KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis meminta ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya bersabar berhubung usaha Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kepimpinan kepimpinan kerajaan.
"Kalau ada ahli yang berbunyi angkuh sikit tu, saya minta sabar la sikit kerana angkuh itu tak mungkin lama. "Kalau (ada ahli Parlimen BN) yang jerit tu (dalam Dewan), biar la tatkala itu nanti kepalanya turun lebih bawah dari mikrofon,“ katanya ketika sesi perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat semalam.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Saifudin Nasution Ismail (PKR-Machang) berhubung perubahan yang akan dilakukan Pakatan Rakyat jika berjaya menubuhkan kerajaan.
Anwar berkata, beliau yakin perubahan tampuk kepimpinan oleh pakatannya itu akan berlaku.
"Kalau persoalannya 16 September, permulaan sudah berlaku. Kita nak runding dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi)... dialah Perdana Menteri pertama yang nak bincang dengan pembangkang tapi tak boleh bincang sebab nak jaga hati pemimpin Umno.
"(Tapi) Tak sempat jumpa pun, orang dah gulingkan dia... sebab tu saya sopan dan lembut dengan dia sebab dia agak sengsara," katanya.
Pihaknya juga telah meminta sesi khas Parlimen diadakan sebelum ini, bagaimanapun telah ditolak tanpa alasan.
"Manusia boleh merancang, Allah yang menentukan. Mereka yang senang dengan kekuasaan yang melimpah ruah sukar nak terima kenyataan.
"Sebab tu dia kata 8 Mac (pilihan raya umum ke-12) tak mungkin, Permatang Pauh tak mungkin (dimenangi pembangkang)... semuanya tak mungkin sebab dia tidak berlandaskan Insya Allah. Insya-Allah, saya yakin akan berlaku (ambil alih kerajaan)," katanya.
Anwar berkata, beliau menyokong hasrat Perdana Menteri yang berazam melakukan perubahan termasuk dalam institusi kehakiman dan membasmi gejala rasuah.
"Ini benteng terakhir yang kita mahu pertahankan dalam sistem. Saya setuju dengan hasratnya (Abdullah) dengan harapan sesuatu dapat dilakukan dengan segera," katanya.
Anwar berkata, ketika membicarakan soal perubahan mengenai membendung rasuah dan badan kehakiman, hanya Abdullah yang bersuara sedang pemimpin-pemimpin lain katanya, hanya mendiamkan diri.
Sepanjang sesi perbahasan oleh Anwar bermula pukul 11.30 pagi sebelum disambung semula pada 2.30 petang sehingga 5.30 petang, hanya dua ahli Parlimen BN yang bangun mencelah iaitu Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).
Sumber: mSTAR
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment