DIJANGKA 10,000 perwakilan, pemerhati, pimpinan komponen parti Pakatan Rakyat, wakil kedutaan dan NGO dari seluruh negara akan turut ke Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat(KeADILan) yang akan diadakan pada 29 dan 30 November 2008.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Biro Penerangan KeADILan, Kogres Nasional ini yang akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam bakal mencatatkan sejarah kerana kehadiran wakil-wakil rakyat yang paling ramai sejak penubuhan parti 10 tahun yang lalu.
“Kongres KeADILan yang pertama selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu ini akan menyaksikan kehadiran wakil-wakil rakyat yang paling ramai sejak penubuhan parti 10 tahun yang lalu,” menurut kenyataan berkenaan.
Kongres yang juga pertama kali diadakan sejak Ketua Umum, Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang ini bertujuan untuk membuka ruang kepada para perwakilan untuk membahaskan dasar perjuangan parti secara umum, dan polisi pentadbiran negeri Pakatan Rakyat secara khususnya.
“Kongres yang juga pertama kali diadakan sejak Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang ini bertujuan untuk membuka ruang kepada para perwakilan untuk membahaskan dasar perjuangan parti secara umum, dan polisi pentadbiran negeri Pakatan Rakyat secara khususnya,” menurut kenyataan yang dikeluarkan 13 November lalu.
Kedua-dua sayap penting parti, Angkatan Muda (AMK) dan Wanita pula akan mengadakan kongres masing-masing secara berasingan pada 28 November.
Kongres Nasional kedua-dua sayap ini akan dirasmikan bersama oleh Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali di Stadium Malawati.
“Selepas perasmian, Angkatan Muda akan terus bersidang di Stadium Malawati, manakala Wanita akan bersidang di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor” menurut kenyataan ini lagi.
Selain itu, Orang awam turut dijemput untuk mengunjungi “Karnival Rakyat” yang terbuka sepanjang kongres bersidang dan mendengar pidato umum pimpinan parti khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 29 November di Stadium Malawati.
Sumber: Suara Keadilan
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment