Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, February 23, 2009

Ucapan Junjung Kasih Titah Agong YB Nurul Izzah 23 feb 2009

Sebaran Media
23 Februari 2009

Rumusan Ucapan Menjunjung Kasih Titah Agong

Melihat kepada 'kemelut' politik dan ekonomi yang sedang kita hadapi, kerajaan perlu terbuka kepada pandangan semua pihak demi mencapai kata sepakat dalam usaha pembaikpulihan negara. Saya kemukakan empat teras tersebut dalam ucapan saya pagi tadi:

Pertama:
Isu penyampaian perkhidmatan awam perlu diperkasakan, seperti mana YDPA titah semasa ucapan Baginda. Di mana keadaan ekonomi sekarang ini yang tidak menentu, kesemua perbelanjaan harus diteliti dengan lebih terperinci kerana wang dan dana yang digunakan dan diperolehi perlu dihargai.

Kedua:
Perlunya Malaysia mempergiatkan dan memperkukuhkan hubungan diplomatik serantau, kerana masalah-masalah sistemik seperti keadaan kewangan yang tidak stabil dan isu pelarian seperti Rohingya dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya kita memperkasakan ASEAN secara menyeluruh, bermula dengan pemansuhan Non-Intervention Policy (NIP).

Ketiga:
Perlunya Malaysia mengimbangkan kepadatan penduduk di antara kawasan luar bandar dengan bandar dengan pembinaan prasarana-prasarana yang boleh memangkinkan rakyat untuk membangunkan keluarga dan memajukan kerjaya mereka di luar bandar. Pembinaan sekolah bertaraf antarabangsa di kawasan luar bandar oleh People's Democratic Alliance (PDA) di Thailand dan isu Rubanism boleh dijadikan panduan untuk menjayakan isu ini.

Keempat:
Perlunya Malaysia memperkasakan sistem pendidikan, terutamanya dari peringkat rendah, kerana Malaysia menggunakan kayu ukur yang tidak tepat sekarang ini. Jika kita menggunakan kayu ukur antarabangsa, TIMMS 2007, ia menyatakan bahawa PPSMI sekarang ini menyebabkan sistem pendidikan Malaysia merudum dalam aspek Sains dan Matematik.

Nurul Izzah Anwar
Lembah Pantai
23rd February 2009
nurulizzah@nurulizzah.com
Untuk Teks penuh, sila hubungi ibrahim.sani@gmail.com

No comments: