KUALA LUMPUR, 17 Okt (Hrkh) - Kerajaan digesa menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat segala dakwaan dan tuduhan terhadap calon Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berkata, negara dan rakyat tidak mahu mempunyai sorang Perdana Menteri yang menjadi bahan bualan dan ketawa masyarakat antarabangsa terhadap tuduhan yang belum lagi dibersihkan oleh beliau sendiri mahupun kerajaan sedia ada.
Katanya, tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang Timbalan Perdana Menteri yang bakal memimpin negara mempunyai tuduhan sebanyak itu malahan segala dakwaan terhadapnya dianggap menakutkan.
"Mahukah kita ada seorang Perdana Menteri apabila menghadiri sidang antarabangsa menjadi objek ketawa, objek whisper (bisikan).
"Oh, itu orang terlibat dengan pembunuhan Mongolian Altantuya. Itu orang adalah commission submarine Scorpene. Itu adalah terlibat dengan komisen Sukhoi. Kita mahu ini dibersihkan,"tegasnya sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 (bajet)di dewan rakyat baru-baru ini.
Beliau di samping itu, turut mencabar ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) supaya bersetuju untuk menubuhkan suruhanjaya terbabit bagi membersihkan imej Najib sekaligus mengundang rasa hormat terhadap bakal Perdana Menteri itu.
"Kita mahu mengadakan siasatan terbuka royal commission enquiry terhadap segala tuduhan yang dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri supaya apabila beliau menjadi Perdana Menteri kita semua boleh merasa bangga ada seorang Perdana Menteri yang bersih seratus peratus atau sebaliknya," katanya.
Penasihat DAP itu juga turut mencadangkan supaya Parlimen membenarkan masa yang panjang untuk membahasakan isu nama baik Najib yang juga merangkapa Menteri Kewangan itu.
"Ini sangat serius. Sebab sebenarnya kita patut ada sesi satu atau dua hari untuk perbahasan satu perkara sahaja. Nama baik Dato' Seri Haji Mohd Najib. Nama baik dia. Sepatutnya full day debate bukan sesingkat ini," katanya. - mks. _
Sumber: HarakahDaily
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment