Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, October 17, 2008

Pilihan raya kampus: Mahasiswa gesa UPM atasi 'Harimau Maut'

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Hrkh) -Kumpulan pro-mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) menggesa pihak pengurusan universiti berkenaan supaya memastikan tiada gejala samseng atau pergaduhan terutama daripada 'Harimau Maut' pada kempen pilihan raya kampus (PRK) bagi sesi 2008/2009.

Wakilnya, Mohd. Lukman Al Hakim Low Abdullah berkata, sebelum ini kumpulan 'Harimau Maut' telah bertindak mengganggu calon dan penyokong pro mahasiswa ketika sedang menjalankan tugas mereka sewaktu kempen PRK.

"Mereka ini (Harimau Maut) telah bertindak mencabut dan menyembur cat merah ke poster-poster calon promahasiswa serta mengugut dengan tujuan untuk menakut-nakutkan kami,"katanya kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Jelasnya, terdapat poster calon Pro-Mahasiswa yang ditampal dengan stiker mempunyai logo kepala harimau berlabel tulisan 'Harimau Maut'.

Lukman berkata demikian ketika ditemui selepas beliau bersama beberapa ahli pro mahasiswa UPM menyerahkan Memorandum Terbuka Berhubung Tuntutan Terhadap Pilihan Raya Kampus 2008 kepada Naib Canselor UPM, Dato' Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, baru-baru ini.

Isu 'Harimau Maut' itu merupakan salah satu daripada sembilan tuntutan mahasiswa yang tercatat dalam memorandum berkenaan. - mks._


Sumber: HarakahDaily

No comments: