Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Saturday, April 4, 2009

Batang Ai~N29 Rakyat Harus Berubah~Jawah - Dayak Nation

Pakatan Rakyat Jawah Gerang mengesa rakyat Batang Ai menyokong KeADILan untuk berubah demi pembangunan ekonomi dan pendidikan yang lebih baik. Mengapa harus rakyat Batang Ai mengundi pemimpin yang hanya mementingkan kedudukan diri dari membela nasib rakyat tegas beliau. Jawah berucap sempena majlis meraikan pencalonannya mengikut adat Iban di rumah beliau baru-baru ini. Kira-kira 300 penyokong yang hadir untuk memberi sokongan dengan harapan bahawa Jawah dapat membawa berubah ekonomi dan infrastruktur di kawasan Batang Ai. Jawah mengesa rakyat di batang Ai supaya bangun dari mimpi yang ditaburkan Barisan Nasional yang sehingga sekarang tidak nampak sebarang hasil seperti apa yang dilaporkan di sebuah penempatan rumah panjang di Sempang, di mana penghuninya berjumlah kira-kira 200 orang dan hampir kesemuanya menggangur. Mereka belum mencari taraf pendidikan yang memungkinkan mereka melepasi kitaran kemiskinan , jelas beliau.Alangkah hairannya setelah berpuluh-puluh tahun berada dalam Malaysia nasib rakyat, khususnya Bumiputera di Sarawak masih belum terbela, tegas beliau. Bahkan, mereka ditipu dengan tidak dibayar pampasan ketika pembangunan fizikal menghendaki penggunaan tanah yang mereka miliki. Banyak lagi belum dilaksanakan dalam konteks pembangunan kaum Iban luar bandar, tambah Jawah. Rakyat harus bangkit…

Dayak Nation


No comments: