Rujuk laporan tragedi bangunan Highland Towers, kira-kira 1.5 kilometer dari kejadian terbaru di Bukit Antarabangsa, termasuk perintah mahkamah dalam kes tersebut, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mantan timbalan perdana menteri, yang ditugaskan mengendalikan operasi menyelamat kondominium mewah di kaki bukit tidak jauh dari Taman Mewah, mempersoalkan keperluan menyediakan satu lagi laporan seumpamanya berkaitan keadaan tanah di kawasan terbabit.
Penasihat PKR sebaliknya mencadangkan kerajaan menjalankan kajian bebas dan terbuka terhadap kejadian terbaru itu, yang mengorbankan empat nyawa dan memaksa beribu-ribu lagi dipindahkan akibat pergerakan tanah yang berterusan sejak awal pagi Sabtu lalu.
"Laporan itu menyeluruh yang wajar dijadikan asas untuk projek-projek pembangunan di kawasan berbukit pada masa depan.
"Kenapa apa yang dijelaskan itu (dalam laporan tragedi 1993 itu) tidak diendahkan," kata Anwar di kawasan parlimennya Permatang Pauh.
Sumber: Malaysiakini
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment