Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, February 5, 2009

Pendapat: PERANAN NASARUDDIN MELEKAKAN DAN MEMALUKAN ANWAR DAN PKR

Kini telah menjadi kenyataan betapa rancangan licik Dato Najib mengambil alih kerajaan Perak dan kenyataan Dato Abdullah Badawi bukan lagi satu kenyataan dari seorang yang digelar sebagai hanya suka tidor dan juga menjatuhkan airmuka Umno.Perancangan licik ini menjadi kerana percaturan dan perancangan yang dijalankan cukup teliti.

Seminggu lalu, Pakatan Rakyat begitu mendabik dada bahawa Umno sudah hilang taringnya kerana Dato Nasaruddin yang dianggap sebagai wira bagi Pakatan Rakyat mengenepikan yang lainnya selama ini. Kemasukan Dato Nasaruddin dianggap sebagai wira walau pun ianya bukan lah boleh dibanggakan kerana tidak sedikit pun jasanya kepada perjuangan yang selama ini di lalui para reformis jalanan dan marhaen. namun kemasukan beliau dianggap sebagai wira yang kononnya menjadi idola kepada kemasukan ahli umno yang lain.Beliau kelihatan begitu bersungguh-sungguh melaksanakan apa yang diarancang oleh kerajaan Umno selama ini.

PR menjadi leka, bangga dan begitu taksub bahawa makin banyak lagi akan keluar dan mengikuti jejak beliau.Nasauddin memberi bayangan bahawa ada 4 lagi yang akan keluar meninggalkan Umno. maka ke empatnya ialah ahli Pakatan Rakyat iaitu 2 dari PKR 1 dari DAP dan beliau sendiri yang memainkan peranan melekakan segala keraguan , walau pun Pak Lah ada mengeluarkan satu kenyataan bahawa tidak lama lagi BN akan mengambil alih kerajaan Perak, ramai yang mentertawakan Pak Lah kerana kata mereka Pak lah hanya tahu dan sedar apabila diberitahu.


RANCANGAN MEMALUKAN ANWAR

Peranan Dato Nasa tidak di ketahui oleh Anwar sendiri, bahawa kemasukan beliau tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat menonjolkan peranan Nasaruddin bahawa beliau benar-benar bencikan Umno.Anwar tanpa soal siasat telah memaklumkan satu Malaysia bahawa Umno kini hanyalah untuk dijadikan sebagai satu sejarah bagi kaum Melayu .Namun dalam masa yang sama Nasaruddin bukan sahaja menjadikan ejen bagi memalukan anwar , malahan ianya menjadikan Pakatan Rakyat leka. Dalam masa yang sama 2 adun PKR telah hilang tanpa di kesan dan desas desus ADUN dari DAP menghilangkan diri juga.

Kekuatan jati diri ahli ADUN PKR tidak boleh disamakan dengan ADUN PAS buat masa kini walau pun PAS pernah mengalami hal yang sama puluhan tahun yang lampau. Sepatutnya PKR harus mengambil iktibar ini sebagai satu dari pengajaran yang cukup bermakna dan tidak memperlekehkan Umno.Malah kenyataan Dato Zahid Hamidi bahawa jangan memperkecilkan Umno juga menjadi kenyataan kerana memang Umno pandai dalam tipu daya untuk merampas hak orang ramai dan rakyat jelata bagi menguntungkan mereka.Peranan Umno dalam hal ini tidak boleh di perkecilkan dengan segala macam jentera dan kemudahan dan ekses di tangan mereka, dan ini memalukan Anwar yang begitu percayakan kepada Dato nasaruddin yang begitu pandai dan licik dalam memainkan perana dan melekakan Pakatan Rakyat.

Namun tidak siapa yang tahu bahawa kenyataan dan keyakinan Umno selama ini ialah mengambil alih kerajaan Perak menjadi kenyataan. Wang dan jawatan sebenarnya merupakan satu ganjaran yang cukup besar dan ini tidak dapat dilalui oleh manusia.Jika ini di tawarkan kepada Lim Kit Siang atau Tok guru Nik Aziz memanglah ianya tdak menjadi kenyataan Umno memerintah negara ini, akan tetapi sasaran mereka ialah kepada manusia yang tidak pernah mengecapi kesenangan dan juga ingin berada di puncak kuasa kerana selain wang kuasa, keinginan untuk mencapai kesenangan di dunia ini adalah segalanya.

maka kerana itu, Pakatan Rakyat haruslah mengadakan satu undang-undang sebagaimana Umno juga punya undang-undang iaitu selain tidak menggunakan saluran terbuka memburukkan ahli parti sendiri, politik wang dan juga anti lopat, PKr juga harus berhati-hati dengan soldadu-soldadu yang juga mempunyai cita-cita seperti 2 ADUn yang kini telah mencapai cita-cita wang,kuasa dan mengenepikan prinsip perjuangan.maka berhati-hatilah dengan wakil di tempat yang lain juga.


wrlr......

No comments: