Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, August 6, 2009

Lelaki pro-ISA bukan orang PAS - Malaysiakini

PAS tidak mempunyai rekod Mohd Khairul Azam Abd Aziz, yang gagal menyerahkan memorandum menyokong ISA minggu lalu, sebagai seorang ahli parti itu seperti dakwaannya.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata semakan menunjukkan pemimpin Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) itu bukan ahlinya.

Mohd Khairul dilaporkan mendakwa beliau seorang ahli parti itu di Sungai Ramal, Kajang.

Pengamal undang-undang itu dipetik berkata beliau akan menyaman PAS jika mengambil tindakan disiplin kerana menyokong ISA, satu pendirian yang bertentangan dengan keputusan parti yang mahu ia dimansuhkan.

Mengulas isu pengharaman alkohol di Selangor, Mustafa berkata PAS di peringkat pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu.

Kontroversi terbaru muncul antara Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali, juga exco agama Selangor, yang mahu menegaskan pengharaman minuman itu di kalangan orang Islam dan turut meminta seorang exco lagi, yang juga pemimpin DAP, Ronnie Liu agar tidak campur tangan.

Mustafa juga menjelaskan PAS Pulau Pinang telah memutuskan tiga nama calon untuk disenaraipendek oleh mesyuarat jawatankuasa pusat PAS hujung minggu ini bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Malaysiakini

No comments: