Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, October 22, 2008

Ramai di UPM jadi mangsa, tapi membisu

Dua pelajar cemerlang Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dibuang kolej mendakwa banyak lagi mahasiswa yang mengalami nasib seumpama mereka tetapi tidak berani menyuarakannya.

"Kes yang berlaku pada saya hanyalah sebahagian kezaliman yang berlaku terhadap mahasiswa. Bukan sahaja di UPM tetapi di kampus-kampus lain pun, saya percaya perkara ini berlaku," kata Nor Farhana Farzieana Azmi.

"Sebagai mahasiswa, kami hadir di sini bukan untuk meraih simpati tetapi kami hadir supaya suara mahasiswa boleh didengar oleh seluruh masyarakat di seluruh negara."

Nor Farhana Farzieana, exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UPM sesi lepas, dan rakan senasibnya Nur Shafiqa Mohd Ali, exco Persatuan Mahasiswa Islam, muncul di lobi Parlimen hari ini, seminggu selepas dikenakan tindakan tersebut.

Nur Shafiqa mendakwa terdapat berbelas-belas lagi pelajar yang disenaraikan perlu membuat rayuan untuk tinggal di asrama tetapi mereka ini tidak diminta keluar seperti kedua-duanya.

"Nama-nama itu ditampal awal semester lalu. Tetapi saya lihat mereka ini ada lagi (di asrama),” katanya.

Tambahnya, berdasarkan maklumat yang diperolehinya daripada seorang pegawai pengurusan asramanya Kolej Tun Perak, tiada penyingkiran pelajar pada semester ini kerana kemasukan ke kolej kediaman berkurangan.


Sumber: Malaysiakini

No comments: