Sidang media AMK Melaka.
UMNO tidak perlu jumud.
2 Disember 2008
Bukit Baru- Angkatan Muda keADILan (AMK) Melaka melihat penyertaan beberapa bekas menteri dan pemimpin BN khususnya UMNO yang hadir ke Kongres Parti keADILan Rakyat baru-baru ini merupakan satu perkara yang positif didalam merealisasikan Harapan Baru untuk Malaysia.
AMK Melaka mengalu-alukan kehadiran Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Yong Teck Lee dan mana-mana pemimpin yang merasakan perlu ada perubahan kepada negara ini. PKR sentiasa terbuka mengenai hal ini dan kita tidak mahu jumud seperti UMNO dimana tiada ruang langsung untuk berbincang.
Kami juga mengalu-alukan jika ada pemimpin UMNO di Melaka yang ingin menyertai PKR supaya segera membuat keputusan sebelum pilihan raya yang akan datang. Kami sedia berbincang mengenai ini.
Dan yang terbaru mengenai ugutan People Progresif Party(PPP) yang tidak setuju dengan ISA dan akan keluar daripada BN. Kami menyambut baik pendirian itu kerana rakyat mahu akta zalim ini dihapuskan.
Rakyat khususnya anak muda juga sudah bosan dengan hala tuju BN ini. Sudah tiba masanya sebuah Harapan Baru untuk Malaysia diperjuangkan. Dan kami yakin bahawa lebih ramai lagi pemimpin UMNO dan BN akan menyertai PKR.
Justeru AMK Melaka menyarankan jika prinsip keadilan sosial yang diperjuangkan PKR ini diterima pakai oleh mereka seharusnya mereka segera meninggalkan BN yang dilihat tidak mampu memacu kembali ekonomi negara ini demi kepentingan rakyat.
Hariz Nordin
Timbalan
Angkatan Muda KeADILan Melaka
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment