Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, February 5, 2009

MB Menghadap Sultan Perak

IPOH, 5 Feb (Bernama) -- "Alhamdulillah. Ia petanda baik," kata Menteri Besar Perak Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin sebaik keluar dari Istana Kinta di sini selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Mohammad Nizar yang tiba di Istana Kinta pada 12.45 tengah hari kelihatan tersenyum selepas menghadap selama 20 minit.

Beliau yang sebelum itu menghadiri majlis perasmian Ladang Padi Gedung Sime Darby oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Ladang Tali Air, Bagan Serai, kira-kira 130 kilometer dari sini, kelihatan tergesa-gesa meninggalkan majlis pada pukul 11.40 pagi.

Menteri Besar tersebut dilaporkan sempat memberitahu pemberita bahawa beliau telah dipanggil menghadap oleh Sultan Azlan Shah di Istana Kinta.

Sebelum ketibaan Mohammad Nizar, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim kelihatan memasuki istana pada pukul 12.15 tengah hari.

Pagi tadi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghadap Sultan Azlan untuk meminta perkenan baginda agar Barsian Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran negeri berikutan ia kini mempunyai majoriti.

Ini berikutan tindakan empat Wakil Rakyat daripada Pakatan Rakyat meninggalkan parti masing-masing semalam untuk menyokong BN, dan memberikan majoriti kepada BN bagi membentuk kerajaan negeri.

Najib memberitahu sidang akhbar kemudiannya bahawa Sultan Azlan akan membuat keputusan sama ada membubarkan Dewan Undangan Negeri atau meminta Mohammad Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

-- BERNAMA

No comments: