Tanggal 31 Ogos 2008 yang lepas, AMK Melaka telah mengadakan aktiviti Konvoi MERDEKA mengelilingi kawasan Melaka Tengah. Walaupun aktiviti ini telah dirancang agak lewat, AMK Melaka tetap meneruskannya.
Peserta konvoi telah berkumpul di Mc Donalds Ayer Keroh seawal jam 10.30 pagi dan telah bersarapan di situ. Tepat jam 11.30 pagi, konvoi telah bergerak menuju ke Ayer Molek untuk membuat persiapan.
Pada jam 1.00 petang konvoi telah mula bergerak. Antara kawasan yang telah dilalui konvoi ialah Ayer Molek, Duyung, Semabok, Peringgit, Lorong Pandan, Limbongan, Klebang, Pantai Puteri, Bukit Rambai, Cheng dan telah berakhir di Telok Mas sekitar jam 3.45 petang.
Pada asalnya konvoi telah dijadualkan melalui jalan Hang Tuah tetapi disebabkan kesesakan lalulintas yang agak teruk, konvoi telah membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan melalui lebuhraya peringgit.
Konvoi pada hari tersebut telah berjaya menarik perhatian pengunjung luar serta penduduk setempat. Rata-rata pengunjung dan penduduk Melaka pada hari tersebut telah membunyikan hon dan melambaikan tangan sebagai tanda sokongan.
Di akhir perjalanan, konvoi telah berhenti di rumah Pn. Mahani, Ketua Wanita KeADILan Melaka yang baru sahaja kehilangan bapanya beberapa hari sebelumnya. Takziah diucapkan kepada Pn. Mahani. Semoga roh bapa Pn. Mahani dicucuri rahmat olehNYA, Al-Fatiha.
Konvoi bersurai pada jam 5.00 Petang.
Admin
1 comment:
Terima kasih dari kami sekeluarga atas kunjungan dan salam takziah semua rakan rakan seperjuanngan.
Post a Comment