Kerja-kerja merobohkan 290 buah rumah di Kampung Baru Plentong Tengah di Johor Bahru bermula kira-kira jam 10.45 pagi ini.
Pemilik-pemilik ini tidak menerima akujanji dengan syarikat pemaju di mahkamah hujung Oktober lalu, sementara 120 lagi yang bersetuju berbuat demikian akan berpindah hujung bulan ini.
Bagaimanapun, selepas berunding dengan penduduk terbabit, peguam pihak pemaju bersetuju kerja-kerja perobohan hari ini hanya membabitkan rumah-rumah kosong di mana penghuninya telahpun berpindah.
Ia membabitkan sebanyak kira-kira 150 buah rumah. Sehingga jam 11.45 pagi tadi, tujuh buah rumah sudah dirobohkan.
Manakala baki rumah yang masih berpenghuni, akan diroboh hujung bulan ini. Para penghuni rumah terbabit berjanji akan mengosongkan hujung bulan ini.
Penasihat pertubuhan kebajikan penduduk di situ, Syed Othman Syed Abdullah berkata, persetujuan tersebut dicapai dalam rundingan yang berlangsung jam 11 pagi tadi.
Menurutnya, empat buah jentolak digunakan untuk meruntuhkan rumah-rumah di situ.
Katanya, jentolak tersebut kelihatan merobohkan rumah-rumah kosong yang tidak berpenghuni.
Polis memberi jaminan yang tidak berpenghuni sahaja diruntuhkan, sementara 50 buah lagi akan dibiarkan sehingga hujung bulan ini.
Beliau berkata, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dijangka tiba di kampung itu jam 2 petang ini.
Pesuruhjayanya Datuk N Siva Subramaniam bersama dua pegawainya dalam rangka tinjauan kes tersebut selama dua hari sehingga esok.
Pada 16 Oktober lalu (foto kanan), kira-kira 20 rumah di kampung tersebut yang tidak berpenghuni, dirobohkan dalam operasi yang dilancarkan pihak pemaju.
Tindakan itu diambil selepas penduduk enggan berpindah ke penempatan sementara sementara. Kampung tersebut akan dimajukan sebagai kawasan komersil.
Dalam operasi teresbut, 27 penduduk serta aktivis ditahan kerana cuba menghalang kerja perobohan rumah di situ. Mereka bagaimana telah dibebaskan pada hari yang sama dengan ikat jamin.
Kira-kira 310 keluarga terbabit tidak bersetuju berpindah kerana tidak mahu dipisah-pisahkan memandangkan lokasi penempatan sementara terletak di tempat yang berasingan.
Kawasan penempatan baru itu terletak di Bukit Dagang, kira-kira 50 km dari Kampung Baru Plentong Tengah.
Sumber: Malaysiakini
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Thursday, December 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment