Akhbar-akhbar berbahasa Cina tiba-tiba hari ini memaparkan kisah arak di Selangor (saya ditunjukkan perkara ini oleh sahabat saya rakan ahli majlis MPSJ dari DAP). Kononnya PAS Selangor sedang bertindak mendesak kerajaan negeri mengharamkan penjualan arak seluruh Selangor. Kononnya ada pelan “A” dan pelan “B”. Pelan “A” adalah melalui mesyuarat EXCO, jika tidak berjaya maka wakil-wakil PAS dalam seluruh PBT Selangor akan membawa usul diperingkat PBT. Tidak cukup dengan itu, portal berita Malaysiakini turut mensensasikan perkara ini.
Saya bertanyakan rakan-rakan pemberita akhbar Cina dari mana mereka dapat maklumat ini, kata mereka dari sumber-sumber tertentu.
Jelasnya, pertama, PAS Selangor tidask pernah membincangkan perkara ini dalam mana-mana mesyuaratnya. Kedua, arak ini haram buat umat Islam tetapi tidak untuk yang bukan Islam, kerana itu di Kelantan yang didominasi PAS, kerajaan negeri hanya mengharamkan penjualan arak dikalangan umat Islam (jika Kelantan begitu, takkanlah Selangor mahu mendesak mengharamkan arak secara total). Dan ketiganya arak ini memang diharamkan terhadap umat Islam di Selangor melalui Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam yang ada, tidak berbangkit PAS mahu buat tuntutan sedangkan undang-undang telahs edia ada dari zaman BN lagi.
Memang rakan-rakan ahli-ahli majlis dari MBSA ada menuntut agar dikuatkuasakan pengharaman ini di Shah Alam dan saya difahamkan ia telah pun diluluskan dalam mesyuarat majlis tanpa bangkangan mana-mana pihak.
Isu ini bagi saya sengaja disuakan bagi melihatkan seolah PAS cuba menggunakan pengaruhnya dalam kerajaan PFR Selangor bagi mendesak agar arak diharamkan secara total di Selangor. Ada pula laporan menyebut bahawa cadangan PAS dalam mesyuarat EXCO ditolak oleh MB.
Saya melihat ada usaha untuk melaga-lagakan antara PAS dan rakan-rakan lain dalam PR, dan ada usaha untuk menggambarkan seolah PAS ini tidak menghormati hak masyarakat bukan Islam. Adakah sebenarnya begitu? Saya telah merayu kepada rakan-rakan pemberita termasuklah dari Malaysiakini agar berlaku adil dalam isu ini dan jangan
Kenyataan Dato’ MB Selangor selepas Mesyuarat EXCO tadi alhamdulillah meredkan asakkan yang tidak bertanggungjawab ini.. Menurut Tan Sri Khalid sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini:
Selangor Mentri Besar Abdul Khalid Ibrahim said the state does not intend to impose a blanket ban on the sale of alcohol but is seeking to step up enforcement on existing restrictions. The existing restrictions in the state are no sale of alcohol to Muslims as well as those under-18s.
According to Khalid, the move to tighten enforcement on alcohol sale will be implemented after consultation with retailers, local councils, related government agencies and NGOs early next year.
MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak berhasrat mengharamkan sama-sekali penjualan minuman berakohol, akan tetapi sedang berusaha mempertingkatkan penguatkuasaan terhadapa peraturan yang sedia ada. Peraturan yang ada di negeri ini melarang penjualan arak kepada umat Islam dan mereka yang di bawah umur 18 tahun.
Menurut Khalid, usaha menguatkuasakan larangan penjualan minuman berakohol akan dilaksanakan sebaik perundingan dibuat dengan pihak penjual, PBT dan agensi kerajaan yang berkaitan disamping NGO mulai tahun hadapan.
Ini isu berkaitan umat Islam dan tidak kena-mengena dengan yang bukan Islam. Peraturan yang ada pun bukannya digubal oleh PAS atau PKR tetapi oleh kerajaan BN yang lalu. Kerajaan Selangor PR hanya mahu melaksanakan apa yang telah sedia ada itupun terhadap masyarakat Islam. Diharapkan semua pihak melihat isu ini dengan jelas dan tidak dikaburi dengan agenda mana-mana pihak yang mahu memburuk dan melaga-lagakan satu pihak dengan pihak yang lain.
Sumber: Roslan SMS
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
tak faham & tak mengerti...., kata nak islamik sangat.!! bila dah ada kuasa tak bolih ke nak pinda peraturan yang BN gubal tu?? Jgn la nak salahkan kerajaan dulu...Jgn la nak berkokok hanya dari luar gelanggang, bila dah masuk gelanggang lemah lutut....
Selamat Petang
Saya harap pejelasan tuan adalah selari dengan pendirian dan padangan seluruh peminpin PAS.
Walaupun saya bukan ahli mana-mana parti, walaupun secara ringkas saya TIDAK mimun arak (kecuali makan malam dirumah mimun sikit-sikit jer masa tahun baru cina), saya juga TIDAK SOKONG/SETUJU generasi mudah mimun arak walaupun bukan islam, dari segi kesihatan dan ketenteraman social. Tetapi saya harap mengenai menghentikan minuman arak ini, biarlah masyarakat bukan islam bangkitkan dan buat putusan pada suata hari masa nanti. Saya percaya masyarakat kita dah lebih maju bandingkan dulu dimana lebih ramai dah tahu arak ini jejas kesihatan.
Seperti, saya seorang cina yang tidak pernal soal hak keistimewaan melayu, saya juga percaya 95% orang cina juga berpendapat sama, iaitu, hak keistimewaan melayu adalah baik untuk menolong golong orang melayu/bumiputra yang miskin (dengan syarat, tidak jadi alasan salah guna kuasa dan korupsi). Iaitu, kalau ada cadangan membantalkan hak keistimewaan ini, cadangan mesti daripada orang melayu di mana kebanyakan orang melayu dah maju tidak perlu bantuan sebegini.
Maka, adalah sama koncept, dimana berhenti mimun arak ini biar masyarakat bukan melayu uruskan selepas lebih ramai orang dapat informasi mengenail arak yang betul.
Satu lagi, pandangan saya, DAP ini memang lain banding dengan MCA yang tidak ada pendirian jer ikut boss, di mana DAP akan tegas pendirian walaupun perlu hilang kuasa kerajaan selangor (iaitu, tidak akan duduk bersama PAS sebagi kerajaan PR) jika PAS tidak sensitif dan nak tindak seperti boss MCA jer.
Apa beza jikalau orang PAS sama jer dengan boss MCA?
Bukan dah kata PAS untuk SEMUA?
Jutaan terima Kasih
-D41-
yg berhormat saya setuju dgn tindakan ni...sebab saya perhatikan
kebayankan kedai menjual arak2 yg bahaya dan murah kepada org.Oleh sedimikian ni bukanlah isu yg besar ia boleh membawa kebaikan kepada semua kaum.saya ucapakan sybas kepada PAS dan PKR.jgn nak cari fikir untung je beb.
kembalikan pilihanraya tempetan.jangan hanya serahkan anjing anjing parti yg hanya jaga kepentingan parti dan politiking di peringkat kawasan.Ini lah rupa ahli majlis yg tidak bertanggung jawab kepada rakyat tapi kepada parti.
hipokrit.ape jadah Selangor nak haramkan arak.Ape PKR kini dah jadi Taliban.Kita lihat Selangor sebagai kerajaan PKR tapi berwajah PAS.
pilihanraya akan datang..jangan sampai kembali tinggal satu kerusi. saje
Post a Comment