ParlimenKUALA LUMPUR, 30 Okt (Hrkh) - Hanya 30 peratus pusat pemulihan dadah berteraskan agama Islam, manakala 70 peratus lagi berteraskan agama lain daripada 54 buah pusat pemulihan yang wujud di seluruh negara ketika ini.
Jumlah tersebut meliputi Pusat Pemulihan Dadah Persendirian yang telah dikenalpasti menerima bantuan kewangan bagi melaksanakan program pemulihan bagi tahun 2008.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini memberitahu Dewan Rakyat ketika soalan tambahan diajukan Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) dalam sesi soaljawab, hari ini.
Dalam pada itu, Zailah turut meminta kerajaan menyatakan keberkesanan pendekatan Islam dalam usaha memastikan penagih dadah dapat dipulihkan dan tidak kembali ke kancah tersebut.
Dalam soalan asal, kementerian terbabit diminta menyatakan nama badan-badan bukan kerajaan dan pusat pemulihan dadah persendirian yang menerima peruntukan sebanyak RM 700,000.00 yang diperuntukkan pada tahun 2008. - mks._
Sumber: HarakahDaily
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment