Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, December 15, 2008

Cabang keempat

Masa bersembang dengan seorang kawan minggu lepas, dia membangkitkan tentang ‘cabang keempat’ dalam pemerintahan negara. Yang aku tau cuma tiga, Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman.

Kawan ini bercakap tentang apa yang didengarnya semasa menghadiri satu program cambah minda di Banting, Selangor dan apa yang diceritakannnya..membuatkan aku faham, mengapa ada university yang sedang memerhatikan gerakan bloggers ini.

Cabang keempat yang dimaksudkan ialah RAKYAT.

Sebelum pilihanraya ke12, keputusan pilihanraya sering memihak kepada Umno/BN. Rakyat hanya mengambil bahagian semasa musim kempen. Selepas keputusan diumumkan…masing-masing balik membuat kerja sendiri…membiarkan negara dikendalikan oleh mereka yang menang. “Kami dah pilih hangpa…ikut pandai hangpa la.”

Kerajaan dimiliki oleh parti yang menang. Segala keputusan…tak perlu merujuk kepada rakyat yang memilih. Parti yang memerintah mempunyai cek kosonguntuk melakukan apa yang mereka suka.

Pilihanraya ke12 mengubah system politik ini. Rakyat sudah berani mengubah kerajaan, walaupun belum cukup untuk mengubah kerajaan pusat.

Lima negeri jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Dan bagi rakyat dikelima-lima negeri ini, perubahan kerajaan akan mematangkan kefahaman politik mereka.

Rakyat dilima negeri ini sudah dapat membandingkan kemampuan dua pemerintah yang berbeza. Kalau dulu mereka melihat Umno/BN, sekarang mereka memerhatikan Pakatan Rakyat.

Apa yang berbeza..kemenangan Pakatan Rakyat bukanlah cek kosong untuk dipergunakan oleh kepimpinan PR untuk melakukan apa yang mereka suka. Kepimpinan PR perlu sedar, bahawa kerajaan yang ada hari ini bukan milik parti, tetapi milik rakyat. Parti-parti yang memerintah hanyalah diamanahkan untuk mengurus, bukan menjadikan negeri ini milik parti.

Sudah ada pemimpin parti yang merasakan bahawa negeri ini milik mereka. Setiap jawatan politik adalah hak mereka.

Kalau diperingkat awal, mereka berebut jawatan Ketua Kampong…yang tak tau buat kerja pun tak mengapa…asalkan jawatan itu dapat kepada pendukung parti, diikuti dengan Ahli-Ahli Majlis…yang tak tau apa-apa pun dilantik…janji memenuhi kuota parti, sekarang jawatan-jawatan dalam GLC pula yang dicemburui.

Ada yang hanya takat SPM gred 3 pun berebut nak jadi Pengerusi GLC! Sedar la sikit.

Jangan jadi macam Terengganu 1999. Bila menang saja…asalkan ada title ustaz…terus lantik. Akhirnya lingkup.

Rakyat sedang memerhatikan Pakatan Rakyat, apa yang telah dilakukan selama sembilan bulan yang lalu.Kalau kahwin Sembilan bulan yang lalu..dah ada yang melahirkan anak. Sekurang-kurangnya ramai yang dah bunting. Tapi apakah yang boleh dilihat oleh rakyat tentang Pakatan Rakyat?

Rakyat masih ternanti-nanti, apakah program yang akan dilakukan oleh EXCO Pertanian. Apakah peluang-peluang yang boleh diperolehi melalui EXCO Pelancungan. Bagaimanakah boleh memohon bantuan kebajikan, bantuan pinjaman peniaga kecil, pinjaman pertanian?

Setakat ini…belum ada apa yang boleh dicanangkan. Bila membaca Citra Perak…yang timbul hanyalah persoalan. Kita baca tentang MB menyampaikan bantuan..tapi kita tak tau macam mana kalau kita nak minta bantuan. Macam mana orang-orang tu dapat bantuan? Pasai apa depa dapat…kita tak dapat?

Apa peluang-peluang ekonomi yang ada? Nak jumpa sapa? Macam mana nak mohon?

Maklumat…maklumat…maklumat. Kita ketiadaan maklumat. Setakat ini…kita hanya mendengar pengumuman.. Ada Tabung Kifalah, Tabung Khas Kebajikan Rakyat, Tabung Pinjaman Peniaga Kecil..tapi tanyalah Ketua bahagian, YDP Kawasan…masing-masing tak tau.

Nak kata kerajaan ini diperintah oleh parti…orang parti sendiri tak tau. Nak kata kerajaan ini kerajaan rakyat…rakyat pun tak tau.

Habis sapa yang tau?

Rakyat hari ini bukan sahaja memilih parti untuk memerintah…tapi mereka juga mahu menjadi sebahagian daripada pemerintah.

Sumber: Perak Express



No comments: