Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, August 13, 2009

PERKEMBANGAN INKUES TEOH HARI INI (KHAMIS) - mStar

BERIKUT adalah perkembangan inkues kes kematian Teoh Beng Hock hari ini (Khamis, 13 Ogos). Prosiding diteruskan pagi ini.

10.50 pagi: Mahkamah berhenti rehat.

10.45 pagi: Saksi ke-13 menjelaskan ketinggian dari lantai ke paras bingkai tingkap di pejabat SPRM tingkat 14 adalah setinggi 3 kaki 2 inci. Katanya, dari ketinggian itu kemungkinan untuk melangkah keluar ada.

10.34 pagi: Saksi ke-13 menjelaskan bahawa terdapat kemungkinan si mati telah diseret berdasarkan kesan geseran yang ketara di bahagian tapak kasut kanan si mati.

10 pagi: Saksi ke-13 diminta mengecam barang kes yang ditandakan sebagai exhibit. Antara barang-barang tersebut ialah kesan kotoran pada seluar si mati, baju, kot, serta 4 'swabbing'.

9.45 pagi: Saksi ke-13 menyatakan beliau turut mengambil 2 'swabbing' di sofa di pejabat SPRM tingkat 14. Difahamkan si mati pernah duduk dan baring di atas sofa berkenaan. Beliau turut mengambil 2 'swabbing' dari tingkap di tingkat 14.

9.20 pagi: Saksi ke-13 memberitahu mahkamah bahawa hasil ujian di tingkap pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) yang dipercayai tingkap Teoh terjatuh menggunakann kaedah 'dustting' adalah negatif. Ini kerana tingkap tersebut kotor dan berhabuk.

9.10 pagi: Prosiding bermula. Saksi ke-13, Cif Inspektor Mazli Jusoh, pegawai penyiasat tempat kejadian (CSI)Ibu Pejabat Polis Kontingen Selangor tampil memberi keterangan.

mStar

No comments: