Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, February 16, 2009

Gambar "bogel" di internet, Exco Selangor buat laporan polis

[DIKEMAS KINI, 1.40 TENGAH HARI] PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat pula dilanda masalah dengan tersebarnya gambar berkeadaan "bogel" Elizabeth Wong (gambar), salah seorang exco negeri itu.

Malam tadi, Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Bukit Lanjan telah membuat laporan di Balai Polis Damansara berhubung gambar-gambar "bogelnya" yang kini disebarkan menerusi internet dan MMS.

Maklumat-maklumat awal menunjukkan gambar-gambar beliau berada dalam keadaan "berbogel" - ketika sedang tidur di atas sofa, diambil tanpa pengetahuannya.

Difahamkan gambar itu diambil menggunakan telefon bimbit sebelum pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

"Adalah tidak adil untuk kita buat kenyataan sekarang tanpa penjelasan yang sesuai. Mana tahu jika ada orang yang mahu memerangkap beliau," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Khalid berkata, pihaknya terbuka untuk menghadapi sebarang kemungkinan berhubung insiden yang menimpa Wong.

"Bagaimanapun, perkara yang terbaik adalah memberi peluang kepada mangsa hak untuk didengar dan kita akan mendengar penjelasannya.

"Kita akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri," katanya.

Khalid berkata, Wong telah berjumpa dengan beliau dan menerangkan mengenai insiden itu.

"Beliau dah mengaku dan telah buat laporan polis. Sebab itu saya bagi masa kepada beliau untuk mengambil tindakan apa yang perlu," katanya.

Wong merupakan salah seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR). Khalid pula ialah Pengerusi PKR Selangor.

Katanya, ia merupakan paten berterusan pihak-pihak yang mahu menyerang wakil rakyat PKR.

Blog Wong tidak memuatkan sebarang kenyataan mengenai isu itu setakat tengah hari ini.

Difahamkan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi petang ini.

Seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok berkata, Wong tidak perlu meletakkan jawatan kerana ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu.


Sumber: mSTAR


No comments: