Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, October 20, 2008

Anwar desak kerajaan beri keadilan kepada warga Kampung Baru Plentong Tengah

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kesal dengan tindakan biadap pihak berkuasa merempuh dan meroboh kediaman penduduk Kampung Baru Plentong Tengah baru-baru ini.

"Apa yang dikesalkan ialah keangkuhan pihak pemaju dan penguasa mengasari warga emas, wanita dan anak-anak kecil," tegas Anwar dalam satu kenyataannya hari ini.

Tindakan rusuhan yang dicetuskan pihak berkuasa dan pemaju meski pun mengetahui bahawa keputusan permohonan penduduk berhubung penangguhan pelaksanaan pemusnahan kampung terbabit di Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah ditangguhkan ke tarikh 29 Oktober 2008 cukup mengecewakan.

"Saya menuntut agar jaminan keadilan diberikan kepada semua penduduk Kampung Baru Plentong Tengah yang terjejas," tegas Anwar.

Kira-kira 20 rumah di Kampung Baru Plentong Tengah yang tidak berpenghuni di kampung tersebut, telah dirobohkan dalam operasi yang dilancarkan pihak pemaju 16 Oktober lalu.

Tindakan itu diambil selepas penduduk enggan berpindah ke penempatan sementara sementara. Kampung tersebut akan dimajukan sebagai kawasan komersil.

Dalam operasi itu, 27 penduduk serta aktivis ditahan kerana cuba menghalang kerja perobohan rumah di situ. Mereka bagaimana telah dibebaskan pada hari yang sama dengan ikatjamin.

Setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk kampung tersebut, Taslim Nani, berkata sejumlah 310 keluarga terbabit tidak bersetuju berpindah ke penempatan sementara itu.

Katanya, ia kerana mereka tidak mahu dipisah-pisahkan memandangkan lokasi penempatan sementara terletak di tempat yang berasingan.

Bagaimanapun, Taslim menegaskan sekali lagi bahawa penduduk terbabit bersedia berpindah ke kawasan baru di Bukit Dagang, kira-kira 50 km dari situ.

"Kami sepakat untuk berpindah, tetapi rumah di tapak ganti di Bukit Dagang belum siap, dan belum ada kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik serta jalan.

"Kami tetap akan berpindah ke sana bila semuanya siap," katanya

Ditanya mengapa mereka enggan berpindah ke penempatan sementara itu, Taslim berkata, ia merupakan rumah sewa yang perlu dibayar sendiri oleh penduduk terbabit.

Penduduk juga, tambahnya, akan berdepan dengan masalah jika berpindah ke kawasan rumah sementara itu. _


Sumber: HarakahDaily

No comments: