Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, April 7, 2009

Bkt Selambau: Penyokong MIC bertindak liar, 2 petugas KeADILan pula ditangkap - Harakah

BUKIT SELAMBAU, 7 April (Hrkh) - Dua ahli Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) ditangkap dalam insiden yang berlaku di hadapan Bilik Gerakan Utama parti berkenaan di Taman Ria Jaya menjelang jam 12 malam tadi iaitu saat akhir kempen Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau.

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menyembur air untuk menyuraikan persengketaan yang dimulakan oleh penyokong Parti MIC yang berkelakuan liar dengan mengejek jentera Pakatan Rakyat yang sedang berkumpul mendengar ceramah oleh beberapa pemimpin tertinggi parti.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila beberapa orang pemuda MIC dikatakan menerkam ke arah pejabat KeADILan kerana tidak puas hati terhadap tindakan balas jentera Pakatan Rakyat.

Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihan raya Pusat, Dr. Mansor Othman berkata, penangkapan itu dibuat dengan alasan mereka menghadiri ceramah tanpa permit dan cuba bertindak kasar terhadap penyokong parti lawan.

"FRU tidak patut bertindak demikian semata-mata untuk menyuraikan keadaan kerana ada cara lain yang lebih baik. Namun apa pun mungkin kejadian tersebut merupakan aset untuk menimbulkan kemarahan rakyat pada Barisan Nasional (BN), " katanya.

Beberapa malam lepas kejadian seumpama itu juga berlaku tetapi dapat di tenangkan.

Selain di Bilik Gerakan Utama KeADILan di situ satu lagi tempat yang sering panas ialah di Taman Bandar Baru. - mks._


Harakah

No comments: