Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, December 30, 2008

Rapat Muda KeADILan Negeri Melaka (RAPAT MUDA)





Sidang Media AMK Melaka

Rapat Muda KeADILan Negeri Melaka (RAPAT MUDA)

28 Disember 2008

AMK Melaka dengan kerjasama daripada AMK Pusat telah berjaya menganjurkan program Rapat Muda KeADILan Negeri (RAPAT MUDA) pada 28 Disember 2008 yang lepas. Program yang berkonsepkan konvensyen ini telah diberi nafas baru dan juga menggunakan istilah baru untuk menarik kehadiran peserta yang maksimum.

Program yang telah diadakan di Dewan Hang Tuah, Hotel Sri Costa ini telah berjaya menghimpunkan seramai 60 orang peserta di kalangan AMK Melaka sendiri dan telah dihadiri Sdr. Khalid Jaafar (Pengerusi Perhubungan Negeri Melaka), Pn. Mahani Misban (Ket. Wanita PKR Melaka) serta Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ket. AMK Malaysia)

Objektif utama program ini adalah untuk membina semangat berpasukan di kalangan AMK negeri dan bahagian. Dalam masa yang sama program ini diharap menjadi landasan utama untuk merapatkan silaturahim di antara AMK negeri dan bahagian.

Selain itu, program RAPAT MUDA telah diadakan sebagai susulan daripada Kongres Nasional Parti KeADILan Rakyat dengan mendedahkan kepada setiap peserta bagaimana untuk respon, bertindak dan membahaskan ucapan dasar Ketua AMK Malaysia. Malahan Program RAPAT MUDA juga telah dijadikan tempat di mana pandangan di peringkat akar umbi didengari dan dihayati.

Sesungguhnya kejayaan program RAPAT MUDA jelas terbukti apabila setiap bahagian antaranya Kota Melaka, Bukit Katil, Jasin, Alor Gajah, Masjid Tanah dan Tangga Batu telah berjaya menampilkan idea dan kritikan yang bernas. Selain itu, kertas kerja untuk menggerakkan AMK Melaka juga telah berjaya dibentangkan oleh Sdr. Mohd Sabri iaitu ahli AMK Bukit Katil.

Program RAPAT MUDA telah berjaya mengetengahkan dan menampilkan kelainan serta idea baru dalam mendekati AMK di peringkat negeri, bahagian dan cawangan. Kelainan ini dapat dilihat apabila setiap peserta berpeluang menyuarakan dan melontarkan idea serta kritikan masing-masing.

Mohd Azuddin Md Said
Biro Penerangan
Angkatan Muda KeADILan Melaka

No comments: