Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, February 6, 2009

Sidang media di kediaman MB

DS Nizar:

- Beliau diperintah mengadap Sultan tengahari tadi dan dimaklumkan oleh Sultan untuk meletak jawatan. Nizar bagaimanapun meminta Sultan untuk memahami peruntukan perlembagaan supaya membubarkan dewan kerana kerusi Dewan undang negeri sekarang ialah BN 28, PR 28 dan bebas 3. Tiada pihak yang mempunyai majoriti.

- majoriti yang diperkatakan oleh Umno tidak tepat kerana 3 ADUN yang terlibat sedang menghadapi proses mahkamah. Sekiranya mahkamah melucutkan jawatan mereka, maka DUN Perak akan ‘tergantung’. Maka dengan itu, beliau memohon supaya DUN Perak dibubarkan.
- selepas menimbangkan semua peruntukan perlembagaan, maka dS Nizar memaklumkan bahawa beliau tidak akan meletak jawatan, sehinggalah proses perundangan diselesaaikan.

- DS nizar juga memohon supaya hak rakyat dikembalikan.

DS Anwar Ibrahim:

- Meminta supaya perlembagaan dipatuhi dan Satu delegasi Pakatan rakyat akan memohon untuk menemui Sultan.

- cara najib merampas kuasa membahayakan amalan demokrasi dimana polis digunakan untuk mengepung SUK.

- Meminta rakyat bertenang dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

DS Hj.Hadi.

- Pas menyokong apa-apa tindakan Pakatan Rakyat untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat.

- Pas berpendapat, Nizar masih lagi Menteri Besar sehinggalah segala proses undang-undang terlaksana.

- Apa yang berlaku hari ini amat mengecewakan, terutamanya apabila pencabulan undang-undang telah dihalalkan. Sekiranya pencabulan ini dibenarkan, ia mencipta satu perkara yang boleh membahayakan negara.

YB. Lim kit Siang.

- Apa yang berlaku hari ini menunjukkan sikap yang akan ditunjukkan oleh Najib apabila menjadi Perdana Menteri kelak.

- Kecewa kerana polis telah digunakan dan MB dan EXCO dilarang memasuki SUK, walaupun beliau masih lagi belum menerima surat samada dipecat, disingkir ataupun sudah tidak diperlukan lagi.

- Apa yang berlaku hari ini, dimana Setiausaha Kerajaan Negeri mengambil alih kuasa amat memalukan.

- Najib perlu membuat satu pilihanraya Dewan undangan negeri, bagi memastikan hak rakyat dikembalikan.

Sumber: Perak Express



1 comment:

Anonymous said...

Raja Petra’s Website is promoting the Rally against the Sultan’s Decision

One of the articles in that website even proclaimed Nizar as a MODERN JEBAT

For me both Anwar and RPK are MENTALLY SICK people

They have been going hand-in-hand for many years spreading lies under the pretext of JUST DEMOCRACY

Today, for me, is the pinnacle of their MISLEADING PROPAGANDA

Their REAL AGENDA is for Anwar to rule this country; BY HOOK OR BY CROOK

SADLY there are many SMART AND BRAINY PEOPLE easily felt to their obvious trap

They became the best platform for both Anwar and RPK to voice their agenda via ‘the End Justify the Means’ MODUS OPERANDI


Just to quote Dato Kadir Jasin “….Kurang dua minggu lalu apabila Nasaruddin belot dan melompat menyertai PKR, Anwar tidak pula mengatakan perlu kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru. Malah dia berkata ramai lagi akan menyertai partinya.

Bukan itu saja, sepanjang masa dia mengusik dan mengasak untuk menumbangkan Kerajaan BN melalui pembelotan Ahli Parlimen BN, dia tidak sedikit pun menghiraukan mandat yang pengundi berikan kepada BN.”

Si Pengkhianat Anwar & penyokong2nya yg umpama keldai nih patut dicampak je ke lubang taik.

Jengking