Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, November 21, 2008

Anwar gempur Terengganu esok!

KUALA TERENGGANU, 21 Nov (Hrkh) - Penasihat Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berkunjung ke Terengganu pada 22 November 2008 ini (Sabtu) bagi rasmikan majlis penutup Seminar Harapan Baru Malaysia (Seharum) peringkat negeri Terengganu di Qurata Resort, Kuala Ibai, dekat sini.

Sejurus selepas itu, beliau akan merasmikan Pejabat Badan Perhubungan KeADILan Negeri Terengganu di Wisma Cemerlang, Jalan Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu.

Setiausaha KeADILan Terengganu, Wan Rahim Wan Hamzah berkata Seminar Seharum itu diadakan secara tertutup khusus bagi para perwakilan KeADILan di seluruh kawasan di negeri ini.

"Kita adakan seminar ini untuk mendapat suntikan semangat baru dari kepimpinan tertinggi parti sebagai persiapan menghadapai Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

"Kita sedar selama ini KeADILan Terengganu masih kekurangan tenaga dan melalui program ini diharapkan dapat mengumpul kekuatan dan tenaga baru," ujarnya ketika ditemui di Pejabat KeADILan negeri Terengganu, semalam.

Menurutnya, Anwar akan merasmikan pejabat baru Badan Perhubungan KeADILan Terengganu yang akan menjadi induk pergerakan parti itu.

Beliau yang juga bekas calon KeADILan Permaisuri pada PRU ke-12 lalu menyeru agar rakyat di negeri ini berfikiran terbuka serta tidak terlalu fanatik dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, rakyat wajar berfikiran merdeka yang berhak mendengar dan melihat perkembangan semua parti secara sihat.

"Kami menyeru semua rakyat di Terengganu berfikiran terbuka dan berjiwa merdeka untuk melihat perkembangan semua parti di Negara ini.

"Rakyat usah terlalu fanatik dengan Umno-BN sahaja yang boleh memerintah dan menolak parti-parti lain," jelasnya.

Katanya, rakyat boleh melihat serta mendengar sendiri ucapan dan pandangan Anwar yang akan berucap pada majlis Ceramah Perdana tersebut.

Menurutnya, dua pemimpin besar Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali akan menyampaikan amanat kepada rakyat di negeri ini. - mks. _


Sumber: HarakahDaily

No comments: