Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, September 2, 2008

Adun BN ditahan rasuah RM2,000

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Hrkh) - Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan ditahan kerana disyaki menerima rasuah wang tunai RM2,000 daripada seorang kontraktor di sebuah restoran di Mantin, Seremban, 30 Ogos lalu.

Adun berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat BPR Negeri di Jalan Dato Kelana Maamor, Seremban, bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, Adun BN berusia dalam lingkungan 50 tahun tersebut, ditahan oleh sepasukan pegawai BPR ketika menerima suapan tersebut kira-kira pukul 4.30 petang.

Menurut laporan Bernama, difahamkan, ketika kejadian itu, Adun berkenaan cuba melarikan diri tetapi terjatuh sebelum berjaya ditahan oleh anggota BPR yang bertindak pantas mengejarnya. - mr_

Sumber: HarakahDaily

No comments: