Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, October 16, 2008

GHAFUR: RM5 BILION UNTUK SDC LESAP

PARLIMEN 15 OKTOBER (SK)- Ahli Parlimen BN Kalabakan, Abdul Ghafur Salleh mendakwa peruntukan tambahan sebanyak RM5 bilion bagi Koridor Pembangunan Sabah (SDC) telah lesap.

Beliau juga mempersoalkan bila peruntukan RM105 bilion yang dijanjikan kerajaan bagi Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang dijanjikan Januari lalu akan disalurkan kepada negeri tersebut.

“Tidak ada satu butir pasir pun di beri kepada kita, adakah ini semua hanya janji manis untuk menang pilihanraya umum lalu?

“RM5 bilion itu mahu diberi atau tidak kepada kita? Di mana keadilan?” tanya Abdul Ghafur di Dewan Rakyat disambut dengan sorakan dari ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Beliau yang dikenali sebagai anggota Parlimen yang lantang malah menambah peruntukan yang dijanjikan tersebut tidak langsung disebut di dalam Bajet 2009 yang dibentangkan hujung Ogos lalu.

Abdul Ghafur juga menempelak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Amirsham Abdul Aziz yang enggan menjawab soalan yang dikemukan beliau atas alasan lari dari topik perbahasan.

“Anda tidak layak dudk di dalam Dewan Rakyat ini,” Abdul Ghafur mengkritik Amirsham.


Sumber: Suara Keadilan

No comments: