KUALA LUMPUR: Seramai 17 orang dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara kelmarin dikenakan perintah reman selama dua hari yang akan berakhir hari ini.
Kesemua mereka yang direman itu terdiri daripada 12 lelaki dan lima wanita.
"Bagaimanapun remaja yang berumur 18 tahun ke bawah telah dibebaskan secara berperingkat bermula awal pagi ini," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dalam respons SMS kepada Bernama.
Antara yang direman ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)R. Sivarasa.Seramai 572 individu daripada 589 orang yang ditahan semalam turut dibebaskan hari ini.
"Kesemua 17 individu itu kini ditempatkan di Balai Polis Bukit Jalil untuk menunggu sama ada akan didakwa atau dibebaskan," katanya.
Kesemua mereka yang ditahan itu adalah antara sebahagian 10,000 penyokong Gerakan Mansuh ISA (GMI) yang berhimpun dan berarak secara haram seawal 7 pagi kelmarin untuk menghantar memorandum mansuhkan ISA kepada Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, usaha GMI untuk menghantar memorandum itu menemui kegagalan ekoran ketegasan pasukan keselamatan mengekang rancangan mereka.
Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 43 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 27 (5) Akta Polis.
mStar
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kalangan anak muda hari ini tidak tahu kekejaman 'komunis' terhadap melayu/Islam setelah tamat pemerintahan Jepun dan sebelum kemasukan semula kuasa British di Tanah Melayu.
Pada masa itu 'komunis' dapat memerintah lebih kurang seminggu sahaja - tetapi tahukah anak2 muda hari ini berapa ramai 'komunis' ini telah membunuh melayu/Islam yang tidak berdosa - itu baru dapat kuasa seminggu, kalau sebulan? setahun? bagaimana.
Yang saya tahu di Sg Manik sahaja melayu(Banjar) yang berani melawan dan berperang sabil dengan komunis ini.
Hari ini, PAS dan PKR bersengkokol pula dengan 'anak-cucu komunis' ini.
Sekarang ramai pula melayu/Islam yang mahu hapuskan ISA yang telah berjaya mengawal kegiatan 'komunis'.
'Anak-cucu komunis' ini akan bersorak gembira jika ISA di gubal atau dihapuskan.
Kebijaksanaan cina berpolitik - mereka tidak mahu berdemonstrasi, sedangkan mereka inilah anak-cucu 'komunis' yang sebenarnya.
Wahai sahabat... sejarah tetap sejarah... manusia berubah dan terus berubah kalau nak berdepat soal komunis bukan di sini.. kenapa perlu bersifat racist walhal Malaysia bergantung kepada semua kaum..
Malaysia membangun disebabkan keterlibatan semua kaum... Satu persoalan.. yg ramai ditahan dibawah ISA ni siapa sebenarnye? saudara beriya-iya mempertahankannya? untuk siapa? untuk UMNO, MCA dan MIC yang bersifat perkauman?? untuk survival politik golongan tertentu?
ISA digunakan utk menangkap org ISLAM. Atas alasan ape?? Tangkap tanpa bicara.. berapa ramai melayu Islam yang ditangkap?? Pelbagai alasan digunakan?? Sekali lagi.. dalam apa2 agama sekali pun tidak pernah menjuruskan kepada sifat perkauman.. Orang seperti saudara la yang memecahbelahkan rakyat Malaysia..
Post a Comment