Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, November 21, 2008

Diskaun Tol 10 peratus tingkat risiko kemalangan – Persatuan Pengguna

KUALA LUMPUR, 20 NOVEMBER (SK) - Tindakan PLUS mengenakan diskaun sebanyak 10 peratus kepada pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) akan meningkatkan risiko kemalangan Jalan Raya pada waktu malam.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S.M Mohamed Idris berkata, kemungkinan wujud pengguna yang sanggup pulang lewat dari pejabat semata-mata mahu berjimat tanpa mempedulikan risiko kemalangan.

Tambahnya lagi, anggaran PLUS yang menyebut sebanyak 800,000 kenderaan yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan dengan 10 peratus adalah di waktu tengah malam. Pertambahan volum trafik dan keletihan mampu menyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya.

Malaysia adalah antara negara yang mencatat kemalangan tertinggi di dunia dan pada tahun 2006 sahaja sejumlah 6,287 kematian.

S.M Mohamed turut memetik Statistik dari Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang menyatakan dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini seramai 163 remaja terbunuh dalam kemalangan jalan raya dan 15.4 peratus daripadanya dari kalangan pembonceng dan penunggang motosikal.

“Kemajuan negara akan terjejas dalam tempoh jangka panjang kerana kehilangan tenaga kerja produktif di kalangan remaja akibat kemalngan jalan raya,”


Sumber: Suara Keadilan

No comments: