Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, May 29, 2009

Penanti: Perancangan yang tak menjadi - PerakExpress


Apabila Fairus Khairudin mengumumkan perletakan jawatan sebagi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, UBN mencuba sedaya upaya untuk menghalang daripada berlakunya Pilihanraya Kecil Penanti.

Mesyuarat SPR ditangguhkan sebanyak dua kali untuk membolehkan UBN mencari jalan supaya PRK Penanti ini boleh dielakkan. Kali pertama SPR bermesyuarat pada hari Khamis hampir seminggu selepas Fairus meletak jawatan. Tetapi pengumuman keputusan mesyuarat ditangguhkan kepada hari Jumaat.

Pada hari Khamis..SPRM mengumumkan Fairus bebas dari semua tuduhan. Tujuannya adalah untuk membolehkan Fairus menarik balik perletakan jawatannya.

Pada hari Jumaat..SPR menangguhkan pengumuman kepada hari Isnin..untuk memberikan masa kepada Fairus menarik balik perletakan jawatannya dan mengelak pilihanraya kecil.

Keputusan SPRM membebaskan Fairus dari semua tuduhannya dibuat oleh SPRM Putrajaya..tanpa persetujuan SPRM Pulau Pinang. Malah SPRM Pulau Pinang yang kami hubungi pada malam 23 April memberitahu bahawa kes Fairus masih dalam siasatan dan mereka tidak tahu menahu tentang keputusan SPRM Putrajaya membersihkan Fairus.

Apabila Fairus masih dengan keputusannya untuk meletak jawatan..UBN mati akal..dan pada 27hb April..SPR terpaksa mengumumkan tarikh PRK Penanti.

Walaupun Najib mengumumkan PRK Penanti membazir..tetapi dalam diam mereka bersedia untuk bertanding. Dan arahan telah diberikan kepada semua ajensi kerajaan untuk bersiap sedia.

Pada 1 Mei..semasa kami ke Penanti…Umno sudah menaikkan bendera mereka di Penanti. Beberapa hari kemudian, Shahrizat dan Khairy sudah mula turun padang berjumpa petugas-petugas. Pasukan Polis juga sudah bersedia untuk turun dengan pasukan yang besar…mungkin ribuan anggota.

Dalam posting yang lalu…aku cerita tentang SUBTEK yang kecil kerana UBN tidak bertanding..tetapi semalam baru aku mendapat tahu…PDRM sebenarnya sudah bersedia dengan pasukan yang cukup besar untuk bertugas di Penanti.

Kepada mereka yang tinggal di Penanti mungkin tidak menyedari tentang MASTEK yang jauh lebih besar..tetapi mengapa diletakkan di Bukit Mertajam? Diluar kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Kalau nak tengok macam mana besarnya MASTEK ini…kena pergi Bukit Mertajam…berdekatan dengan pejabat DAP Bukit Mertajam.

Tinjauan semalam mendapati MASTEK ini masih dihuni oleh sekitar 30-50 orang SB.

Selepas PRK Penanti ini…diharapkan ada Ahli Parlimen yang akan bertanya berapakah jumlah kos polis di PRK Penanti. Sebab aku percaya…kos untuk membangunkan MASTEK ini akan menjangkau jutaan ringgit juga…sebab kontrak sudah dikeluarkan. Dan kita nak tengok adakah UBN tidak mahu membazir..takut bertanding atau masalah mereka sendiri.

Bila mendapati UBN tak kan boleh menang di Penanti..UBN merancang taktik kotor untuk menang. Dan Kak Min dijadikan kuda trojan untuk membawa misi ini. Banner-banner Amina Dola dan poster-poster calon Amina Dola ditaja oleh UBN. Memang banyak banner dan poster Amina Dola…siap dengan risalah-risalah.

Hari ini..SPR dan SPRM bersama-sama menyiasat tuduhan Amina Dola. Malah siap dengan tindakan yang akan diambil sekiranya Dr. Mansor didapati bersalah!

Orang yang baca undang-undang sikit pun boleh tau Akta Pilihanraya. Tak dak kes. Tu pasai yang PKR confident sangat.

Tapi orang Penang belum rasa macam mana orang Perak rasa. PKR Penang ikut undang-undang…UBN mana ikut undang-undang!

Kalau SPR lebih berkuasa dari Speaker..ini kan pulak Saifudin Nasution.

Semalam juga..polis sudah bertindak keras. YB Zuraidah Kamarudin diminta hadir ka Balai Polis untuk diambil keterangan kerana menyebut perkataan Altantuya dalam ceramahnya. Di Mengkuang Titi..polis merampas projector dan screen untuk menghalang PKR dari menunjukkan video-video kepada umum.

Macam-macam undang-undang baru diperkenalkan untuk mensabitkan PKR dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Pilihanraya…dengan tujuan untuk menyingkir Dr. Mansor dari memenangi pilihanraya ini….secara teknikal.

PerakExpress

Mat Zain Dakwa Konspirasi Terhadap Beliau, Akan Dedah Kebenaran Berhubung Kes Mata Lebam Anwar - TVA


Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, mendakwa menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi yang menggunakan notis bankrap untuk memusnahkan kredibilitinya sebulan sebelum bermulanya perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bermula dari 1 hingga 24 Julai depan.

Bernama melaporkan Rabu lalu bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada 21 April 2009 kerana gagal melangsaikan pinjaman berjumlah RM250,000 dan notos mengenainya telah diserahkan kepada beliau 26 Mei lalu. Berita mengenainya telah disiarkan oleh beberapa penerbitan tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan Bernama.

"Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh yang amat berkuasa yang mahukan perkara ini berlaku. Ini kerana mereka mahu memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya untuk memberi keterangan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti berhubung kes mata lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Mat Zain dalam satu kenyataan beliau.

Mat Zain yang bersara awal pada 2001 sebagai Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata beliau percaya notis bankrap yang diterimanya ada hubungkait dengan rayuan yang dibuatnya kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membersihkan namanya selepas SPRM memutuskan hanya Gani dan Musa didapati tidak terlibat dalam tuduhan kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar.

"Saya mempunyai alsan untuk mempercayai bahawa pihak pendakwa menjangka Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes mata lebam tersebut pada satu ketika dalam perbicaraannya kelak. Keterangan saya saya akan amat penting ketika itu. Opsyen yang ada pada mereka adalah untuk menjahanamkan kredibiliti saya.

"Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini.

"Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya. Kebenaran akhirnya akan timbul," kata Mat Zain.

Beliau mendakwa telah menyiasat kes mata lebam tersebut tanpa ragu atau takut dan kenyataan beliau telah dicatatkan sebanyak lima kali oleh agensi terdahulu daripada SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila Anwar membuat laporan pada 1 Julai 2008 bahawa Gani, Musa dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung kes tersebut.

Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengumumkan pada 3 Mach bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut, lantas menyebabkan Mat Zain membuat rayuan terhadap keputusan panel itu.

"Saya bagaimanapun mempunyai alasan kukuh bahawa Perdana Menteri tidak diberi keterangan yang sebenarnya dan juga keseluruhan fakta mengenai isu ini. Sekiranya kebenaran didedahkan saya percaya Perdana Menteri akan bertindak dengan sewajarnya," kata Mat Zain lagi.

Mat Zain berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti isu bankrap tersebut kerana beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis bagi mendengar saman yang difail pada 10 Ogos 2004 terhadap beliau oleh ahli perniagaan, Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara Heights yang sepatutnya didengar di Mahkamah seksyen Bandar Baru Bangi bagi menuntut baki sebanyak RM250,000 daripada jumlah pinjaman yang gagal dilangsaikan.

Ahli perniagaan tersebut dalam kenyataannya berkata Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002.

Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut. Surat tuntutan bagi baki RM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut.

Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92.

TVA

Wajah Sebenar Cif Inspektor Azilah Hadri - TVA

Inilah wajah sebenar Cif Inspektor Azilah Hadri yang menutup wajahnya gaya ala ninja sepanjang tempoh 159 hari perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Gambar yang disairkan dalam sebuah akhbar tempatan bertarikh 28 Mei 2009 menunjukkan muka beliau dari bahagian tepi kiri.

Azilah, 33. bersama rakannya, Koperal Sirul Azhar Umar, 37, di hukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam 9 April lalu apabila didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya.

Sebelum ini kedua-dua tertuduh dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Oktober tahun lepas, penganalisis politik dan penasihat kanan Perdana Menteri Najib Razak itu dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

Azilah dan Sirul Azhar telahpun memfailkan notis rayuan beberapa hari setelah keputusan Mahkamah Tinggi.

Perbicaraan mereka mencatat beberapa rekod termasuk tempoh perbicaraan paling panjang membabitkan sejumlah 84 saksi.

Azilah direman di Penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar selama 895 hari.

TVA

Thursday, May 28, 2009

P'raya DUN Manek Urai 14 Jul - Malaysiakini

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai - memberikan lapan hari tempoh berkempen.

Dalam pengumumannya di Putrajaya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi di kerusi tersebut, bawah parlimen Kuala Krai.

Pilihanraya itu dipanggil akibat kekosongan susulan kematian penyandangnya Ismail Yaakub pada 22 Mei lalu.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daftar
pemilih yang akan digunakan termasuk daftar pemilih tambahan yang dikemaskini sehingga Jumaat lepas.

Beliau menambah, penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Sembilan sekolah akan dijadikan pusat mengundi dengan seramai 350
petugas mengendalikan pilihanraya kecil itu.

Daftar pemilih terbabit mula dijual pada 15 Jun dan pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web rasmi SPR www.spr.gov.my, selain di lima kaunter yang akan dikenal pasti.

Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 15 Jun ini.

Pengundi juga boleh menelefon ibu pejabat SPR di Putrajaya di talian 03-8885 6500 dan pejabat SPR Kelantan di talian 09-748 25 10.

Malaysiakini

AMK S'gor dakwa isu ancaman PKM dipolitikkan - Malaysiakini

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor membidas pihak-pihak tertentu yang didakwanya mempolitikkan isu mengenai kembalinya ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) berhubung saranan supaya bekas pemimpin PKM, Chin Peng dibenarkankan pulang ke Malaysia.

Ketuanya, Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin mendakwa, ia hanyalah mainan politik pihak-pihak tertentu untuk mengembalikan sokongan rakyat setelah isu-isu mengenai ketuanan Melayu, DEB, sensitiviti umat Islam, liberalisasi perdagangan dan konsep Satu Malaysia, gagal mengembalikan sokongan rakyat.

Berikutan itu, katanya, AMK Selangor berharap isu membawa pulang bekas ketua PKM itu tidak menjadi satu lagi isu sensasi politik pihak-pihak tertentu yang semakin hilang sokongan rakyat.

"Amat jelas isu ini sudah lama selesai dan tidak perlu ditimbulkan semula lagi.

"Kini rakyat Malaysia lebih bijak dan pintar dalam menganalisis sesuatu isu melalui perkembangan semasa revolusi maklumat global," katanya dalam satu kanyataan hari ini.

Laporan KDNK

Sebaliknya, kata Khairul Anuar, AMK Selangor menggesa kerajaan semasa agar memberikan penumpuan dan fokus khas kepada pemulihan dan pembaharuan ekonomi.

"Laporan terkini berkenaan KDNK negara serta data dan statistik ekonomi negara yang tidak memberangsangkan, perlu diambil perhatian dan tindakan perlaksanaan yang pantas," katanya.

AMK Selangor juga mempertikaikan tindakan pantas pihak kerajaan yang didakwanya begitu cepat meminta bantuan Interpol untuk mengesan dan membawa pulang Raja Petra Kamaruddin.

"Sedangkan isu akuan bersumpah (penyiasat persendirian) P Balasubramaniam seolah-olah tiada berita dan perkembangan terkini," katanya.

Sehubungan itu, Khairul Anuar menggesa kerajaan dan pihak polis supaya membawa pulang seberapa segera Balasubramaniam bagi membantu siasatan kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu melalui akuan bersumpahnya yang bertarikh 1 Julai 2008.

Malaysiakini

Ulama 'pro-Umno' jangan cepat melatah - Hanipa - Harakah

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Umno dilihat menggunakan ulama tertentu untuk menghentam PAS dan Pakatan Rakyat apabila timbulnya isu mogok lapar di Perak namun ulama yang sama tidak pula mengulas dan memberi hukum dari sudut agama berhubung kemelut rampasan kuasa dan krisis yang berlaku di negeri itu.

AJK PAS Pusat Hanipa Maidin menyatakan begitu mudah ulama-ulama ini menghukum mogok lapar tersebut adalah haram tetapi tidak langsung mengeluarkan pendapat mereka tentang perkara-perkara berikut antaranya penggunaan dan kekerasan pihak polis di Sidang Dun Perak, drama rampasan kuasa dan fitnah terhadap Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang kononnya derhaka kepada Sultan Perak.

"Saya tidak pasti bagaimana kedua-dua tokoh agama ini melihat krisis Perak. Atau dengan lebih terang lagi saya tidak pasti adakah mereka benar-benar memahami krisis Perak ini ?" katanya dalam blognya.

Beliau merujuk kepada pendapat mantan Mufti Johor, Dato' Noh Gadut dilaporkan berkata, amalan mogok lapar haram dan bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah kerana ia boleh memudaratkan dan Mufti Perak , Dato' Harussani juga membidas rancangan Pakatan Rakyat untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan

Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya," (lihat Mingguan Malaysia 24 Mei)

Hanipa dalam pada itu membangkit persoalan kepada kedua-dua tokoh itu tentang tindakan menangkap sesuka hati sama ada ianya merupakan sebahagian ajaran Islam.

"Kalau ya terangkan kepada kami ayat Al-Quran atau Hadith manakah yang membenarkan hal tersebut ? Adakah diri dan jasad manusia tanpa mengenal agama tidak perlu dihormati ?

Beliau turut memetik kata-kata Syaidina Umar r.a yang pernah menegur dengan keras Gabenor Mesir Amru Al?As apabila anaknya Muhammad memukul seorang rakyat berketurunan Qibti dengan kata-kata berikut :"Sejak bila kamu diberi lesen/permit memperhambakan sesama manusia sedangkan manusia itu dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan bebas."

Kata Hanipa lagi, Islam menganjurkan pendamaian dan dalam konteks kes Perak semua pihak tahu ianya boleh diselesaikan apabila dibubarkan Dun dan diadakan pilihanraya semula.

"Mengapakah kedua-dua tokoh agama ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan supaya Dun Perak dapat dibubarkan agar kedamaian dapat pulih semula di Perak," katanya yang juga seorang peguam. - azm _

Harakah

Wanita sasar 70 peratus pengundi - SK

PENANTI,27 MEI (SK)-Wanita KeADILan mensasarkan 70 peratus pengundi di N12 Penanti akan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.

Ketua Wanita Keadilan, Zuraidah Kamaruddin berkata terdapat peningkatan sebanyak tiga peratus selepas tiga hari penamaan calon lalu.

“Berdasarkan culaan mikro kita dapati sebanyak 60 peratus sokongan di termina sebelum penamaan calon dan telah meningkat sebanyak tiga peratus kepada 63 peratus setakat ini.

”Bilangan ini semakin bertambah bila dari semasa ke semasa disebabkan ramai pimpinan Pakatan yang turut untuk berceramah dan berkempen.

“Begitu juga dengan usaha culaan dari rumah ke rumah yang dilakukan wanita dan AMK yang juga memberi sumbangan yang besar kepada peningkatan sokongan kepada calon kita, Dr Mansor,”Kata Zuraidah

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, Wanita KeADILan mensasarkan 70 peratus iaitu sasaran yang realitinya boleh dicapai tetapi angka tersebut mungkin akan menjadi lebih tinggi.

“Angka 70 Peratus itu secara amnya hanyalah angka dasar yang kita boleh capai dengan mudah tetapi kita telah mengarahkan seluruh jentera wanita dan juga AMK untuk mengatur strategi yang lebih bersepadu.

“Kita juga amat berpuas hati dengan jentera dari komponen lain seperti PAS dan DAP yang memberikan kerjasama yang erat sejajar dengan kesepakatan Pakatan Rakyat.

“Begitu juga dengan program-program ceramah perdana dan ceramah kelompok, yang mana semua komponen parti berkerja keras bagi memastikan kemenangan calon pakatan,” jelas Zuraidah lagi.

Sehubungan itu menurut beliau setakat hari keempat tempoh hari kempen Wanita Keadilan telah pun tamat membuat culaan micro pering kat pertama dan akan disusuli dengan culaan kedua yang lebih padu sebelum pengundi membuang undi pada 31 Mei nanti.

Dun Penanti kosong ekoran perletakan jawatan Timabalan Ketua Menteri Pulau Pinang satu, Mohamad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu. Spr menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi pada 23 Mei dan 31 Mei.

N12 penanti mempunyai jumlah pengundi 15 384 dengan pecahan 72.6 % melayu. 24.2% Cina,2.4 India dan 0.7 % lain-lain.

Pada pilihanraya umum Mac 2008, Mohamad Fairus memperoleh 7 346 undi menewaskan calon BN, Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi dengan majoriti 2 219 undi.

SK

SPR tentukan tarikh pilihan raya kecil Manek Urai hari ini - mStar

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat pagi ini menentukan tarikh pilihan kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan.

SPR akan mengumumkan tarikh menjelang tengah hari ini.

Kerusi berkenaan kosong berikutan kematian Ismail Yaacob Jumaat lalu.

Ismail, 60, daripada PAS memenangi kerusi Manek Urai sejak pilihan raya umum 1985 kecuali pada 2004. Pada pilihan raya umum ke-12, Ismail yang juga Timblan Yang Dipertua PAS Kuala Krai menewaskan Mohamed Zulkifli dari BN dengan majoriti 1,352 undi.

DUN Manek Urai terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang turut terdiri daripada DUN Dabong, Guchil serta Mengkebang.

mStar

Zahrain: Semua dakwaan Aminah satu pembohongan - mStar

PULAU PINANG: Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim semalam menyifatkan segala tuduhan dan dakwaan Aminah Abdullah mengenai parti itu dan dirinya sebagai pembohongan semata-mata.

Katanya calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti itu cuba mengalihkan fokus sebenar pilihan raya itu dengan mereka pelbagai cerita bertujuan memburukkan imej parti.

"Dia sepatutnya tumpu kepada pilihan raya kecil ini dan ceritalah apa yang hendak dilakukannya untuk penduduk Penanti, bukan buat cerita yang bukan-bukan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Beliau yakin tindakan Aminah mereka cerita kononnya berlaku satu peristiwa di sebuah hotel di Jawi, Nibong Tebal dua tahun lalu ada kaitan dengan perasaan tidak puas hati kerana beliau menggantikan Aminah dengan orang lain sebagai Ketua Wanita PKR negeri.

Sehubungan itu, katanya beliau tidak akan membuang masa dengan melayani dakwaan serta tohmahan Aminah itu dan beliau juga tidak teragakagak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perkara ini berlarutan dan Aminah terus memburuk-burukkan namanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Aminah untuk membuat satu lagi pendedahan baru yang berkaitan secara langsung dengan Zahrain dalam masa terdekat mengenai peristiwa yang berlaku di sebuah hotel di Jawi, Nibong Tebal pada 2007.

Sebelum ini, Aminah mendakwa wakil PKR cuba menyogok wang tunai dan jawatan sekiranya beliau menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya berkenaan.BERNAMA

mStar

Runtuh BN, tegaklah politik baru - Malaysiakini

Politik baru yang menjadi tumpuan di negara kita sejak penghujung abad ke-20 boleh ditakrifkan sebagai proses politik yang merupakan gerakan reformasi menentang korupsi, kronisme dan nepotisme.

Ia bertujuan memperjuangkan dasar-dasar kerajaan yang lebih bebas, demokratik, adil dan progresif bersesuaian dengan kepentingan masyarakat sivil, hak-hak asasi manusia serta nilai-nilai universal.

Sedangkan politik perkauman pula jati diri politik Umno, Perikatan atau Barisan Nasional yang bermula dengan penggantian slogan “merdeka” yang dikemukakan oleh Melayu progresif dengan slogan “Hidup Melayu” pada 1947 apabila Umno ditubuhkan.

Parti-parti politik berasaskan kaum sentiasa mendakwa diri mereka sebagai wakil kepentingan kaum terbabit dan kononnya memperjuangkan kedudukan, hak-hak dan kepentingan kaum masing-masing. Pada hakikatnya mereka sering memperalatkan nama dan sentimen kaum untuk mencapai kepentingan peribadi golongan berkuasa dan kroni-kroninya.

Sejak penubuhan, politik perkauman Umno, Perikatan atau Barisan Nasional secara berterusan memenangi setiap pilihanraya umum, seolah-olah institusi politik perkaumannya sudah terlalu berakar-umbi dan tidak dapat dikalahkan lagi.

Kerana, jika tampuk pemerintahan mereka terancam, maka mereka dengan tidak teragak-agak dan sewenang-wenang akan menggunakan akta ISA untuk menahan musuh politiknya, malah digertak dengan ulangan tragedi 13 Mei.

Namun tsunami politik 8 Mac 2008 sudah membuktikan bahawa ideologi politik baru yang rentas sempadan kaum, politik perkauman Umno, Perikatan atau Barisan Nasional juga boleh dikalahkan.

Dengan kata lain, dakwaan bahawa Umno atau Barisan Nasional tidak terkalahkan sudah menjadi dongeng politik pra-8 Mac!

Pakatan Rakyat, terutama di lima negeri yang diperintahnya, seolah-olah sudah diamanahkan dengan tugas untuk melaksanakan politik baru di negara kita.

Pada umumnya mereka disambut baik oleh rakyat pelbagai kaum sehingga rampasan kuasa Barisan Nasional di Perak - yang mengingkari kemahuan pengundi - telah dihukum dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan majoriti yang lebih besar berbanding dengan majoriti yang diperolehi oleh calon-calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum lalu.

Umno dan parti-parti komponen BN terpaksa mengaku kini mereka sudah tiada pilihan lagi melainkan berubah atau diubahkan. Kekalahan pada pilihanraya kecil di dua Bukit itu sudah mematikan akal Umno dan Barisan Nasional seperti runggutan timbalan perdana menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kekecewaan bahawa peruntukan-peruntukan yang diberikan kepada pengundi seolah-olah tidak dihargai! Barisan Nasional mungkin tidak mahu mengambil risiko untuk meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan di DUN Penanti, Pulau Pinang untuk mengelak nasib yang sama seperti pada pilihanraya kecil awal April lalu.

Meskipun saf pimpinan baru Umno dalam era Najib Razak berjanji akan berubah dengan slogan baru "Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, dan pencapaian diutamakan", namun tidak ramai yang percaya politik perkauman Umno sanggup diubah.

Sebab-sebabnya:

Pertama, peluang keemasan bagi Umno berubah sepatutnya selepas pilihanraya umum 2004 sewaktu perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi telah diberi mandat yang kuat. Namun mandat itu telah disia-siakan kerana Pak Lah tidak berupaya melaksanakan perubahan seperti yang dijanjikan.

Beliau malah terpaksa berundur selepas tsunami 8 Mac akibat tentangan dan desakan kumpulan Dr Mahathir Mohamad-Najib-Muhyiddin dari dalaman dan strategi rampasan kuasa Anwar yang adventuris dan agresif dari luar.

Kedua, perdana menteri baru dibebani banyak unsur negatif, termasuk:

Beliau masih dibelenggu momok kes bunuh Altantuya Shaariibuu dan skandal pembelian kapal selam Scorpene. Tidak disangka, Dr Mahathir juga berpendapat bahawa Najib perlu berbuat sesuatu untuk membersihkan namanya - yang tercalar dengan isu Altantuya dalam media luar negara - agar persepsi negatif rakyat dapat dihakiskan.

Dr Mahathir yang berjaya memainkan peranan “king maker” seakan-akan berlagak sebagai pemimpin de facto Umno dan cuba “mempengaruhi” setiap keputusan Umno – daripada kelayakan ahli kabinet baru Najib sehingga sama ada patut atau tidak Barisan Nasional meletakkan calonnya dalam pilihanraya DUN Penanti, 23 Mei ini.

Imej “sederhana” yang cuba dibina melalui gagasan "Satu Malaysia", pembebasan tahanan ISA dan pemansuhan larangan terhadap terbitan Harakah dan Suara Keadilan tercemar dengan begitu cepat sekali kerana:

(a) Beliau elak mengulas laporan Utusan Malaysia yang menyeru ‘Bangkitlah Melayu’ agar bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat "semakin keterlaluan” yang nyata sekali amat bersifat rasis dan bertentangan dengan gagasan "Satu Malaysia" anjuran Najib.

(b) Baru-baru ini tiga orang dilaporkan menjadi mangsa terbaru akta ISA dan menteri penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim mempertahankan ISA dalam satu program televisyen BBC.

Malah beliau memberi arahan kepada pengendali-pengendali stesen TV dan radio swasta agar aspirasi kerajaan hendaklah disebarkan dengan secukupnya demi menjamin kemenangan BN dalam pilihanraya yang akan datang.

(c) Kebebasan media tersekat, misalnya wujud arahan agar nama-nama Abdul Razak Abdullah Baginda, Najib dan isterinya tidak disebut dalam segala laporan media berkaitan dengan kes Altantuya.

(d) Politik perkauman Umno dan Barisan Nasional yang sudah diinstitusikan melalui dasar-dasar kerajaan dan kumpulan berkepentingan tentu cuba mengekalkannya demi mempertahankan kuasa politik dan kepentingan individu.

Jika perubahan Umno dalam era Najib hanya “indah khabar daripada rupa”, maka adakah politik baru Pakatan Rakyat boleh diharapkan?

Kemenangan calon Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan keraguan BN untuk meletakkan calon di DUN Penanti secara simbolik membayangkan sokongan pengundi kepada pakatan tersebut untuk memperjuangkan politik baru sungguhpun ia juga pernah mengecewakan mereka, terutamanya:

Rampasan kuasa melalui lompatan parti secara beramai-ramai - seperti dijanjikan oleh Pakatan amnya dan Anwar Ibrahim khasnya - terbukti gagal, penyokong PK seolah-olah terperdaya dalam perkara ini.

Taktik melompat parti yang digunakan Anwar sebaliknya diperalat Barisan Nasional untuk merampas kuasa kerajaan gabungan pembangkang di Perak dan menimbulkan krisis perlembagaan, hingga sekarang.

Selepas rampasan kuasa Anwar gagal, kumpulan presiden PAS Abdul Hadi Awang pula dilaporkan ingin menghidupkan perbincangan dengan Umno berkaitan penubuhan kerajaaan perpaduan dengan BN. Mujurlah isu itu kini kelihatan sudah tinggal dalam lipatan sejarah.

Perselisihan faham dan pergeseran perwatakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sering berlaku secara terbuka.

Kewujudan anasir-anasir oportunis, korup dan tidak bertanggungjawab dalam kalangan pimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, merealisasikan cita-cita politik baru di negara kita menjadi tugas sejarah yang patut dipikul oleh seluruh rakyat Malaysia, antara lain:

Benteng politik perkauman Umno dan Barisan Nasional mesti ditumpaskan sebelum politik baru dapat bertapak, proses ini perlu dimulai daripada penolakan secara tuntas segala dasar, falsafah dan institusi politik perkauman di negara kita.

Pakatan Rakyat yang longgar perlu disusun semula melalui penggubalan program minimum bersama dan rumusan disiplin yang dapat dikuatkuasakan.

Prinsip "mencari persamaan sementara menyimpan perbezaan" (atau, seek common grounds while reserving differences) yang menjadi semangat barisan bersatu perlu dihayati dan diamalkan demi kepentingan perjuangan bersama Pakatan Rakyat.

Bersedia untuk memenangi pilihanraya umum akan datang agar sistem dua barisan, iaitu persaingan yang lebih adil dan seimbang antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional dapat diwujudkan demi kepentingan politik baru negara kita.

Masyarakat sivil dan badan-badan bukan kerajaan hendaklah menentang politik perkauman baik daripada BN atau Pakatan Rakyat agar politik baru dapat bertapak dan berakar umbi di negara kita.


Artikel ini diubahsuai daripada ucapan penulis di seminar anjuran bersama Therocknews.com dan jawatankuasa hak sivil Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan KL pada 22 April 2009


Malaysiakini

Wednesday, May 27, 2009

Demo Membantah Pembinaan Tempat Pembakaran Mayat & Tanah Perkuburan Cina


Tempat: Kg. Pondok Kempas, Jasin

Tarikh: 31/05/2009 (Ahad)

Masa: 2.30 ptg

PENTAS ANAK MUDA - Penanti

YBhg Shamsul Iskandar Ketua AMK Malaysia

YBhg Khairul Anuar Naib Ketua AMK Malaysia

YBhg Tuan Hj Ismail Jusoh

YB Mujahid Rawa MP Parit Buntar



27 Mei 2009 (Rabu) Jam 9.00 malam

Tempat :-Bilik Gerakan Utama AMK

Jalan Pasar Malam Kg Guar Perahu

Perlis: Anwar sambut 320 ahli Umno - Malaysiakini

Kemelut politik dalaman Umno di Perlis dilihat semakin meruncing apabila 320 ahli Umno di Kuala Perlis secara rasmi akan menyerah borang keahlian mereka menyertai PKR esok.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima sendiri borang keahlian mereka untuk menyertai parti itu.

Dengan kemasukan mereka, maka PKR berjaya menembusi kubu kuat Umno, khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis.

Yang lebih menarik ialah DUN Kuala Perlis terletak dalam Umno bahagian Kangar, yang diketuai sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu.

Pengerusi Perhubungan PKR Perlis, Johari Shafie berkata, majlis tersebut akan diadakan di rumah salah seorang ahli Umno yang akan menyertai PKR esok.

Menurutnya, ini adalah kali pertama PKR dapat menubuhkan cawangannya di DUN berkenaan.

Pada masa ini, terdapat empat cawangan PKR di Perlis dengan jumlah keahlian lebih 1,200 orang.

Tambah kekuatan

Dengan penubuhan cawangan baru di DUN Perlis itu, PKR akan mempunyai lima cawangannya di negeri itu, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Penyertaan ahli Umno esok sekaligus menunjukkan perkembangan PKR di negeri ini.

"Jentera PKR di negeri Perlis baru nak bergerak. Kemasukan mereka akan menambah lagi kekuatan PKR Perlis," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat ahli Umno di kawasan lain, antaranya di DUN Pauh, Titi Tinggi dan Beseri, yang akan melompat ke parti tersebut.

"Mungkin ada. Kita akan usaha untuk tarik mereka masuk PKR," kata Johari.

Pauh terletak dalam parlimen Arau manakala Titi Tinggi dan Beseri terletak dalam parlimen Padang Besar.

Sehubungan itu, Johari mengharapkan kemasukan mereka akan meningkatkan keyakinan PKR Perlis untuk membantu Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum yang ke-13.

Malaysiakini

Anwar saman Anifah RM100 juta - mStar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Menteri Luar Anifah Aman berhubung pendedahan bahawa beliau pernah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri jika sertai Pakatan tahun lalu.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Dalam satu sidang media bersama Setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton baru-baru ini, Anifah mendakwa Anwar telah menawarkan jawatan timbalan perdana menteri sebagai ganjaran jika beliau melompat parti dan menyertai Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Sebelum ini, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat telah menyatakan bahawa beliau akan membentuk sebuah kerajaan pada 16 September tahun lepas tetapi telah banyak kali mengubah tarikh tersebut.

Mengulas lanjut mengenai isu itu Anifah menegaskan bahawa Anwar perlu menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini dan keputusan pilihan raya lalu.

mStar

14 Tahanan Dibebaskan - TVA

Kesemua 14 orang yang ditahan termasuk tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri dan seorang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ditangkap pagi tadi berhubung tindakan memfailkan saman terhadap "Menteri Besar Mahkamah", Dr Zambry Abd Kadir atas tindakan beliau memecat ketua-ketua kampung lantikan Pakatan Rakyat telah dibebaskan daripada IPK Ipoh atas jaminan polis sebentar tadi.

Mereka yang dibebaskan termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran, ADUN Teja, Chan Lih Kang, ADUN Menglembu, Lim Phek Her, ADUN Jalong, Leong Mee Ming, ADUN Pasir Pinji Thomas Su dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai, ADUN Tronoh V. Sivakumar dan ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh.

Turut menyambut mereka di luar IPK Ipoh termasuk Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat negeri.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di luar kawasan IPK, Nizar berkata perjuangan rakyat untuk menuntut keadilan berhubung pemecatan ketua-ketua kampung dan puasa sunat serta mogok lapar akan tetap diteruskan walaupun Barisan Nasional menyalahgunakan institusi polis untuk menekan dan menindas rakyat.

"Kami akan teruskan program puasa sunat dan mogak lapar sehingga hari Khamis. Perjuangan untuk rakyat menetang kezaliman tetap diteruskan," kata beliau kepada media.

TVA

PKR: Aminah Peralatkan Kawan Untuk Di Jadikan Senjata Politik - TVA

Calon bebas Aminah Abdullah memerangkap dua kenalan beliau dari Parti Keadilan Rakyat dengan menjemput mereka untuk makan tengah hari dan kemudian merakamkan perbualan peribadi antara mereka untuk dijadikan senjata politik bagi menfitnah PKR.

Pengarah Pilihanraya PKR Saiffudin Nasution berkata Aminah, bekas pemimpin PKR di Pulau Pinang, sememangnya mempunyai hubungan baik dengan dua ahli berkenaan.

Saifuddin berkata dua ahli PKR itu telah menerima undangan Aminah untuk makan tengah hari seperti lazimnya.

Namun kali ini, Aminah bertindak merakamkan perbualan mereka untuk digunakan sebagai modal bagi meraih undi pada pilihanraya kecil Penanti Ahad ini.

Saifuddin berkata Aminah jelas bertindak tidak iklas terhadap dua rakannya itu, semata-mata dalam cubaan untuk menfitnah PKR.

“Mereka (Dua rakan Aminah) hadir makan tengahari, bahkan mereka dijemput untuk makan tengahari. Kemudian perbualan mereka dirakam. Kalau dijemput makan tengahari, tak perlulah rakam kalau tidak ada apa-apa niat,” kata Saifuddin.:

Saifuddin sekali lagi menegaskan bahawa PKR tidak pernah menawarkan sebarang imbuhan kepada Aminah dan segala perbualan yang dirujuk oleh calon bebas itu adalah bersifat peribadi antara beliau dan dua kenalannya itu.

Aminah mendakwa kononnya dua ahli PKR berkenaan dihantar oleh parti itu untuk menawarkan beliau pelbagai imbuhan bagi menarik diri daripada pada pilihanraya kecil Penanti.

Aminah mendakwa beliau kononya juga ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 jika menang pilihanraya kecil itu.

Namun pemerhati politik berpendapat, tidak masuk akal untuk PKR membuat tawaran seperti mana yang di dakwa oleh Aminah, kerana parti itu dalam keadaan selesa untuk mengekalkan kerusi Penanti.

Tambahan pula Aminah tidak mempunyai sokongan akar umbi di Penanti yang merupakan kubu kuat PKR dan Pakatan Rakyat.

Saifuddin berkata PKR akan membuat kenyataan lebih menyeluruh selepas peguam PKR selesai meneliti rakaman audio perbualan tiga jam antara Aminah dan dua kenalannya itu.

Parti itu juga akan menunggu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyelesaikan siasatan bersabit tuduhan Aminah itu.

“Kenyataan yang disebut semalam menyentuh mengenai tuduhan tawaran wang dan jawatan,” kata Saifuddin. “Panel peguam telah dibentuk untuk meneliti rakaman audio ini dan sekiranya ada unsur-unsur seperti yang dituduh itu, maka ia akan disertakan dalam notis kepada calon berkenaan.”

Saifuddin berkata pada peringkat in, PKR berpendirian dakwaan Aminah itu bersifat fitnah yang bertujuan mencemar parti berkenaan dan cubaan terdesak oleh beliau untuk meraih sokongan pengundi.

PKR pagi ini telah menghantar notis guaman kepada Aminah, menuntut beliau memohon maaf kepada PKR dan berhenti mengaitkan parti itu kepada perbualan peribadi yang di rakamnya itu.

Saifuddin berkata setelah mendengar rakaman itu, beliau secara peribadi berpendapat Aminah menunjukkan minat mahu kembali ke pangkuan PKR.

“Komen saya adalah satu acara makan-makan, pertemuan antara sahabat dalam suasana mesra dan gelak-tawa,” kata Saifuddin. “Acara itu juga menunjukkan seperti ada hasrat untuk kembali menyertai parti. Itu gambaran yang saya dapat,” tambah Saifuddin.

TVA

Penanti: Konspirasi Amina Dola - Perak Express

Amina Dola…seorang calon Bebas yang tiba-tiba menjadi hits dikalangan media arus perdana. Mengapa tidak Ramizu ataupun Naikhan Ari? Apa keistimewaan Amina Dola sehinggakan menjadi kesayangan akhbar milik UBN?

Apabila UBN tidak bertanding…ramai orang beranggapan UBN takut kalah. Dan apabila Amina Dola mengumumkan akan bertanding di Penanti..lama sebelum hari Penamaan calon, aku sudah mula memikirkan yang bukan-bukan. Aku pernah cakap bahawa Amina Dola mungkin kuda Trojan Umno untuk memalukan PKR di Penanti. Tetapi..bagi mereka yang berfikir didalam lingkungan undang-undang…tidak ada apa yang perlu ditakutkan.

Amina Dola…seorang calon Bebas yang tiba-tiba menjadi hits dikalangan media arus perdana. Mengapa tidak Ramizu ataupun Naikhan Ari? Apa keistimewaan Amina Dola sehinggakan menjadi kesayangan akhbar milik UBN?

Apabila UBN tidak bertanding…ramai orang beranggapan UBN takut kalah. Dan apabila Amina Dola mengumumkan akan bertanding di Penanti..lama sebelum hari Penamaan calon, aku sudah mula memikirkan yang bukan-bukan. Aku pernah cakap bahawa Amina Dola mungkin kuda Trojan Umno untuk memalukan PKR di Penanti. Tetapi..bagi mereka yang berfikir didalam lingkungan undang-undang…tidak ada apa yang perlu ditakutkan.

Dalam pertemuan diantara Calon Penanti, Dr. Mansor dengan Bloggers Network Penang pada 1Mei 2009, kami merancang untuk membuat satu jaringan bloggers untuk melaporkan apa yang sebenarnya berlaku di Penanti supaya rakyat mendapat maklumat yang sebenar. Tetapi apabila UBN tidak bertanding…bloggers seolah-olah tidak diperlukan dan memang kami sendiri merasa bosan kerana tidak ada isu yang perlu diketengahkan.

Kalau setakat untuk menerangkan tentang kejayaan dan perancangan Pakatan Rakyat Pulau Pinang… penceramah yang ada pun boleh buat. Kami dari team Perakexpress hanya membuat tinjauan pada hari penamaan calon dan balik ke Ipoh keesokan harinya.

Tetapi pada petang hari kedua…Amina Dola dah mula buat kacau. Amina tak macam dua lagi calon Bebas..Ramizu dan Ari. Kedua-dua mereka turun kepadang untuk berkempen..berjumpa rakyat dipasar malam atau pasar pagi. Sebaliknya..Amina hanya mengadakan sidang akhbar..lepas satu…satu.

Malam tadi aku dapat tau…Umno juga sudah berkempen. Umno juga berceramah. Macam mana mereka dapat permit untuk berceramah sedangkan mereka tidak bertanding? Macam mana mereka boleh dibenarkan mengibarkan bendera kalau mereka tidak bertanding?

Di Bukit Gantang…bendera PKR diperintahkan turun kerana yang bertanding ialah Pas. tapi diPenanti…bendera Umno bukan sahaja bebas berkibar..malah mereka juga boleh berceramah!! Bagi orang Penanti…Umno telah melakukan kesalahan…tapi bagi orang Perak…ia sudah menjadi kebiasaan. Kalau Umno melanggar undang-undang..bukan luar biasa.

Bukan takat gantung bendera dan berceramah…di Perak, Umno boleh heret Speaker dan merampas DUN, boleh tangkap orang pakai baju hitam dan hari ini menangkap orang berpuasa. Apa yang Umno tak buat? Kesalahan bagi kita…sudah jadi kebiasaan pada Umno.

Pasal apa Umno nak sebok di Penanti kalau mereka tak bertanding? Mungkin menyesal pasal tak masuk bertanding?

Umno tak bertanding bukan pasal tak mau membazir atau tak ikut perlembagaan. Umno tak bertanding kerana gagal menyelesaikan isu calon.

Pemimpin pusat mahukan seorang calon profesional..anak tempatan…tapi Ketua Bahagian sendiri mahu bertanding. Umno tau..kalau Ketua Bahagian tidak dicalonkan…calon pilihan pusat sudah tentu akan terperosok…macam yang berlaku kepada Arif Shah dalam PRK Permatang Pauh dulu.

Arif Shah kalah bukan sahaja kerana pengundi mahukan Anwar…tetapi Arif Shah kalah teruk kerana sabotaj dari Ketua Bahagian..Abd. Jalil Abd. Majid.

Daripada kalah lebih teruk dan memalukan…Najib membuat keputusan untuk tidak bertanding. Dengan tidak bertanding…Umno tak perlu menanggung malu…sebaliknya…mereka merancang untuk merampas Penanti dengan bantuan SPR dan SPRM.

Najib merancang untuk merampas Penanti seperti mana dia merampas Perak. Dengan menggunakan mahkamah. Dan Amina Dola menjadi kuda trojan UBN di Penanti.

Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh Amina ialah cuba memerangkap pemimpin PKR yang baik dengannya. Dan dia berjaya menjemput Cheah Kah Peng dan Peter Lim kerumahnya untuk jamuan makan. Mereka memang berkawan baik sejak Amina masih dalam PKR.

Dalam jamuan makan tersebut…mereka bersembang dan bergurau…dan Amina bercerita tentang kekecewaanya terhadap PKR kepada Cheah. Dan Cheah cuba memujuknya untuk kembali kedalam PKR.

Aminah bercerita tentang pengorbananya didalam PKR…dan menilainya dalam bentuk wang…dan terkeluarlah jumlah RM80,000 ringgit.

Itu nilai pengorbanan Amina dalam PKR. Dan bagi Cheah Kah Peng…itu bukanlah jumlah yang banyak…dan kalau Amina mahu kembali kedalam PKR…Cheah sanggup membantunya untuk mendapatkan balik wang tersebut melalui peluang perniaagaan atau sebagainya.

Tanpa diketahui oleh Cheah…Amina merakam perbualan mereka dan perbualan tersebut lah yang menjadi bahan bagi Umno untuk membaham PKR di Penanti. Semuanya telah dirancang.

Dan sebaik saja Amina mengadakan sidang media…akhbar-akhbar Umno memberikan ruang yang cukup luas kepada tuduhan Amina tersebut. Mereka merasakan…tuduhan tersebut sudah cukup untuk menghilangkan kelayakan Dr. Mansor Osman dari bertanding. Dan mereka mahu meyakinkan rakyat bahawa sogokan wang itu benar-benar berlaku.

Dan itulah skrip yang dilakonkan oleh Amina hari ini apabila membuat laporan kepada SPRM.(lihat Malaysiakini)

Tetapi apabila Audio CD yang diedarkan itu didengari oleh SPRM Pulau Pinang…tak ada kes. Lagi pun peristiwa itu berlaku pada 13 Mei…lama sebelum Penamaan Calon! Dan Amina belum lagi memutuskan untuk bertanding.

Dan Amina menukar ceritanya lagi hari ini. Berlainan dengan apa yang diceritakannya tempoh hari.

“Aminah’s latest statement, however, contradicted what she said last Saturday after the nomination process, when she told journalists that she had been offered a cash bribe.

Dan dia akan terus berdalih..sehinggalah dia mendapat satu cerita yang boleh dipercayaai.

Amina masuk bertanding bukan untuk menang…tapi mahu menyingkir Dr. Mansor melalui SPR, SPRM dan mahkamah. Dan ini sudah menjadi ‘trade mark’ Perdana Menteri 1Malaysia.


Perak Express



Tuesday, May 26, 2009

Malaysia's Anwar vows tough defence in sodomy trial - MSN

Malaysia opposition leader Anwar Ibrahim vowed Monday to put up a strong defence against sodomy charges, saying it would not be easy to convict him of the offence for a second time.

Addressing the Foreign Correspondents' Association in Singapore, Anwar insisted that the case against him was based on false evidence concocted by political enemies.

"What case are you talking about? We have seen medical records," said Anwar, who is on bail ahead of a trial set to be heard in Malaysia's High Court between July 1-24.

He insisted that he was innocent of the allegations of sodomy levelled against him by a 23-year-old former aide.

"Of course, with or without a case they will always charge and convict you. But I don't believe they can do it that easily this time. We're going to fight a very strong case," he added.

"I don't believe they can fool Malaysians or the international community."

Anwar, a former deputy prime minister, was sacked in 1998 and jailed for sodomy and corruption.

In 2004 Malaysia's highest court overturned the sodomy conviction, allowing Anwar to go free after six years in jail and paving the way for his return to politics.

Under Anwar's leadership, the opposition last year dealt the ruling Barisan Nasional coalition its worst electoral setback yet but fell short of the numbers needed to form a new government.

Anwar also won a landslide victory in a by-election that allowed him to return to parliament, but he has so far failed in his bid to topple the federal government after key political defections he had hoped for did not materialise.

MSN

Husam Jangka Dun Perak Bubar Minggu Ini - Siasah

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa tetap yakin Dun Perak akan dibubarkan segera selepas Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menang kesnya di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

"Posting saya tiga hari lalu (Rabu) telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini (Jumaat 22 Mei).

"Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran Dun Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis BN sekali lagi Isnin atau Selasa ini," tulis beliau dalam blognya.

Bagi Husam, keputusan Mahkamah Rayuan memberikan implikasi besar kepada perundangan di negara ini.

"Keputusan ini memberi kesan besar. Baik di Parlimen mahu pun di Dun yang lain, Agung atau Sultan boleh melantik PM atau MB yang baru tanpa PM atau MB berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya.

"Adakah negara kita sudah bersedia menerima hakikat kemungkinan perubahan teraju kepimpinan melalui proses tabung uji di luar rahim iatu Dewan Rakyat atau Dun seperti yang difahami sebelum ini?

"Khususnya Najib, sudahkah bersedia untuk Ahli Dewan Rakyat mengumpulkan senarai bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan Agung boleh dengan itu melantik PM yang baru tanpa proses Dewan Rakyat?," tanya Husam dalam tulisannya.

Siasah

Mogok lapar: 8 MP, ADUN ditahan - Malaysikini

kemaskini 12.13pm Lapan wakil rakyat pembangkang termasuk ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran ditahan polis selepas perasmian mogok lapar Pakatan Rakyat untuk mendesak DUN dibubarkan.

Mereka antara 14 orang yang ditahan pagi ini, termasuk lima pekerja syarikat pengurusan acara yang sedang menyiapkan khemah untuk acara tersebut.

Kelima-lima ditangkap di depan Wisma DAP di Ipoh selepas jam 6 pagi ini. Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang status mereka, setakat ini.

Belon udara besar dengan tulisan 'Bubar DUN' turut dirampas. Difahamkan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh cuba meruntuh khemah untuk majlis pelancaran tetapi tidak meneruskan niat mereka.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan pasukan pencegah rusuhan kelihatan di sekitar ibu pejabat DAP negeri itu.

Pakatan Rakyat melancarkan mogok lapar selama 72 jam di ibu pejabat DAP itu mulai 11 pagi bagi mendesak dewan dibubarkan untuk memboleh satu pilihanraya negeri dipanggil sebagai langkah penyelesaian kemelut politik yang berlarutan sejak Februari lalu.

Menteri besar mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar dijadual melancarkan dan menyertai mogok tersebut.

Beberapa ADUN Pakatan dan penyokong DAP, PAS dan PKR dijangka menyertainya sebagai bantahan terhadap rampasan kuasa BN.

Mogok lapar ini akan berakhir di pejabat PAS Perak petang Khamis ini.

Malaysiakini

Lima ditahan sebelum mogok lapar - Malaysiakini

Lima pekerja syarikat pengurusan acara ditahan polis sewaktu sedang menyiapkan khemah untuk acara kempen mogok lapar Pakatan Rakyat yang mendesak DUN Perak dibubarkan.

Mereka ditangkap di depan Wisma DAP di Ipoh selepas jam 6 pagi ini. Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang status mereka, setakat ini.

Belon udara besar dengan tulisan 'Bubar DUN' turut dirampas. Difahamkan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh cuba meruntuh khemah untuk majlis pelancaran tetapi tidak meneruskan niat mereka.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan pasukan pencegah rusuhan kelihatan di sekitar ibu pejabat DAP negeri itu.

Pakatan Rakyat melancarkan mogok lapar selama 72 jam di ibu pejabat DAP itu mulai 11 pagi bagi mendesak dewan dibubarkan untuk memboleh satu pilihanraya negeri dipanggil sebagai langkah penyelesaian kemelut politik yang berlarutan sejak Februari lalu.

Menteri besar mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar dijadual melancarkan dan menyertai mogok tersebut.

Beberapa ADUN Pakatan dan penyokong DAP, PAS dan PKR dijangka menyertainya sebagai bantahan terhadap rampasan kuasa BN.

Mogok lapar ini akan berakhir di pejabat PAS Perak petang Khamis ini.

Malaysiakini

Petra terima waran tangkap lagi - Malaysiakini

Penulis blog terkenal Raja Petra Kamaruddin - dilaporkan berada di Brisbane, Australia - menerima satu lagi waran tangkap setelah tidak hadir perbicaraan kes fitnah isteri timbalan perdana menteri.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur juga mengeluarkan arahan tunjuk sebab kepada isteri beliau Marina Lee Abdullah yang bertindak sebagai penjamin pengendali Malaysia Today itu.

Marina dilaporkan bersama suaminya ke luar negara, satu tindakan yang dipercayai untuk melarikan diri daripada perbicaraan yang disifatkan oleh penulis itu sebagai tidak adil.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat menetapkan tarikh baru, 2 Julai untuk sebutan kes tersebut - yang sepatutnya didengar hari ini dan esok.

Pada 23 April, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengeluarkan waran tangkap terhadap Raja Petra kerana gagal menghadiri perbicaraan kes menghasut.

Malaysiakini

Monday, May 25, 2009

Kejayaan Umno 2004 tak mungkin berulang - Harakah

JELI, 25 Mei (Hrkh) - Ketika Umno mengharapkan suntikan baru dengan pelantikan Dato' Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, namun di jajahan ini minat golongan muda bersama PAS pula meningkat.

Keadaan itu menggambarkan anak-anak muda tidak lagi bersama Umno memandangkan kecamuk parti itu dengan masalah dalaman.

Malah penduduk di sini berpendapat anggota parlimen Jeli itu tidak mampu mengulangi kejayaan ketika mengetuai Umno Kelantan semasa menghadapi pilihan raya umum 2004.

Ramai berhujah kejayaan Umno yang hampir menumbangkan PAS ketika itu bukan kerana faktor Mustapa, sebaliknya aura Dato? Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Yang Dipertua PAS Jeli, Haji Mohd Apandi Mohamad berkata, biar pun Mustapa dikembalikan ke jawatan lama di Perhubungan Umno Kelantan, namun fenomena yang berlaku sekarang berlainan.

"Pada pilihan raya umum 2004 Umno berjaya melonjakkan kedudukan kerana pengaruh Abdullah yang dilihat warak dan jujur ketika mula-mula berada di kerusi Perdana Menteri.

"Gambaran yang diberi media mempamerkan Abdullah mengimamkan solat tidak dinafikan berjaya mempengaruhi orang ramai.

"Namun Perdana Menteri sekarang tiada kelebihan tersebut. Sebaliknya imej beliau banyak tercemar dengan pelbagai isu. Maka kehadiran pengerusi baru dilihat tidak lagi dapat membantu Umno seperti berlaku pada pilihan raya 2004," katanya pada program 'Jom Sertai PAS' di sini, baru-baru ini.

Program itu dianjurkan Dewan Pemuda PAS Jeli dengan kerjasama Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO.

Ia diadakan di Padang Istiadat Jeli.

Sempena program itu juga Mohd Apandi melancarkan Liga Bolasepak Dun dan Parlimen peringkat Jeli.

Pelbagai program menarik diadakan antaranya persembahan dikir barat oleh kumpulan Dikir Barat Sri Kalai yang diketuai Jen Endoro.

Manakala bekas penyanyi rock yang baru menyertai PAS, Ringgo Arrow menyanyikan lima lagu yang bertemakan ketuhanan dan perjuangan.

Program tersebut berjaya menarik 32 permohonan untuk menyertai PAS.

Sementara itu di majlis berasingan, lebih 100 imam dan bilal surau dan madrasah mukim Jeli menyertai kursus yang dianjurkan Urusan Ulama PAS Jeli dengan kerjasama Unit Dakwah Halaqat.

Perasmiannya juga disempurnakan Mohd Apandi. - mks._

Harakah

AMK Melaka Hadiri Forum "Anti Hopping Laws - Vice or Virtue?"

Bandaraya Melaka (22 Mei 2009) - Angkatan Muda KeADILan Melaka telah bersempatan menghadiri forum "Anti Hopping Laws - Vice or Virtue" yang berlangsung di Hotel Renaissance, Jalan Bendahara, Melaka. Forum yang dianjurkan Jawatankuasa BAR Melaka ini telah berjaya menarik minat lebih 100 orang peserta.

AMK Melaka telah diwakili Ketua AMK Melaka Sdr Hairiz Nordin, Naib AMK Melaka Sdr Law Bing Haw, Setiausaha AMK Melaka Sdr. Mohd Lokman Abd Gani, Ketua AMK Bhgn Bkt Katil Sdr. Farhan Ibrahim, Penasihat AMK Melaka Sdr. Shafie dan beberapa AJK dan pimpinan yang lain.

Forum yang menampilkan YB Gobind Singh Deo, Sdr Yeo Yang Poh, Sdr. Malik Imtiaz Sarwar dan Dr. Azmi Sharom telah berjaya menarik minat peserta yang hadir. Keterbukaan panelis dalam membicarakan soal undang-undang anti lompat, isu politik semasa dan keterbukaan media dalam negara kita menjadikan forum pada malam tersebut hangat.

Pada sesi soal jawab, pelbagai persoalan telah dipersoalkan kepada para panelis dan setiap soalan dijawab dengan teliti dan profesional. Pelbagai maklumat dan pengalaman baru ditimba dari Forum pada malam tersebut.



Aksi Sepanjang Kejohanan AMK Melaka 2009 - 3










Aksi Sepanjang Kejohanan Futsal AMK Melaka 2009 - 2





Aksi Sepanjang Kejohanan Futsal AMK Melaka 2009 - 1






Keputusan Kejohanan Futsal AMK Melaka 2009



Juara: AMK Tangga Batu Junior

Naib Juara: AMK Jasin

Ke-3: AMK Alor Gajah

Anwar kecam tindakan polis serbu pejabat Dap - SK

BUKIT MERTAJAM, 25 Mei (SK) : KETUA Umum KeADILan Anwar Ibrahim mengecam tindakan pihak polis yang menyerbu Ibu Pejabat Dap di Petaling Jaya Sabtu lalu.

Beliau menyatakan demikian dalam siri ceramah di Penanti bertempat di Bukit Berapit semalam di hadapan lebih lima ribu penyokong Pakatan Rakyat yang mengalu-alukan kehadiran beliau dengan begitu meriah sekali.

Serbuan tersebut yang dibuat tanpa sebarang waran geledah dan dipercayai bermotifkan kepentingan politik Umno-BN merupakan satu penghinaan ke atas Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

“Saya menggesa agar pihak polis memohon maaf di atas tindakan yang membelakangkan undang-undang serta dengan segera memulangkan harta yang dirampas,” tegas Anwar dengan nada serius.

Beliau juga menegaskan kepada pengundi Penanti bahawa pertarungan dilihat seperti di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional apabila media Umno-BN terus mencerca KeADILan dan Pakatan Rakyat di pilihanraya Dun Penanti ini.

“Bezanya, kali ini mereka mengaku lemah menghadapi tahap kesedaran dan kegigihan rakyat di Permatang Pauh,” jelas Anwar.

“Sebelum ini Umno-BN telah berhempas pulas mengugut dan menghukum rakyat disini dengan menahan banyak projek pembangunan, mencera dan memfitnah saya,” kata beliau lagi.

“Namun kemuncaknya di bulan Ogos tahun lalu, rakyat Permatang Pauh termasuk Penanti telah menghumban mereka dengan teruk sekali,” tambah Anwar.

Anwar juga berpesan kepada rakyat di Penanti supaya berwaspada kerana Umno-BN pada bila-bila masa boleh memfitnah dengan menggunakan banyak tipu helah untuk memperdayakan rakyat.

“Jentera kita perlu siap siaga, jangan anggap mudah serangan musuh terselindung,” tegas Anwar lagi.

Nasihat beliau supaya terus bekerja dang penuh keikhlasan dan sekuat daya upaya.

“Insha’Allah kita akan menobatkan Dr Mansor Othman sebagai Adun dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang,” kata Anwar.

“Sesudah itu kita akan berduyun ke Manik Urai,” kata Anwar mengakhiri ceramah beliau.

Ceramah di Bukit Berapit turut dihadiri oleh Lim Guan Eng, Mohammed Nizar Jamaluddin dan Lee Boon Chye.

SK

Penanti: PKR nafi cuba sogok Aminah - Malaysiakini

PKR hari ini menafikan dakwaan Aminah Abdullah bahawa ia cuba memberi ganjaran kepada calon bebas itu supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.

Pengarah Strategi PKR Tian Chua mencabar mana-mana calon bebas termasuk Aminah yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Jika ada sebarang bukti bahawa ada pemimpin atau mana-mana daripada kami (PKR) menawarkan ganjaran kewangan, laporkan kepada SPRM atau SPR," katanya, lapor Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Aminah semalam yang mendakwa akan mendedahkan bukti bahawa PKR cuba memberi ganjaran kepadanya agar berbuat demikian menjelang pilihanraya kecil DUN itu.

Aminah, 57, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang, seorang daripada tiga calon bebas yang akan bertanding.

Dua lagi calon: pengurus syarikat yang juga bekas ketua Pemuda Gerakan cawangan Telok Wang, Penanti, Nai-Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

Pengurus pilihanraya kecil Penanti dari PKR, Nasaruddin Nasution berkata, dakwaan Aminah itu mungkin disebabkan rasa tidak puas hati dengan mana-mana pihak dalam parti.

Malaysiakini

Lagi tokoh sastera tolak PPSMI - Malaysiakini

Walaupun tersohor dan disebut-sebut sebagai calon Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan mungkin mengalami laluan sukar mencapainya.

Beliau semakin lantang mempertikaikan dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) - hari ini di depan 200 penulis muda dunia sastera Melayu.

"Adalah suatu ironi dan tragedi apabila bangsa yang sedang berkuasa di sesebuah negara, tidak menggariskan wawasan yang besar dan realistik tentang masa depan bahasanya, sebaliknya meminggirkan bahasanya ke sudut pentas kehidupan utama bangsa dan negara," katanya dalam ucap utama di perhimpunan terbesar sasterawan muda Malaysia.

"Jika sesuatu dasar, seperti dasar PPSMI ini hanya memberi faedah kepada segelintir pelajar, tetapi dalam masa yang sama mengecewakan begitu banyak pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman, maka dasar itu boleh dianggap gagal.

"Para pelajar di luar bandar, ceruk dan pedalaman bukan sahaja tidak dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka melalui pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, malah lebih malang lagi tidak dapat menguasai ilmu sains dan matematik yang disampaikan bukan melalui bahasa ibunda mereka.

"Jika kegagalan itu berterusan, dan dianggap remeh pula oleh kementerian yang berkenaan, maka satu generasi pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman (kebanyakannya Melayu) menjadi mangsa kepada dasar yang tidak adil ini.

"Akibat kegagalan itu, mereka akan terlepas peluang pekerjaan yang lebih baik."

Bekas pengarah penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu yang terkenal dengan novel Naratif Ogonshoto – satira politik yang mengecam kerakusan orang berkuasa – menyampaikan ucapannya berjudul 'Arah dan Cabaran Penulis Muda' di Melaka pagi ini.

Dalam ucapannya kira-kira sejam, beliau menegur ahli politik Melayu dalam kerajaan yang menjadi pencetus utama timbulnya rasa tidak yakin terhadap bahasa mereka sendiri.

"Sejak sedekad yang lalu, masyarakat Melayu pada umumnya meragui adanya rasa bangga (terhadap) bahasa Melayu di kalangan ahli politik Melayu yang berkuasa," katanya.

Anwar berkata, sikap pemimpin tersebut digambarkan melalui penggunanan bahasa Inggeris dalam majlis rasmi dan tidak bersungguh-sungguh membina jati diri kolektif pelajar menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang tunggal.

"Mereka mempunyai pertimbangan lain, termasuk politik, yang dilihat lebih besar dan wahid (pertama) berbanding bahasa bangsanya," katanya.

Teks ucapannya juga boleh diperolehi di blognya.

Kritikan Anwar hari ini yang pertama dilontar di depan khalayak sebesar itu, selain wawancara di sebuah tabloid politik dan dialog-dialog kumpulan kecil masyarakat sastera.

Walaupun pelbagai pihak dan tokoh budaya sebelum ini lantang menuntut pemansuhan dasar kontroversi itu – sehingga membawa kepada demonstrasi besar 7 Mac lalu – Anwar dilihat tidak lantang sebelum ini.

Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 2000 melalui novelnya itu turut terkenal dengan novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan Arus.

Selain Anwar, tokoh-tokoh lain yang disebut layak untuk Sasterawan Negara penyair Datuk Baharuddin Zainal dan novelis Zaharah Nawawi.

Malaysiakini difahamkan Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 selama tiga hari sejak pagi tadi akan merumuskan satu resolusi membantah dasar PPSMI.

Awal bulan ini, kesemua lima sasterawan negara yang masih hidup termasuk Muhammad Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain menolak dasar kontroversi itu - pertama kali gabungan tokoh besar budayawan Melayu secara terbuka dan berani menentang dasar kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pelajaran dijangka akan mencapai keputusan berhubung PPSMI dalam tempoh enam bulan lagi, lapor laman web The Star petang ini.

Timbalan menterinya Dr Puad Zarkashi berkata keputusan itu diambil bagi memastikan para pelajar tidak mengalami keadaan rugi semuanya, apabila gagal menguasai Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Malaysiakini

Friday, May 22, 2009

Spain's Acerinox buys Malaysia's Yick Hoe Metals - MSN

Spanish stainless steel maker Acerinox Wednesday announced its purchase of the 75 percent of Malaysia's Yick Hoe Metals that it did not already own.

Acerinox did not reveal how much it paid for the stake.

It said the move was "part of its strategy for consolidating its presence in the Asian markets, which also involves the construction of a new stainless steel factory in Johor Bahru," Malaysia.

The factory, the construction of which was announced in March 2008, is a joint project between Acerinox and Japan's Nisshin Steel, which holds 15 percent of the Spanish group.

"Yick Hoe Metals, with 230 employees, is the biggest stainless steel trading company in Malaysia, with a great base in this country and a wide customer network, which covers the whole country," Acerinox said.

MSN

Telekom Malaysia Q1 profit sinks, outlook 'challenging' - MSN

Telekom Malaysia said Thursday its net profit in the first quarter plunged 95 percent due to the de-merger of its mobile unit and on foreign exchange losses.

Malaysia's largest fixed-line telephone operator said its net profit for the three-month period to March 31 fell to 27.7 million ringgit (7.9 million dollars) from 519.7 million a year earlier.

Telekom said it expected the outlook to "remain challenging" for the rest of the year with the decline in voice revenue to continue, but growth in internet broadband services was expected to remain strong.

"The introduction of new wireless broadband technologies such as HSDPA and WiMAX is expected to increase the demand for broadband," the company was quoted as saying by Dow Jones Newswires.

Telekom said it expected to suffer higher exchange losses on foreign currency borrowings of 175.5 million ringgit, compared with a gain of 118.8 million ringgit in the same quarter in 2008.

Revenue rose to 2.11 billion ringgit from 2.01 billion.

Telekom had earlier set a revenue growth target of between 1.0 percent and 2.5 percent for 2009, and expects a gross profit margin of between 30 percent and 35 percent from 2009 to 2011.

MSN

Empat calon menanti di Penanti setakat ini - KLpos

PP: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu satu calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tiga calon Bebas.
Proses penamaan calon akan berlangsung esok di Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam dan hari pengundian pada 31 Mei.

Kehangatan dan kemeriahan pilihan raya kecil kali ini kurang dirasakan memandangkan Barisan Nasional (BN) pada Isnin lepas mengumumkan tidak bertanding bagi merebut kerusi itu.

Calon PKR yang akan bertanding merebut kerusi itu ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang Mansor Othman, 56, manakala ahli perniagaan Mohd Saberi Othman, 49, dan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang Aminah Abdullah, 56, telah menyatakan hasrat bertanding sebagai calon Bebas.

Pengurus syarikat Nai Khan Ari, 41, yang telah mengambil borang pencalonan dijangka mengumumkan untuk bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil itu, hari ini. / Bernama


KLpos

Hakim: Zambry MB sah Perak - Malaysiakini

kemaskini 3.57pm Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.

Malaysiakini

ADUN PAS meninggal dunia - Malaysiakini

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.

Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini.

Beliau juga dijangka mengulas pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini sehingga 31 Mei.

Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai

Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02%

1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394

Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192


Malaysiakini

MB sah: Mahkamah Rayuan buat keputusan esok - Harakah

PUTRAJAYA, 21 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan Putrajaya, menetapkan 3.30 petang esok untuk membuat keputusan setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak berhubung status Menteri Besar Perak yang sah di antara Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir.

Perbicaraan bermula jam 9.45, apabila peguam Zambry, Dato' Cecil Abraham memulakan hujah manakala jam 2 petang tadi giliran peguam Nizar pula mengemukakan hujah masing-masing.

Seperti dijangkakan tiada sebarang keputusan dibuat pada hari ini, memandangkan mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu hujah kedua-dua belah pihak.

Baru-baru ini keputusan mahkamah tinggi itu ditangguhkan berikutan Mahkamah Rayuan melalui Hakim Dato' Ramly Ali membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu oleh Dato' Dr Zambry Abdul Kadir.

Isnin lalu, Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar telah menghantar surat melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan memohon panel lima hakim untuk mendengar kes tersebut

Alasan permohonan itu ialah membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

Difahamkan, surat permohonan Nizar untuk mendapat panel lima hakim bagi mendengar perbicaraan hari ini yang dihantar ke pejabat Timbalan Pendaftar Isnin lalu tidak diterima oleh Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Md Sheriff tepat pada masanya.

Justeru hanya tiga hakim yang mendengar perbicaraan hari ini iaitu, Hakim Md Raus Sharif, Hakim Zainun Ali dan Hakim Ahmad Maarop. - azm _

Harakah

Thursday, May 21, 2009

PKR Perlis sah terima kemasukan ahli Umno - Malaysiakini

Pengerusi Perhubungan PKR Perlis, Johari Shafie berkata memang terdapat ahli Umno di negeri itu, yang memohon borang keahlian untuk menyertai parti tersebut sejak bulan lalu.

"Kebanyakannya dari bahagian Kangar, terutama sekali di DUN Kuala Perlis," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehingga ini, kata beliau, pihaknya telah menerima semula hampir 200 borang keahlian untuk menyertai PKR.

"Dijangka masih ada lagi yang akan hantar. Kita akan berusaha untuk tambah lagi ahli. Lagi banyak lagi bagus," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memastikan berapa ramai lagi ahli Umno yang akan menyertai PKR.

"Saya tak berani nak cakap, terpulang kepada mereka. Kita tunggu borang," katanya.

Pemimpin hasrat sertai Umno

Johari berkata demikian sebagai mengulas laporan bahawa kira-kira 1,000 ahli-ahli Umno melompat parti menyertai PKR secara terbuka di Perlis, khususnya di Kangar, bulan lalu.

Perkara tersebut menimbulkan tandatanya apakah ianya tanda membantah pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi Umno negeri yang baru.

Dr Md Isa yang juga ADUN Bintong, merupakan ketua Umno bahagian Kangar.

Dalam perkembangan berkaitan, Johari berkata, beliau juga turut dihubungi seorang pemimpin Umno yang menyatakan hasratnya untuk menyertai PKR.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti pemimpin Umno tersebut.

"Kita terima siapa sahaja, tak ada masalah," katanya.

Cawangan baru DAP

Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau sedang memikirkan sama ada akan kekal dalam Umno atau menyertai pembangkang.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan DAP bagi Kedah dan Perlis, Vincent Wu menjelaskan enam cawangan baru DAP ditubuhkan di Perlis.

Katanya, ia termasuk dua cawangan - masing-masing satu di Kangar dan Parlimen Padang Besar - dengan lebih 150 ahli.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memastikan sama ada ahli baru itu datang dari kalangan ahli MCA ataupun tidak.

Manakala empat cawangan lagi masih dalam proses pengumpulan ahli untuk membolehkan penubuhan secara rasmi.

Katanya, keempat-empat cawangan tersebut, masing-masing satu di DUN Kuala Perlis dan DUN Beseri, manakala dua lagi cawangan di Parlimen Arau.

Majlis penyerahan borang keahlian dan penubuhan cawangan telah disempurnakan oleh ahli parlimen Ipoh Barat, Lim Kit Siang dua minggu lalu, tambahnya.

Malaysiakini

Pembubaran DUN Perak kian hampir - Harakah

Saya telah menemui Tengku Razaleigh Hamzah, Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Abu Talib Othman awal minggu ini, seperti dipersetujui Presiden dan Dewan Harian PAS Pusat. Perjumpaan seterusnya adalah bersama seorang pimpinan Gerakan.

Dr Chua telah menjelaskan sebahagian inti perbincangan kami dalam blognya.

Apa yang saya dapat tangkap ialah, dari segi prinsip, semua ketiga pimpinan yang saya temui, bersetuju, DUN Perak harus dibubarkan.

Dr Chua memberikan saranan, pembubaran dilakukan melalui undi percaya di DUN terlebih dahulu, baik oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Selepas siapa diputuskan menang sebagai Menteri Besar yang sah pada 21 Mei ini. Itu adalah pandangan beliau. Tetapi akhirnya, pembubaran adalah perkara pasti yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak, jika ingin dilihat bermaruah.

Dr Chua berjanji membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam selepas perjumpaan kami, Isnin lepas.

Saya difahamkan Dr Chua benar-benar membangkitkannya dan pada keseluruhannya, parti komponen yang lain menuju pandangan pembubaran sebagai jalan survival politik BN di Semenanjung. Jika tidak, penolakan terhadap BN akan berlaku di seluruh Semenanjung.

Pembubaran DUN Perak juga akan mengimbangkan langkah BN tidak meletakkan calon di Penanti. BN tidak gentar. Buktinya, BN bertindak berani membubarkan DUN Perak sedikit masa lagi dan BN berani menghadapi pilihan raya di Perak dan dengan itu, tidak menyertai Penanti adalah atas sebab prinsip semata-mata.

Jika maklumat saya ini hendak dijadikan kenyataan, langkah pertama ialah Mahkamah Rayuan perlu membuat keputusan yang menyebelahi Zambry, Khamis ini. BN sangat memerlukan keputusan itu untuk BN akan dilihat bertindak menasihati Sultan untuk pembubaran itu dan bukan Pakatan Rakyat. Mereka juga mempunyai kelebihan sebagai care taker government sepanjang tempoh kempen.

Saya membuat tekaan, Khamis ini, Mahkamah Rayuan akan menyebelahi Zambry. Ini hanya tekaan saya. Untuk membolehkan tekaan saya selanjutnya menjadi kenyataan.

Pengunduran dari Penati hendaklah juga dibaca sebagai satu strategi membuat kejutan reverse iaitu pilihan raya mengejut di Perak.

Terima kasih pada semua pimpinan BN yang membawa versi berbeza dalam pandangan politik mereka.

Pakatan Rakyat, pada pendapat saya, bersedia dengan pilihan ini kerana krisis Perak perlukan penyelesaian segera dan muktamad. Jika tidak, satu lagi institusi yang sebelumnya dilihat terhormat iaitu Istana, juga akan menghadapi kepudaran kepercayaan rakyat sama seperti hampir keseluruhan institusi di negara ini.

Bersedia! - mr_

Harakah