Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, December 23, 2008

Angkatan Muda keADILan Melaka menyokong penuh penstrukturan Pemuda Pakatan Rakyat

Kenyataan Media AMK Melaka

Angkatan Muda keADILan Melaka menyokong penuh penstrukturan Pemuda Pakatan Rakyat

22 Disember,


Bukit Baru-Angkatan Muda keADILan Melaka menyokong kenyataan Ketua AMK Malaysia Sdr. Shamsul Iskandar didalam mengusaha membentuk struktur formal Pemuda Pakatan Rakyat. Selari dangan ucapan dasar beliau dikongres nasional AMK pada 28 Disember yang mahukan hubungan antara organisasi pemuda Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

AMK Melaka sendiri telah beberapa kali mengadakan pertemuan diantara Pemuda DAP Melaka dan juga Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka untuk mengukuhkan hubungan diantara Pakatan Rakyat seterusnya merampas Negeri Melaka daripada Barisan Nasional.

AMK Melaka percaya dengan kesepakatan dan matlaman yang sama satu struktur formal dapat dibentuk namum masih banyak yang perlu dibincangkan demi mewujudkan agenda bersama ini.

Kami juga percaya satu struktur yang lebih rapat dapat memberi manfaat bersama dan juga penglibatan yang lebih meluas. AMK Melaka juga akan melakukan lebih banyak pertemuan dan juga dialog untuk merialisasika matlamat ini.

Justeru AMK Melaka berharap dengan ada nya struktur formal ini segala permasalahan dapat dibincang seterusnya diselesaikan tanpa menggunakan media massa.

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang akan diadakan tidak lama lagi seharusnya dijadikan peluang untuk membina
kerjasama erat antara organisasi-organisasi pemuda Pakatan Rakyat. AMK Melaka menyatakan komitmen penuh untuk
bekerjasama dengan DPPP dan DAPSY bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Timbalan Ketua AMK Melaka

Hairiz Nordin

No comments: