Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, October 15, 2008

Transkrip Perbahasan Belanjawan Oleh DSAI

Tuan Yang di-Pertua: Saya persilakan Yang Berhormat Permatang Pauh untuk memulakan perbahasan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya mengucapkan rasa hormat kepada Tuan Yang di-Pertua memberi kesempatan berbahas di hadapan Tuan Yang di-Pertua yang saya kenal sebagai orang yang pendekar dan petah berbicara, berbahas sendiri.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat]

Saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada bekas Menteri Kewangan, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana membentangkan Belanjawan Negara bulan lalu. Meskipun terdapat perbezaan dasar yang ketara di antara kami dalam Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri, bekas Menteri Kewangan, saya ingin melahirkan rasa hormat dan menghargai usaha beliau sehingga dapat membentangkan satu belanjawan dalam keadaan krisis yang besar yang hampir melanda pada ketika itu.

Hanya setelah setengah purnama berlalu, keadaan negara bertambah meruncing. Keadaan dianggap sudah sampai ke tahap parah. Persoalan yang pertama yang harus kita bahaskan, adakah wajar untuk kita meneruskan perbahasan tentang satu belanjawan yang sudah ketinggalan melihat kepada unjuran, akta, data, satu setengah purnama yang lalu dengan keadaan sekarang. Apakah wajar Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini diminta untuk terus berbahas satu belanjawan yang sudah tidak realistik, tidak menepati fakta dan tidak mampu mengangkat ekonomi dan menyelamatkan negara kita dari kemelut ekonomi yang kian meruncing.


Continue reading ‘Transkrip Perbahasan Belanjawan Oleh DSAI’

No comments: