Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, October 31, 2008

Angkatan Muda keADILan Kesal dengan penempatan semula peniaga kecil.


Berikut adalah kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Sdr. Hairiz Nordin yang tidak disiarkan di dalam akhbar. Kenyataan media ini telah dikeluarkan pada 23 Oktober 2008.

Sidang media AMK Melaka

23 Oktober 2008.

Bukit Baru- Angkatan Muda keADILan Melaka merakamkan rasa kesal dengan penempatan baru peniaga-peniaga kecil di medan selera MBMB di Banda Hilir yang dipindahkan dari satu lokasi (dihadapan Hotel Equatorial) ke satu lokasi baru bersebelahan dengan Mahkota Medical Centre.

Melalui permerhatian yang dijalankan oleh skuad AMK tapak asal medan selera tersebut telah dijadikan tempat meletak kenderaan dan juga di fahamkan tapak tersebut telah dibeli oleh pasaraya Carrefour. Turut difahamkan para peniaga yang tidak mahu berniaga telah diberi pampasan oleh MBMB. Majoriti peniaga-peniaga tersebut masih lagi mahu berniaga tetapi lokasi baru itu dilihat tidak strategik dan mereka terus dihimpit dengan pembangunan mega disekeliling kawasan tersebut.

Kadar sewa di tempat baru juga berharga RM380 berbanding di tempat asal yang hanya sekitar RM70-100. Kenaikan sebanyak 100%. Rata-rata peniaga terbabit berasa kurang sesuai dengan lokasi baru itu, ini kerana jumlah pendapatan mereka di lokasi lama jauh lebih banyak. Pendapatan mereka di lokasi lama mencecah sehingga RM500 berbanding di lokasi baru yang hanya mencecah sekitar RM250 sahaja.

Dalam masa yang sama lokasi baru ini dilihat tidak mempunyai daya tarikan. Dari pemerhatian secara rambang dan temu ramah AMK Melaka dengan beberapa koresponden(peniaga dan pelancong) majoriti menyatakan tidak bersetuju dan perlu ada lokasi yang lebih sesuai. Antara faktor lain yang menyebabkan pendapatan mereka berkurangan adalah disebabkan kekurangan tempat meletak kenderaan dan bau yang kurang menyenangkan dari longkang berhampiran.

Oleh itu AMK Melaka menyarankan agar mereka ditempatkan ke lokasi yang lebih sesuai dengan kadar sewa yang lebih munasabah.

Hairiz Nordin

Timbalan Ketua AMK Melaka.




No comments: