Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, December 12, 2008

Teresa Kok saman Utusan dan Chamil Wariya, RM30juta

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok memfailkan saman fitnah berjumlah RM30juta ke atas Utusan Melayu Sdn Bhd. Dan Pengerusi Insitut Akhbar Malaysia, Datuk Chamil Wariya pagi ini.

Teresa mendakwa tulisan wartawan akhbar Utusan Malaysia menggambarkannya sebagai seorang ahli politik anti-Melayu dan anti-Islam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri, Kinrara berkata tindakan tersebut tidak menggambarkan Islam sebagai agama persahabatan, mengutamakan keadilan serta menolak sebarang keganasan terhadap bukan Islam.

Tambah beliau, Chamil telah menerbitkan cerpen pendek seolah-olah cuba membangkitkan budaya 'pembunuhan berani mati' di negara ini.

"Cerpen seumpama itu menggalakkan keganasan dan pembunuhan seperti yang berlaku di Lubnan dan Pakistan," ujarnya

Sumber: mSTAR




No comments: