Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Sunday, November 16, 2008

Larian anti-ISA anjuran DAP bermula...

Larian anti-ISA sejauh 350km ke Kem Tahanan Kamunting, anjuran DAP, bermula di Pandamaran, Selangor pagi tadi.

Naib Presiden DAP dan bekas tahanan ISA, Tan Kok Wai melepaskan larian tersebut di kampung baru Pandaran pada jam 8.15 pagi, selepas memberi ucapan ringkas.

Menurutnya, larian itu diadakan bagi menyuarakan kekecewaan rakyat terhadap penggunaan berterusan undang-undang ISA.

"Kita mendesak kerajaan supaya membebaskan segera dan tanpa syarat kesemua tahanan ISA," katanya di hadapan kira-kira 50 ahli parti yang hadir.

Tan berkata, tujuan larian tersebut - yang dikenali sebagai 'Larian Kebebasan' - itu juga untuk mendesak kerajaan supaya menarik balik perintah pengharaman Hindraf.

Menurutnya lagi, ia juga melambangkan kesaksamaan, kebebasan dan untuk menggesa rakyat Malaysia bersatu untuk 'bergerak ke hadapan'

Hadir memberi sokongan ialah penulis blog Raja Petra kamaruddin dan isterinya, Marina Abdullah. Raja Petra pernah ditahan di bawah ISA sebanyak dua kali.

Juga hadir ialah V Buvaneswary - isteri penasihat undang-undang Hindraf V Ganabatirau yang kini ditahan bersama empat lagi pemimpin Hindraf di bawah ISA sejak 13 Disember tahun lalu.


Sumber: Malaysiakini

No comments: