Saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan amal ibadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T.
Semoga Ramadhan ini memberi ruang buat kita untuk menyempurnakan ibadah puasa sehingga mencapai derajat taqwa. Tidak lupa untuk bermuhasabah agar kita memperbaiki hubungan sesama insan dan mendekatkan diri dengan Khaliq pencipta semesta.
Ramadhan ini mengingatkan kita akan kisah para anbiya yang tetap istiqamah memperjuangkan kebenaran dan melakukan islah. Ayat Surah Hud 88: “…hanya yang aku mahu ialah melakukan islah (reformasi) dengan segenap daya dan upaya,” sering saya tekankan kerana kita mesti kekal memperjuangkan perubahan, untuk menjayakan keadilan ekonomi, membela rakyat dan menegakkan demokrasi.
Ikhtiar menjalani, untung menyudahi, manusia mengikhtiarkan, Allah mentakdirkan!
ANWAR IBRAHIM
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment