Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, February 20, 2009

Kereta & lembu: MB S'gor akan didakwa

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan didakwa berhubung tuduhan beliau telah menyalahguna kuasanya dalam pembelian lembu korban dan penyelenggaran kereta peribadinya.

Menurut Utusan Online, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Ahmad Said Hamdan berkata, terdapat bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut.

Menurutnya, kertas siasatan sudah siap dan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara tidak lama lagi.

Khalid dijangka mengeluarkan satu kenyataan media hari ini berhubung perkara tersebut.

Sebelum ini, pihak media melaporkan bahawa kenderaan yang didakwa milik peribadi menteri besar Selangor tetapi disenggara menggunakan wang kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Gerakan Anti Korupsi (Gerak) dan Pemuda Umno Selangor membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan tersebut.

Media juga turut melaporkan reaksi Abdul Khalid yang berkata kenderaan itu hanya digunakan untuk urusan rasmi beliau sebagai menteri besar dan bagi urusan peribadi, beliau menggunakan kenderaan lain.

Beliau juga dilaporkan berkata, ia satu amalan biasa bagi perbendaharaan luluskan peruntukan untuk senggaraan kereta untuk tujuan urusan rasmi.

Gerak juga membuat aduan kepada SPRM terhadap Abdul Khalid kerana didakwanya menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak - kawasan Parlimen Abdul Khalid - ketika Hari Raya Korban Disember lalu.

Dalam laporannya, Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa Abdul Khalid membeli lembu tersebut pada harga RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Abdul Khalid telah menafikan dakwaan tersebut dan berkata tidak menggunakan sebarang dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.


Sumber: Malaysiakini

2 comments:

Anonymous said...

Saya tak nak komen le pasal artikel ini. Ini adalah kerana dah banyak kali baca. Cuma saya nak tanya le PKR negeri Melaka ni tak ada blogspot ke atau web ke....So kalau tak ade...kena buat le lagi sekarang. Sebab susahlah kalau nak beri komen ke...nak tanya ke...Zaman internet ni kena sediakan , nanti boleh dapat fedback segera. So saya rasa kat Melaka tu ramai ahli PKR yang pakar IT.

Selain dari tu PKR Melaka kena menonjolkan lebih le sikit. Kalau boleh gunakan "back to basic" balik. Buatlah aktiviti kemasyarakatan tu lebih sikit. Tak banyak nak gunakan wang. Contohnya, gotong royong bersihkan kubur, masjid, tempat ibadat, turun padan cari rumah orang-orang miskin tu, kalau tak dapat tolong dengan duit, gunakan material seperti kumpulkan baju-baju yang tak pakai lagi, boleh sedekahkan kalau tak ade juga gunakan tenaga untuk bersih kawasan rumah. Tak ape buat sikit-sikit, sekurangnya tonjolkan diri tu pada masyarakat. Saya rasa tak kena modal untuk buat benda-benda ni. Jgn kita asyik nak berperang dengan sekutu, tapi lebihkan aktiviti kemasyarakatan tu...kalau boleh tiap-tiap minggu. Tonjolkan diri PKR pada masyarakat di Melaka. Insya Allah...orang akan mengenali PKR.

AMK Melaka said...

Salam,

Sdr/sdri juga boleh memberi pendapat atau berhubung dengan kepimpinan PKR Melaka melalui http://www.facebook.com.

PKR Melaka telah pun membina satu kumpulan di bawah nama PKR Melaka di dalam Facebook.

Terima kasih