Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, April 3, 2009

Anwar buat 'pendedahan tergempar' berkaitan PM esok - Malaysiakini

Pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat "pendedahan tergempar" dalam satu ceramah di Bukit Selambau esok, yang dijangka memberi pukulan besar terhadap peluang BN dalam pilihanraya kecil DUN tersebut pada 7 April depan.

Pendedahan itu berkaitan "secara langsung dan tidak langsung" dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata pegawai strategi pilihanraya PKR Saifuddin Nasution dalam sidang akhbar di Sungai Lalang dalam DUN tersebut hari ini.

Pendedahan tersebut, tambahnya, berdasarkan reaksi awal yang diterima oleh pihaknya berhubung pelantikan Najib sebagai perdana menteri keenam hari ini.

Presiden Umno itu dilantik sebagai perdana menteri walaupun dibantah keras oleh pihak pembangkang.

Barisan pembangkang pimpinan Anwar menyerahkan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong kelmarin, mendesak ditangguhkan pelantikan Najib sehingga satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk membersihkannya daripada segala salah laku.

Dalam petisyen tersebut, kesemua 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menuntut Najib dibersihkan daripada pelbagai kontroversi, termasuk berkaitan kes Altantuya Shaaribuu dan pembelian kapal selam Scorpene.

Walaupun didesak berulangkali oleh pemberita, Saifuddin enggan mendedahkan butir-butir lanjut mengenai pendedahan tersebut.

Sebaliknya beliau hanya menegaskan bahawa pengumuman Anwar esok "satu pendedahan yang amat besar."

"Tunggulah esok," tambahnya.


Malaysiakini


2 comments:

Anonymous said...

Anti climax lah SiAnwar ni...

Aku dah sewa Orang Utan dari Zoo Taiping nak bawa kat kempen tu. Dah train cukup2 jantan2 yang duk tengah HEAT.

Anwar dedah aje pungkok dia, akan terkam, and will give their best performance on stage for all to see.. Not always they get the chance to ehem on humans!!

WIRA

Anonymous said...

Di sini bukan menjadi tempat politik murahan...

Amat malang sekali jika sesebuah parti itu mempunyai seorang ahli berakal pendek dan kebudak-budakkan seperti saudara...

Atau saudara sendiri yang teringin melakukan perlakuan di luar tabie seperti yang dikatakan tu??