Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, April 7, 2009

2.40 ptg Terkini - Malaysiakini

2.40pm Sehingga jam 2 petang tadi, seramai 58.11 peratus pemilih keluar mengundi dalam pilihanraya Parlimen Bukit Gantang.

2.00pm Sebahagian besar pusat mengundi di Batang Ai telah ditutup, dan jumlah yang keluar mengundi adalah tinggi. Contohnya, di tiga daerah pengundian yang ramai - Sebangki, Mepi dan Batu Kaya - ramai yang keluar mengundi pagi tadi dan dua jam sebelum pusat itu ditutup, jumlahnya mencecah lebih 70 peratus.

Ia dipercayai ada kaitan dengan minat pengundi terhadap beberapa faktor termasuk pentingnya pilihanraya kecil DUN Batang Ai kepada PKR dan BN di Sarawak serta banyak isu-isu tempatan termasuk isu tanah adat. Pemimpin PKR dan BN masing-masing menyuarakan keyakinan untuk menang.

1.50pm Lamanweb Mafrel mendakwa pemerhatinya dalam sebuah sekolah, ternampak seorang wanita menukar pakaian untuk masuk semula beberapa kali ke pusat pengundian tersebut. Baca laporan lanjut.

1.45pm Pemantau pilihanraya Mafrel melaporkan, sebuah bas yang disyaki pembawa pengundi hantu menimbulkan suasana kecoh di luar SK Panglima Bukit Gantang kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi.

Polis sedang mengawal keadaan di pusat pembuangan undi bagi parlimen Bukit Gantang itu. Hujan mula berhenti di banyak tempat dan jalan di sekitar Simpang mulai lengang.

Sementara itu, SPR menyatakan, kira-kira 50 peratus pengundi di Bukit Selambau telah memangkah calon masing-masing sehingga 1 tengah hari tadi.

1.17pm ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu mendakwa beliau mendapat ejekan daripada penyokong PAS dengan gelaran "pengkhianat" dan "lompat" apabila bekas wakil rakyat PKR itu tiba untuk membuang undi di SK Changkat Jering jam 10 pagi tadi.

Bekas exco kerajaan Perak yang kini ADUN bebas bawah parlimen Bukit Gantang memberitahu Malaysiakini, bagaimanapun penyokong PKR hanya diam sahaja.

Beliau keluar dari tempat pengundian kira-kira jam 12. Tiada kekasaran fizikal dilakukan terhadapnya.

1.02pm Kesesakan teruk di jalan-jalan utama yang menempatkan pusat-pusat pembuangan undi di parlimen Bukit Gantang.

Hujan yang mulai turun dijangka menambahkan lagi kesulitan orang ramai yang ingin keluar membuang undi.

12.40pm Sumber-sumber PAS dan PKR mendakwa gas pemedih mata dilepaskan di SMK Pengkalan Aur dalam DUN Changkat Jering, Bukit Gantang susulan kekecohan antara penyokong BN dengan pembangkang.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan ini, setakat ini.

Ketua polis daerah Taiping, ACP Raja Musa Raja Razak berkata beliau tidak mendapat maklumat itu dan akan menyemak perkembangan tersebut.

Tambahnya, semua pusat pembuangan undi berjalan lancar kecuali kesesakan lalulintas di banyak kawasan.

12.08pm Walaupun tiada sebarang kekecohan di SMK Aman Jaya di di Bukit Selambau, kira-kira 30 anggota polis termasuk 10 anggota unit pencegah rusuhan mengawal keadaan.

Sementara di pusat pembuangan undi di SMK Pengkalan Aur dalam parlimen Bukit Gantang, lebih 35 peratus telah memilih calon masing-masing. Seramai 2,305 pemilih berdaftar di situ.

12.05pm Di DUN Bukit Selambau: Cif Inspektor Mohammad Shofee Tayib dari ibu pejabat polis daerah Kuala Muda mengesahkan bahawa sebuah bas yang disyaki membawa "pengundi hantu" telah ditahan oleh penyokong pembangkang di Gurun, kira-kira 20 km dari Sungai Petani.

Katanya, bas tersebut ditahan pada kira-kira jam 10 pagi dan kini berada di balai polis Gurun. Bagaimanapun, tambahnya, pihak polis tidak pasti sama ada penumpang bas itu penyokong atau pengundi.

Pihak polis sedang menyemak status mereka dengan senarai pengundi.

11.50am Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata 40 peratus telah keluar mengundi di Bukit Selambau dan angka itu dijangka mencecah 50 peratus pada jam 1 tengahari.


11.46am Batang Ai Penulis blog Lina Soo melaporkan SPR memutuskan untuk membawa 14 daripada 26 peti undi melalui udara dan sungai ke pusat penjumlahan undi.

Ejen tempat mengundi calon-calon yang bertanding tidak dibenarkan mengawasi peti-peti undi ini sewaktu ia diangkut.

Pemantau pilihanraya Mafrel berkata tindakan ini boleh membuka peluang berlakunya penyelewengan, sama ada peti undi hilang atau ditukarkan.

11.45am Cuaca di DUN Batang Ai terang. Di pusat pembuangan undi Mepi, dekat kawasan penempatan semula di empangan Batang Ai, kira-kira 290 daripada 437 pengundi (66 peratus) telah membuang undi jam 11 pagi.

Pusat ini akan ditutup jam 2 petang.

Malaysiakini

No comments: