Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, November 24, 2008

KAMI TIDAK MARAH ISLAM, KAMI MARAH UMNO - Penternak Babi ~ Ref Malaysiakini

Masjid Tanah : Seorang penternak babi Paya Mengkuang, Lim Oh Pah (gambar) berkata para penternak babi tidak bermusuh dengan Islam tetapi marah kepada Umno dan pemimpinnya.

"Kami tidak pernah marahkan Islam, Islam agama baik dan suka tolong orang, cuma Umno yang jahat, kami marah Umno".

Lim berkata demikian ketika ditemui pada ceramah Presiden PAS, YB Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang di Dataran Kezaliman, Pasir Gebu, Tanjung Bidara di sini malam tadi. Beliau duduk dipentas ceramah bersama saf kepimpinan PAS pada majlis tersebut.

Menurut Lim, perbuatan menyangkut bangkai kepala babi di pagar seorang AJK Umno Bahagian Masjid Tanah bukan dilakukan oleh penternak babi. Beliau sebaliknya menuduh ianya dilakukan sendiri oleh orang Umno dengan mengupah individu tertentu melakukan perbuatan terkutuk itu.

"Umno memang jahat, dia upah orang, bikin itu kerja, saya tahu itu bukan kerja penternak babi, Umno mau busukkan nama penternak-penternak babi" kata Lim dengan serius.

Beliau juga memberitahu bahawa pihak penternak babi telahpun membuat laporan Polis berkenaan isu ini yang sengaja ditimbulkan pihak tertentu untuk memburukkan nama Penternak Babi.


Sumber: Mutaligat

No comments: