Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, October 22, 2008

Pemecatan Razali tiada kaitan politik

SHAH ALAM, 22 Okt (Hrkh)- Pemecatan naib Cancelor Unisel Prof Dr Mohd Razali Agus adalah keputusan Lembaga Pengarah Pendidikan Yayasan Selangor Berhad (PYSB) tanpa ada kaitan dengan pengaruh politik.

Lembaga pengarah PYSB terdiri daripada ahli-ahli lama, dua orang sahaja ahli baru iaitu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali.

Pemecatan itu dijelaskan oleh Exco terbabit ketika menjawab soalan daripada Adun dato Amiruddin Setro (BN-Jeram).

Halimah menjelaskan, perkhidmatan Razali masih tidak memuaskan walaupun tempoh percubaannhya dilanjutkan selama enam bulan berkuatkuasa mulai Feb 2008 hingga akhir Julai 2008.

Razali dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama enam bulan bagi menilai prestasi beliau sebelum diserapkan dalam perkhidmatan.

Beliau dilantik pada Ogos 2007 sehingga Jan 2008 sebagai Naib Canselor Unisel berdasarkan peruntukan Akta Instiusti Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

"Sepanjang tempoh tersebut Lembaga Pengarah PYSB membuat penilaian secara berterusan dan tidak berpuas hati dengan prestasi beliau, perlu diambil perhatian tindakan ini dilakukan sebelum Mac 2008,"katanya.

Sepanjang tempoh perkhidmatan kedua, prestasi Razali masih lagi tidak memuaskan setelah membuat perundingan dan mendapatkan pandangan daripada perundangan Lembaga PYSB, akhirnya dalam mensyuarat pada Jun 2008 telah membuat keputusan sebulat suara untuk tidak mengesahkan jawatan beliau.

Halimah berkata, perhidmatan Razali ditamatkan pada Julai baru-baru ini dengan cuti bergaji penuh berdasarkan peruntukan perlembagaan Unisel denga terma-terma yang terkandung dalam surat tawaran beliau.

Menurut Halimah, jawatan Naib Cancelor Unisel terbuka kepada individu yang berkelayakan dan memberi peluang kepada mana-mana individu untuk memohon termasuk bekas naib cancelor terbabit.

Dalam hal ini, Halimah berkata, Lembaga Pengarah PYSB telah menubuhkan jawatankuasa yang telus dan profesional bagi menilai setiap permohonan individu bagi mengisi jawatan itu.-SH

Sumber: HarakahDaily

No comments: