dan rakyat Muar.

Jadi, Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar sekali lagi dengan tegas mencabar Saudara Razali Jaafar untuk membuktikan bahawa 50 orang yang didakwa anggota AMK Muar itu sememangnya anggota berdaftar. Sila serahkan nombor keahlian mereka. Umno/Barisan Nasional Muar, kalau benar mahu bertempur, bertempur seperti pejuang sejati bukan dengan gaya sumbang dan lembik seperti ini.

Di kesempatan ini juga, Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar mengecam dan membidas usaha-usaha beberapa pihak untuk menghalang dan mengagalkan majlis Mesyuarat Agung Tahunan Parti Keadilan Rakyat Cabang Muar daripada diadakan pada 27 Mac 2010 dengan mensabotaj dan memulangkan semula notis jemputan mesyuarat pada hari Jumaat yang lepas. Ini sekaligus membuktikan betapa keupayaan PKR Muar dalam meraih restu dan sokongan masyarakat Muar. Juga, ini merupakan petanda jelas betapa tempoh hayat Umno/Barisan Nasional untuk menguasai kerusi Parlimen P146 Muar semakin pendek dan malap.

Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar dengan ini menegaskan bahawa sebarang usaha-usaha bebal ini tidak akan mematahkan semangat kami untuk membebaskan rakyat Muar daripada pemerintah zalim, korup dan rakus. Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar tidak akan dan tidak pernah gentar dengan permainan politik sakai dan murahan Umno/Barisan Nasional. Hari ini kamu merompak 3 anggota Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar yang bermasalah tetapi kami sedikitpun tidak merasa tergugat malahan kami amat yakin bahawa akan muncul lagi 300 anak muda Muar yang kukuh semangat perjuangan menentang Umno/Barisan Nasional.

Kalau benar perjuangkan rakyat, Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar mencabar Razali Jaafar atau Razali Ibrahim, Ahli Parlimen Muar untuk turun berdebat di mana-mana pada bila-bila masa. Kami Angkatan Muda Keadilan tidak pernah gentar dan takut menentang kezaliman dan kerakusan penguasa.

Harakah

Thursday, March 25, 2010

Umno-BN Melaka Promosi Arak Kepada Muda Mudi - SK

KUALA LUMPUR 24 Mac - KEADILAN Melaka mendesak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengemukakan penjelasan berhubung iklan yang mempromosikan arak percuma secara terbuka di negeri itu.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata desakan itu melambangkan keseriusan Pakatan Rakyat mengambil tindakan bagi mengawal kebejatan sosial yang semakin menular di negara ini.

Beliau juga menyifatkan perbuatan sedemikian sebagai keterlaluan kerana iklan tersebut menawarkan galakan secara terbuka sehingga mendorong masyarakat terutamanya golongan muda-mudi terjerumus ke kancah tidak sihat.

"Baru-baru ini kita didedahkan dengan isu sebatan Kartika yang sehingga kini masih belum selesai dan sekarang saya benar-benar tidak faham kenapa ia masih berlaku seolah-olah tiada pengawasan yang ketat dan sempurna dilakukan kerajaan negeri bersama majlis daerah untuk mengekang usaha sedemikian," kata beliau ketika diminta mengulas berhubung satu iklan yang dipaparkan oleh sebuah laman blog di kijang59.blogspot.com baru-baru ini.

Iklan yang dipasang di Taman Melaka Raya itu tertera perkataan 'Free Beers Tomorrow, Shirts and Shoes Required, Bra and Panties Optional'.

Menurutnya kegagalan sistem perundangan di negeri itu antara punca kejadian seumpama ini berlaku.

Beliau juga mengandaikan hal demikian mempunyai kaitan dengan kuasa rasuah.

"Ini menunjukkan kerajaan negeri gagal mengadakan undang-undang syariah sedangkan peraturan pengamalan minuman arak ini di bawah hukum agama.

"Lebih yang merunsingkan saya, dikhuatiri jika perkara ini disebabkan ada unsur-unsur rasuah dan kemungkinan ini menguatkan lagi dakwaan saya kerana dengan sewenangnya lesen penjualan arak di bawah penjagaan Pihak Berkuasa Tempatan diluluskan oleh Ketua Menteri," ujar beliau lagi.

Sehubungan itu beliau menggesa Jabatan Agama Islam Melaka melakukan siasatan segera dan mengheret pesalah terbabit ke muka pengadilan.

Shamsul turut menegaskan sekiranya Ali Rustam enggan memberi penjelasan berhubung isu ini, beliau sendiri tidak akan teragak-agak untuk membuat perhitungan seterusnya.

Sementara itu tinjauan PAS Melaka mendapati puluhan muda-mudi Melayu memasuki pelbagai kelab malam di kawasan itu tanpa segan silu meskipun kawasan itu merupakan majoriti masyarakat Cina.

SK

Liwat II: Saiful disoal balas pada 10 Mei - Malaysiakini

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 10 hingga 14 Mei depan untuk perbicaraan kes liwat membabitkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbicaraan kemudiannya akan disambung semula pada 31 Mei hingga 4 Jun , 14 hingga 23 Julai dan 2 hingga 30 Ogos.

Jumlah hari yang ditetapkan untuk perbicaraan itu adalah 39 hari.

Pada perbicaraan yang akan bersambung pada 10 Mei nanti, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu akan disoal balas oleh pihak pembelaan.

Mohd Saiful sepatutnya disoal balas pada 8 Feb setelah pihak pendakwaan selesai membuat pemeriksaan utama pada 5 Feb tetapi kes itu tertangguh kerana Anwar memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri kerana didakwanya berat sebelah tetapi hakim itu membuat keputusan untuk tidak menarik
diri.

Dalam prosiding pada 18 Feb, mahkamah menetapkan hari ini untuk sebutan sehingga menunggu selesainya rayuan Anwar berhubung keputusan Hakim Mohamad Zabidin untuk tidak menarik diri.

Bagaimanapun, pada 16 Mac, Anwar menarik balik rayuannya itu dengan alasan mahu supaya kes itu dipercepatkan.

Anwar, 63, yang juga ketua pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadinya, di sebuah apartmen di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Apabila mahkamah bersidang hari ini, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, meminta mahkamah menetapkan tarikh seawal minggu depan bagi meneruskan perbicaraan kes itu.

Bagaimanapun, peguam utama Anwar, Karpal Singh, berkata beliau dan Anwar perlu menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Anwar ialah Anggota Parlimen Permatang Pauh manakala Karpal ialah Anggota Parlimen Bukit Gelugor daripada DAP.

Mohamed Yusof berkata bahawa itu tidak boleh dijadikan alasan tetapi Karpal menjawab bahawa beliau dan Anwar mempunyai tanggungjawab untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Karpal mencadangkan Julai sebagai tarikh yang sesuai kerana beliau boleh hadir sekiranya kes itu ditetapkan sepanjang bulan itu.

Bagaimanapun Hakim Mohamad Zabidin berkata tarikh itu terlalu lewat dan mencadangkan pula ia dijalankan pada Mei, dan selepas pihak-pihak terlibat berbincang dalam kamar hakim kemudiannya, tarikh-tarikh itu dipersetujui.

Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Malaysiakini

Bekas tahanan ISA hilang ganti rugi RM2.5 juta - Malaysiakini

Seorang bekas tahanan menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hilang ganti rugi RM2.5 juta setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan tuntutan samannya.

Hakim Md Raus Shariff yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan bahawa penahanan Abdul Malek Hussein adalah sah dan menolak semua dakwaan yang dia diseksa semasa dalam tahanan.

Dua hakim lain yang itu ialah hakim mahkamah persekutuan - Sulong Matjeraie dan Ahmad Maarop.

Berikutan keputusan itu, Abdul Malek (kiri) tidak layak mendapat sebarang pampasan kewangan tetapi sebaliknya diarahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk membayar kos RM50,000.

Sementara itu, Abdul Malek berkata beliau akan membawa kesnya itu ke Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan hari ini.

Abdul Malek, ditangkap dan mendakwa dia diseksa oleh kerajaan pada tahun 1998.

Beliau kemudiannya memfailkan saman pada Mac 1999, terhadap anggota cawangan khas, Borhan Daud; Ketua Polis ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kerajaan Malaysia.

Pada 2007, hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan penahanan Abdul Malek ketika demonstrasi reformasi itu dibuat dengan niat jahat berdasarkan Artikel 5, Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah juga menganugerahkan gantirugi RM2.5 juta kepadanya

Malaysiakini

Media Asing Dedah Najib Mahu Anjur Judi Sukan - TVS

KUALA LUMPUR 25 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta memberi penjelasan mengenai cadangan untuk mewujudkan perjudian berasaskan sukan di negara ini yang dedah media antarabangsa.

Najib dikatakan mendedahkan cadangan itu ketika menghadiri Persidangan Pelaburan Asia Credit Suisse ke-13 2010 di Hong Kong.

Presiden Umno itu dikatakan mahu mempertimbang cadangan melaksanakan perjudian melibatkan Fifa World Cup final di Afrika Selatan yang bermula 11 Jun sehingga 11 Julai ini.

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook pada sidang media di lobi Parlimen sambil mempertikai mengapa Najib seolah-olah merahsiakan hal itu dari pengetahuan rakyat Malaysia.

Beliau merujuk laporan akhbar yang mengatakan Berjaya Group, sebuah syarikat berasaskan perjudian dikatakan berminat untuk melobi lesen judi dari kerajaan.

Berita itu ditemui dengan melayari www.asiaone.com dengan mengklik judul berita: 'Legal Sport Betting In Malaysia'

Berjaya Group yang dikepalai Tan Sri Vicent Tan diketahui umum sebelum ini kerana menjalankan perniagaan perjudian selama 20 tahun dengan hanya membayar cukai sebanyak RM25 juta.

TVS

Syed Husin Mahu Utusan Mohon Maaf Isu Pembubaran PRM - TVS

SHAH ALAM, 25 MAC - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed husin Ali menghantar notis kepada Utusan Malaysia menuntut akhbar milik Umno-Barisan Nasional itu membuat permohonan maaf kepada beliau dan membayar ganti rugi RM10juta.

Notis yang dihantar semalam, melalui Peguambela & Peguamcara Edwin Lim Suren & Soh, diberikan kepada Pengarang dan Pengarang Pengurus Utusan Melayu Bhd dan juga seorang individu bernama Zamil Ibrahim.

Syed Husin dalam satu kenyataan medianya berkata, notis itu berhubung sebuah berita fitnah yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 6hb Mac 2010 bertajuk “RM500,000 Syed Husin dicabar lapor polis”.

Katanya dalam berita tersebut beliau dituduh kononnya menerima RM500,000 daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bayaran untuk membubar Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi memudahkan percantuman dengan Parti Keadilan Nasional dan membentuk Parti Keadilan Rakyat.

Beliau berkata, Utusan diberi tempoh tujuh hari dari tarikh surat tuntutan untuk memberikan jawapan dan sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan diambil terhadap akhbar berkenaan.

TVS

Wednesday, March 24, 2010

Pemimpin Umno Padang Besar mahu Yip berhenti - Malaysiakini

Barisan kepemimpinan akar umbi Umno bahagian Padang Besar menyokong penuh hasrat ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn untuk meletak jawatan.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tergempar yang berlangsung malam tadi yang dihadiri oleh kira-kira 30 pemimpin akar umbi bahagian.

Mereka termasuk empat pemimpin kanan Pemuda bahagian serta empat ahli jawatankuasa bahagian.

DUN Titi Tinggi terletak di bawah kawasan Parlimen Padang Besar.

Ketika mengesahkan perkara itu, sumber-sumber Pemuda bahagian berkata berkata ini kerana Yip tidak komited untuk terus berkhidmat.

"Oleh kerana beliau sudah patah semangat untuk berkhidmat," kata sumber-sumber itu sambil menambah satu sidang akhbar mengenainya dijangka diadakan petang ini.

Sidang akhbar itu akan diadakan oleh Pemuda bahagian.

Malaysiakini

Umno-BN Lulus 60 Cabutan Judi Bagi 2010 - SK

KUALA LUMPUR 24 Mac - Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang gagal mengawal pengeluaran lesen judi dan memberi kelulusan 60 cabutan khas "Special Draw" untuk tahun 2010.

Pada sidang media yang diadakan di perkarangan lobi Parlimen Ahli Parlimen Rasah Loke Siew Fook menjelas tindakan kerajaan memberi kelulusan kepada cabutan khas itu selain satu strategi untuk menambah hasil cukai negara boleh juga mendatangkan masalah sosial serta mengalakkan rakyat untuk terus berjudi.

"Kerajaan sepatutnya membatalkan kelulusan yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat perjudian bagi cabutan khas. Apa yang saya nak maklumkan di sini Kerajaan secara tidak sedar telah mengambil wang rakyat melalui cabutan khas itu," kata Loke.

Loke merujuk kepada pertanyaan lisan yang meminta Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak menjelaskan jumlah cukai dan duti yang dikutip oleh kerajaan melalui kelulusan cabutan khas itu.

"Dari jawapan bertulis yang diberikan kerajaan telah bersetuju membenarkan enam operator ramalan yang dilesenkan oleh kerajaan iaitu Sports Toto, Magnum Corporation, Pan Malaysian Pools (PMP), Sandakan Turf Club (STC), Diriwan Corporation dan Sarawak Turf dan Ekuestrian Club (STEC) bagi mengadakan cabutan khas sebanyak dua puluh hari cabutan khas secara serentak.

"Jumlah hasil yang dikutip oleh Kerajaan daripada cabutan khas tahun 2010 sehingga 16 Februari berjumlah RM21 juta," jelas beliau kepada media.

Beliau berkata kerajaan juga menggunakan khidmat operator nombor ramalan secara sistem pesanan ringkas (SMS) dengan jumlah kutipan cukai sebanyak RM1.2 bilion.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan tindakan segera perlu diambil dengan membatalkan kelulusan yang telah diberikan.

"Kerajaan perlu mengambil tindakan dengan membatalkan kelulusan yang telah diberikan, selain itu satu memorandum akan diberikan kepada Perdana Menteri meminta penjelasan dan pendirian kerajaan berhubung isu ini. Dalam memorandum itu kita akan dapatkan tandatangan kesemua Ahli Parlimen bagi menyatakan pendirian mereka mengenai masalah tersebut," kata Dr Dzulkefly.

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail pula menyokong desakan tersebut dan menyifatkan kelulusan yang diberikan itu sebagai jalan singkat kerajaan untuk mengumpul sumber kewangan negara yang semakin susut.

"Kelihatan tindakan kerajaan membenarkan lebih banyak cabutan ini kerana tekanan mencari sumber kewangan. Lebih banyak kelulusan yang diberikan maka lebih banyak wang masuk ke dalam akaun kerajaan, tetapi impak kelulusan itu kerajaan tidak pernah fikir atau ambil berat. Kita juga harap kerajaan mengawal kelulusan lesen judi jika ada permohonan baru dan semak semula penyambungan kontrak syarikat-syarikat yang sedia ada.

"Kesan yang akan timbul adalah masalah sosial dan wang dalam poket rakyat diambil oleh kerajaan dengan secara senyap. Dengan memorandum yang kita akan berikan Pakatan Rakyat berharap Menteri Kewangan dapat memberi jawapan dalam pengulungan hujahnya minggu depan," kata beliau.

SK

Jual Rahsia Keselamatan Negara Bukan Khianat Kata Ahmad Zahid - SK

KUALA LUMPUR 24 Mac - Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kakitangan kementerian beliau yang didapati membocor serta menjual maklumat perihal keselamtan negara tidak dianggap pengkhianat atas alasan mereka telah dipulihkan oleh Bahagian Risikan Tentera.

Sebelum ini menteri itu mengakui terdapat kakitangan kementeriannya yang terlibat dalam kegiatan pengintipan bagi pihak negara asing dan perbuatan tersebut menjejaskan keselamatan negara.

Sehubungan itu Pakatan Rakyat mendesak Kementerian Pertahanan mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan Angkatan Tentera Malaysia yang terlibat dalam kegiatan pengintipan serta penjualan maklumat penting berhubung keselamatan negara kepada negara asing.

Pada sidang media yang diadakan semalam, Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata jawapan yang diberikan menteri terbabit mengesahkan berlakunya aktiviti pengintipan atau penyuluhan yang membabitkan isu pertahanan dan keselamatan negara.

"Menteri juga mengakui ada kakitangan di peringkat Kementerian Pertahanan samada 'uniform' darat, laut dan udara atau pun 'civilian' disamping mengesahkan kemungkinan seorang atau lebih yang terbabit.

"Kementerian tersebut juga berpendapat mereka yang membocorkan rahsia pertahanan negara tidak boleh dianggap pengkhianat dengan alasan mereka ini telah berjaya di 'turnover' oleh pihak risikan tentera.

"Seterusnya, menteri juga sedar dan akui ada negara asing yang terbabit tetapi menggunakan alasan hubungan dua hala yang selesa", kata Saifuddin.

Pakatan Rakyat tambah Setiausaha Agung KEADILAN itu mendesak Kementerian Pertahanan mengenakan tindakan sekeras-kerasnya terhadap individu atau mereka yang terbabit kerana isu pengintipan merupakan perkara yang besar dan serius.

"Pakatan Rakyat juga ingin mengetahui adakah langkah tindakan diplomatik seperti nota bantahan sudah dihantar kepada negara asing terbabit yang didakwa melakukan pengintipan di negara ini," tegas Saifuddin.

Sebelum ini, Ahmad Zahid mendedahkan berlaku pembocoran dan penjualan rahsia penting negara berkaitan keselamatan dan pertahanan negara oleh pihak dalaman Angkatan Tentera Malaysia yang dijual kepada negara asing melalui kedutaan di Kuala Lumpur.

SK

Lontar Bom Petrol Tindakan 'Nakal' Politik - SK

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Badrul Hisham Shaharin menyifatkan tindakan melontar bom petrol ke rumahnya awal pagi tadi sebagai satu tindakan 'nakal' dalam berpolitik.

Badrul Hisham atau dikenali sebagai CheGuBard ketika dihubungi Suara Keadilan berkata setakat ini siasatan anggota polis dan forensik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dilakukan di lokasi kejadian kira-kira 2.30 pagi hingga 5 pagi.

Beliau berkata hasil siasatan pihak polis menemui sebiji bom petrol yang menjadi punca sehingga mengakibatkan kebakaran di lantai dan dinding luar rumahnya di Taman Chedang, Seremban.

Berikutan itu beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau tidak menolak sebarang kemungkinan terdapat unsur sabotaj mahu pun unsur khianat dalam permainan politik.

"Saya tidak menolak adanya kemungkinan ini lebih-lebih lagi dengan keadaan politik negara sekarang yang tidak stabil, macam-macam boleh berlaku.

"Ini kerja 'nakal' individu tertentu untuk menakutkan saya dan keluarga," kata beliau.

CheGuBard bagaimanapun berkata perkara ini tidak akan menjadi halangan sama sekali kepadanya untuk terus berjuang dalam politik dan KEADILAN serta mendedahkan perkara sebenar kepada rakyat dan menentang kezaliman.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi tadi ketika berada di rumah bersama isteri dan anaknya, CheGubard menyedari rumahnya dibaling dengan bom petrol sehingga mengakibatkan kebakaran dihadapan halaman rumahnya, namun berjaya dipadamkan sejurus kemudian.

Menurutnya, kelihatan dua orang menaiki motosikal dihadapan rumahnya ketika kejadian, berdasarkan sumber daripada jirannya.

Kereta beliau juga mengalami sedikit kesan kebakaran dan ini adalah kejadian pertama kali sebegini berlaku.

Berikutan itu beliau membuat laporan polis di Balai Polis Seremban 2 kira-kira 3 pagi tadi.

"Pihak polis memberi jaminan akan menyiasat perkara ini dan akan memaklumkan kepada saya jika terdapat sebarang perkembangan kes," katanya.

Baru-baru ini CheGuBard menerbitkan sebuah buku mengenai pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu berjudul 'Disebalik Misteri Pembunuhan Altantuya'.

SK

SPR: Kerusi Titi Tinggi tidak kosong - Malaysiakini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn masih seorang wakil rakyat yang sah.

Menurut Pengerusinya,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf, selagi peletakan jawatan itu belum dimaklumkan oleh speaker DUN Perlis kepada pihaknya, Yip masih wakil kerusi itu yang sah.

"Kami pun sedar melalui media elektronik dan cetak. Boleh jadi kamu tahu lebih banyak daripada kami. Secara rasmi, sehingga sidang media ini, tiada makluman daripada speaker," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak memberi jaminan bahawa Yip, tidak akan meletakkan jawatan dan akan terus bersama Barisan Nasional.

"Saya dah dapat pengesahan daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu, bahawa beliau tetap akan menyokong Barisan Nasional dan tidak akan letak jawatan," katanya yang dipetik Berita Harian, sebelum berlepas pulang selepas menghadiri Persidangan Pelaburan Asia Credit Suisse di Hong Kong.

Kelmarin, Yip menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat.

Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat,

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.

Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.

Beliau digantikan dengan Adun MCA Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 Mac 2008, Yip menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Keria Senawi dan Mohammad Radzi Mustaffa (Bebas) dengan majoriti 1,841 undi.

Md Isa berkata, pengguguran Yip sebagai Exco berdasarkan ketetapan dipersetujui MCA dan kaedah giliran membabitkan Adun mewakili parti itu dipraktikkan sejak beberapa penggal lalu.

Malaysiakini

BN Perlis tak mahu p'raya kecil - Malaysiakini

BN Perlis masih berusaha memujuk ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn supaya menarik balik peletakan jawatannya bagi mengelak pilihan raya kecil diadakan.

"Yip masih lagi ADUN Titi Tinggi dan kita masih lagi memujuknya," kata Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat hari ini.

"Saya nampak hari ini beliau amat positif dan sudah bertenang.

"Pagi tadi Yip telah mengubungi saya dan saya bertanya khabarnya. Saya tanya apakah masalahnya (letak jawatan), dia kata tidak ada masalah dan saya memintanya bersabar," kata Yazid.

"Kita tidak mahu pilihan raya kecil," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya berapa lama masa yang BN perlukan untuk memujuk wakil rakyat tersebut, Yazid menjawab: "Sehari dua lagi... Harapan untk dia (kekal) bersama kita (adalah) cerah".

Menurutnya, beliau dan bekas timbalan ketua bahagian Umno kangar, Datuk Ahmad Bakri Ali sedang berusaha untuk memujuk Yip menarik balik peletakan jawatannya.

Katanya, mereka berbuat demikian atas arahan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu memandang Ahmad Bakri adalah rakan karib Yip.

Ditanya sama ada perkara itu akan dibawa kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Yazid menjawab: "Kalau saya buat begitu, seolah-olah saya mahu pilihan raya kecil.

"Kita tidak mahu pilihan raya kecil. Kita mahu dia untuk terus bersama BN untuk membangunkan negeri ini," katanya.

Semalam, Yip menghantar surat peletakan jawatannya kepada Yazid Mat berkuatkuasa serta merta.

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.

Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.

Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Cho. Beliau juga merupakan setiausaha MCA Perlis.

Malaysiakini

Penduduk setinggan Kempas halang rumah diroboh - Malaysiakini

Kira-kira 200 aktivis dan penduduk setinggan Kampung Denai Pinggiran, Kempas, Johor Bahru berdemonstrasi pagi tadi, untuk mempertahankan rumah di situ daripada dirobohkan oleh Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru.

Mereka berkumpul di situ kira-kira jam 10 pagi untuk mempertahankan kira-kira 35 buah rumah di situ, kata ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat.

Mereka membuat 'rantai manusia' untuk menghalang pekerja pejabat tanah berkenaan serta jentera lain daripada masuk ke situ.

Sehingga jam 10.45 pagi tadi, kira-kira 10 buah rumah kosong kerana
penghuninya telah berpindah ke projek perumahan rakyat (PPR) di Kempas, kira-kira satu kilometer dari situ.

Menurutnya, selain Kampung Denai Pinggiran, operasi perobohan itu juga dilancarkan di dua buah lagi kampung setinggan - Kampung Seri Rahmat 1 dan Seri Rahmat 2.

Bagaimanapun, katanya, rumah-rumah di kedua-dua kampung tersebut telahpun dikosongkan oleh penghuninya yang sudah berpindah ke PPR di Kempas - kecuali satu dua buah rumah yang masih berpenghuni.

Sebuah daripadanya ialah rumah milik pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk setinggan Kempas, Ramli Ibrahim di Kampung Seri Rahmat 2.

Suhaizan memberitahu rumah Ramli telah dirobohkan pada jam 11 pagi tadi ketika Ramli dan lima anggota keluarganya masih berada di dalam rumah mereka.

Sebelum dirobohkan, katanya, anggota polis telah menarik keluar Ramli dan anggotanya dari rumah itu.

Sehingga jam 11.50 pagi tadi, katanya, ada sebuah jentolak sedang bersiap untuk masuk ke Kampung Denai Pinggiran untuk melakukan kerja-kerja perobohan.

Bagaimanapun, penduduk dan aktivis di situ sedang menghalang laluan jentolak tersebut.

Malaysiakini

Tuesday, March 23, 2010

"Najib, Tolong Jangan Ambil Zahrain Masuk Umno", Ghafur - SK

KUALA LUMPUR 23 Mac - Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghafur Salleh membidas keras tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru yang menamakan beliau antara lapan anggota Dewan Rakyat yang bercadang melompat parti berhubung dakwaan Pakatan Rakyat mahu mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 September 2008 sambil mendesak Umno jangan menerima beliau sebagai ahli.

"Kalau mahu tubuh kerajaan pusat Pakatan Rakyat mesti ada sekurang-kurangnya 30 Ahli parlimen yang lompat. Kenapa Bayan Baru memilih-milih dan sebut lapan nama sahaja? Apa sebab dia sebut nama saya? Saya tak pernah terumpan, tak pernah terpujuk dan tak penah pun ke Taiwan. Senarai anggota yang pergi ke Taiwan pun sudah diketahu kenapa dia tak sebut itu? Ini kenyataan orang tak ke sekolah," tegas Ghafur dalam nada marah.

Sambil mendesak supaya Datuk Seri Zahrain Hashim menarik balik kenyataan beliau dalam dewan baru-baru ini serta menuntut maaf kepada beliau, Ghafur berkata beliau tetap setia dengan Barisan Nasional.

"Semasa saya bertanding di bawah Berjaya, PBS mahu beli saya tapi saya tak mau. Kalau saya mahu keluar parti kerana saya tidak lagi percaya kepada pucuk pimpinan parti bukan di beli," kata beliau ketika mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih titah Yang DiPertuan Agong.

Walaupun beberapa kali Zahrain meminta laluan untuk memberi penjelasan Ghafur bertegas untuk tidak memberi peluang kepada beliau.

Ghafur juga mempertikaika mengapa Zahrain tidak melompat dua tahun dahulu ketika berada dalam KEADILAN dan hanya berbuat demikian sekarang.

"Saya nasihatkan Umno jangan ambil orang seperti ini. Kalau dia boleh gigit ketua dia semasa dalam KEADILAN dia juga boleh gigit ketua kita. kalau dia masuk Umno mungkin ada orang Umno yang keluar parti. Adakah beliau terima apa-apa imbuhan untuk melompat?

"Mungkin sekarang kocek pun sudah penuh bila lompat parti. Mungkin sekarang dia sudah gemuk sikit, sudah kenyang, mahu bersuara sikit. Saya mahu dia minta maaf sama saya kerana apa yang dia cakap satu pembohongan," kata beliau lagi.

SK

Usul kecam Utusan, Awang Selamat di DUN S'gor - Malaysiakini

Pakatan Rakyat Selangor akan membawa usul khas bagi mengecam tindakan Kumpulan Utusan dan penulis kolumnya Awang Selamat kerana didakwa “biadap” terhadap institusi raja di negeri itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar bersama di Shah Alam hari ini, ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari berkata, tulisan Awang Selamat itu “mempertikaikan” keputusan Sultan Selangor yang membatalkan kehadiran baginda ke mesyuarat agung pertama PERKASA hujung minggu ini.

“Kami akan membentangkan usul di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor yang akan bersidang pada 12 April ini bagi mengecam tindakan Awang Selamat dan Kumpulan Utusan,” kata ADUN Batu Caves Amiruddin Shaari.

Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah beberapa lagi ADUN Pakatan - termasuk daripada PAS dan PKR.

Kelmarin, menulis dalam kolumnya di Mingguan Malaysia, Awang Selamat antaranya turut mempersoalkan “di mana suara NGO bukan Melayu dan tauke-tauke kaya-raya ketika raja-raja Melayu dicabar”.

Dalam tulisan berjudul ‘Perkasa, Ibrahim dan kedudukan Melayu’ itu, penulis berkenaan juga memuji kelantangan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali yang dikatakan paling lantang mempertahankan kedaulatan institusi tersebut.

Malaysiakini

ADUN BN Titi Tinggi letak jawatan - Malaysiakini

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.

Yazid mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam suratnya itu, kata beliau, Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta.

"Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," katanya.

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.

Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.

Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Cho. Beliau juga merupakan setiausaha MCA Perlis.

Mengulas lanjut, Yazid berkata kedudukan Yip belum diputuskan lagi "dan masih dalam pertimbangan saya".

"Kita minta beliau bertenang dan memikirnya semula (keputusannya itu)," tambahnya.

Ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di DUN Titi Tinggi, Yazid berkata: "Saya tak tahu kata apa, terserahlah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). SPR yang akan tentukan," katanya

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

Malaysiakini